Friday, July 3, 2015

IFTAR 10 RAMADAN 2015

Mertua buat kenduri tahlil & iftar sekaligus. Tahun lepas guna khidmat caterer. Tapi, ia tidak berlaku untuk tahun ni. My MIL insists nak masak sendirik. Assistant2 adalah terdiri daripada anak2 & menantu2.

Belah pagi dah start buat kuih-muih & desert. Kuih koci tepung, sagu, jelly kelapa & lepat labu... siap! Untong la, Oppa... sebab ada adik-beradik yang ramai. Dapatlah 'menghasilkan' menantu yang ramai untuk mertua. Yang agak berguna di kala ada kenduri-kendara cenggini. He3... Rewang2, sekejap je dah setel! 

Anak2 & menantu2 mintak reward. My MIL kata, kalau berjaya setelkan bahan2 untuk dimasak petang tu sebelum jam 1 petang, semua anak2 & menantu2 dapat reward berupa tido berkualiti tanpa gangguan di bilik / port pilihan memasing. Ko ada..??! Ha3...

Apa lagik..?! Berdesup semua capai pisau, sayur, bawang, halia, cili bagai... Haaa... nampak tak betapa aktiviti tido tu amat2 menjadik keutamaan aku, ipar2 & biras2. Ha3...

Aktiviti memasak bermula dalam pukul 4 petang. Maka menu berbuka pada hari tersebut adalah seperti berikut:-

Nasik putih
Ayam masak merah
Kari ikan bawal
Kacang panjang & petai tumis bersantan bersama suhun
Kerabu (sumbangan Cik Am)
Lala masak lemak (sumbangan Cik Am)
Kuih-muih seperti yang tersebut di atas & kurma
Tembikai (sumbangan Cik Am)
Air oren
Kuih pau, cakoi & popia goreng (sumbangan Aril-Erna)
Puding caramel

Terima kasih kepada yang memberi sumbangan. Semoga murah rezeki kalian. Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::





No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...