Friday, July 31, 2015

3 ALASAN...

1. Demam sampai 5 hari tak lalu makan nasik sebab asal makan je rasa nak ter-uwek2 balik masa penghujung Romadhon. Rasa macam kurus bak Song Ji Hyo dah time tuh! ;P Melayang2...

2. Busy packing dengan menyumbat segala keperluan ke dalam sebuah trolley bag yang besar gedabak + 1 tote bag bajet seperti takmo pulang ke pangkuan rumah sendirik dah...

3. Beraya sakan, makan tak hengat, kengkonon nak balas dendam balik kes 'demam sampai 5 hari tak lalu makan nasik' tu tapi, akhirnya diri sendirik yang membulat seperti Doraemon comel. Ok, fine! Perkataan 'comel' tu adalah sejenis perkataan wajib ditambah. Ha3...

Cukuplah 3 alasan seperti di atas bagi persoalan, 'Kenapa kau tak update blog kau?' ;P

~ Peace, yo! #TeaserRaya Haaa... ko ada..??! Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, July 6, 2015

BERLAYAR DENGAN SELAMAT

#Throwback

Kami check-out awal sebab nak breakfast dulu kat area Kuala Perlis. Perut kena berisi sebelum naik feri. Perlu diingat bahawasanya, takde cafe mahupun kantin kat atas feri tuh. 

Perjalanan dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Terminal Feri Kuah makan masa plus-minus, 1 jam jugak la... So, better breakfast dulu untuk elak perut berdondang sayang. Kalau tak sempat, tapau je roti & air. Makan dalam feri, buat alas perut.

Tiket feri kami pukul 9.30 pagi. Beli tiket secara online kat langkawiferryline

Korang boleh baca kat entry ni regarding tips membeli tiket feri secara online. Check it out, k! ;)

~ Feri sampai on time. Jadik, ada masa untuk selfie di luar feri.

~ Ready to sail! ;)

Feri kali ni cantik, wangi, besar & dengan air cond yang sempurna. Takde masalah dalam pelayaran. Smooth je... Sesekali ombak kuat tu, normal la kot... Maksudnya, takde masalah enjin / yang sewaktu dengannya. 

Alhamdulillah...

~ Selamat menjejakkan kaki di Terminal Feri Kuah. 

Oppa dah start roger2 dengan owner kereta sewa dari dalam feri lagik. Agak2 nak sampai Terminal Feri Kuah tu, cepat2lah WhatsApps. Boleh je kalau nak call terus. Tapi, paham2 je lah, kadang2 line tak clear. WhatsApps & sms sebagai back up. Tujuan dia supaya owner kereta sewa boleh get ready & kita pun taklah lama sangat tertunggu2.

Hokay, fine... kunci kereta sewa dah selamat ada kat tangan Oppa. Kami sewa Perodua Viva je. Sedang2 eloklah untuk 2 orang.

Oppa makan kuih je masa breakfast. So, beliau rasa agak laporlah. Makanya, Oppa ajak lunch kat Restoran Pak Hj Ya Nasi Ayam.

~ Dah nama restoran pun 'Restoran Pak Hj Ya Nasi Ayam'. So, of courselah menunya adalah nasik ayam.

~ Ini kali ke-2 kami menjamu selera kat sini. Kali pertama masa 1st honeymoon dulu. So, dah taulah macam mana konsep dia & apa yang akan dihidangkan.

Ah kak kasik 3/5 mintang. ;)

Silalah ke address berikut untuk rasa sendirik keunikannya:-

Restoran Pak Hj Ya Nasi Ayam
No. 85 & 86, Persiaran Mutiara
Pusat Dagangan Kelana Mas
Langkawi, Kedah

No. Telefon: 019-5638320

Masa untuk merehatkan diri sekejap lepas perut kenyang. Kami terus ke Azz Inn, tempat menginap sepanjang 4 hari 3 malam kat Langkawi. 

~ Bilik kami yang super luas walaupun rate kategori bajet. Memang puas hati dari segi penginapan untuk trip ke Langkawi kali ni. Kat Kuala Perlis dapat DView 1 Hotel yang berbaloi2, kat Langkawi dapat pulak Azz Inn yang berbaloi2 jugak. 

~ Meja & kerusi extra selain dari meja solek. 

~ Mini kitchen & toilet yang bersih & agak luas.

Oppa amik keputusan untuk tengok LIMA 2015 adalah pada saat2 akhir. Makanya, aku buat itinerary & reservation penginapan pun adalah pada saat akhir jugak. Oppa kata, kalau penginapan available, barulah beli tiket feri online & tengok LIMA 2015. Tapi, kalau penginapan semua fully-booked, assume je lah takde rezeki untuk tahun ni. Cenggitu kekdahnya...

1stly, aku try roger2 penginapan yang ada di sekitar Pantai Cenang. Maksudnya, aku roger2 yang kategori hotel. Tapi, ya ampon... semuanya fully-booked. Lepas tu, aku try pulak roger2 yang kat area lain. Contohnya macam kat Kuah. Hmmm... ada yang fully-booked & ada yang available dengan rate yang mencanak2 naik walaupun kategori bajet. Well... LIMA kan... Masa ni la diorang nak ketuk harga! 

Tapi, Oppa kata, kalau kat Kuah, macam jauh sikit dari Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), tempat rasmi berlangsungnya LIMA 2015. Oppa suruh aku try call Langkawi Kak Besah / Zah Homestay, tempat kami menginap masa family vacay sebelum tu. Sebab kat area situ ada 1 deretan bilik sewa yang nampak comfy, yang Oppa pernah usha & survey masa family vacay tu jugak,

Dipendekkan cerita, 2 dari 4 bilik tu masih available. Azz Inn nama dia, Laju2 aku reserve! RM 120/nite. Tak perlu deposit! Sampai je kat Langkawi, roger2 je Encik Azizan (owner) katanya... 

Hmmm... cuak jugak memula. Sebab takde deposit, hanya sekadar bukti sms. Tapi, alhamdulillah... proses check-in berjalan lancar. ;)

Katil queen
Meja solek
Meja & kerusi extra
Attached bathroom
Kettle
Basic kitchen utensils
Iron + iron board
Rak sejadah & telekung
Air conditioned + kipas siling
Wi-fi

Luas bilik tu diibaratkan seperti ko boleh bawak masuk 1 lagik katil queen & menginap dengan selesa. Still ada ruang untuk solat. Owner pun friendly. Memang highly recommended.

 Azz Inn
Jalan Pantai Tengah, Kampung Padang Puteh
Pantai Cenang
07000 Langkawi, Kedah

No. Telefon: 012-5827373 (Encik Azizan)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SAHUR 12 RAMADAN 2015

Takde plan pun nak masak apa untuk sahur. Paling penting nasik dah siap masak & lauk2 ekspres seperti telur & ikan bilis ada stok. Subuh2 tu, pandai2 la nak jadikkan ia menu apa.

~ Nasik goreng kampung + telur mata + air sirap suam. Hah, inilah dia hasilnya...

Oppa dengan aku takde masalah untuk makan nasik goreng di waktu sahur. Even nasik gorenglah yang buat kami laju sikit mengunyah & menelan. Tapi, tak bolehlah buat hari2. Jemu jugak kot...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



IFTAR 11 RAMADAN 2015

Berbuka di rumah Uteh. Kat Batu Gajah nun..! 

Aku, Oppa, Mak & Nenek. Pukul 6.00 petang gerak, pukul 7 malam sampai. 

Nasik putih
Ayam paprik
Ikan tilapia bakar
Telur masin
Sambal belacan
Bubur keledek
Murtabak
Kuih-muih
Tembikai & dokong
Air bandung & tebu

Semua menu2 utama dimasak oleh Uteh. Menu2 sampingan macam kuih-muih, we ols tapau kat PARAM Batu Gajah.

Alhamdulillah... Terima kasih, Uteh & family... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, July 5, 2015

DVIEW 1 HOTEL YANG BERBALOI2

#Throwback

Kami tak pernah menginap kat DView 1 Hotel. Inilah kali pertama. Amik keputusan untuk reserve selepas menggoogle. Baca feedback orang2 yang pernah menginap kat situ pun nampaknya macam diorang berpuas hati. Lokasi pun strategik.

~ Bilik Standard Queen

~ Meja solek. Errr... mahapkan je lah 'model tak berbayar' ni, ye! ;P

~ Bilik air & toilet

Harga bilik adalah RM 80/night. Bilik dalam keadaan yang super comfy, bertingkap, ada tv with Astro, air conditioned, rak kasut, tempat gantung baju & bilik air + toilet yang bersih walaupun harga bajet. Service pun bagus dengan staff yang agak mesra alam. Thumbs up!

4.5/5 mintang! Highly recommended. ;)

DView 1 Hotel & Guest Houses
19 & 21, Jalan Senangin 7
Taman Kuala Perlis
02000 Perlis

No. Telefon: 04-9852022
GPS Koordinat: 6.391078 100.134202 / N 6 23.465 E 100 08.052

Cumanya, penggunaan iron kena charge. 5 hengget per penggunaan. So, kalau nak jimat, better bawak iron sendirik / bawak je outfit yang jenis tak perlu di iron.

~ Nak parking pun senang.

DView 1 Hotel ni terletak dalam kawasan taman perumahan. Tenang sikitlah dari suasana havoc Kuala Perlis. Semacam rumah banglo yang direnovate jadik hotel. Sesuai untuk sesiapa yang nak transit di Kuala Perlis sebelum naik feri ke Langkawi.

~ Landmark / signboard

DView 1 Hotel... daebak! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, July 3, 2015

SAHUR 11 RAMADAN 2015

Masih di rumah mertua...

Tolong tugas2 yang sama... cedok nasik & tuang air. Tettt...!!! ;P

Aku tengok lauk2 bersahur macam lebih kurang dengan lauk kenduri time berbuka semalam. So, aku syak ia adalah leftover yang direheat. Ok, takpe. Seriously, aku takde masalah. Asalkan kenyang. Terima kasih, wahai ibu mertua... 

Eh, tetiba kan..! Hiks...

Nasik putih
Ayam masak merah
Kari ikan bawal
Kacang panjang dengan petai tumis bersantan bersama suhun
Air masak & teh o panas 

Pinggan kenduri tak setel lagik. Maknanya, masih berlonggok, belum berbasuh. JKKKK Basuh Pinggan iaitu Memem kata nak basuh lepas sahur. Tapi, bila dah lepas sahur, JKKKK Basuh Pinggan rombak keputusan, basuh pinggan bila hari dah cerah sikit. Nak tido dulu katanya...

'Staff2' semua menurut perintah. He3...

Tapi, staff yang gigirls terlajakkkkkk...... tido..! Bangun2 je, tengok staff boboys sedang beroperasi dengan gigih. Adeh3... Mahapkan kami, tuan JKKKK Basuh Pinggan. Kami sedia berkhidmat dan2 tu jugak! Ha3...

Tugas ah kak adalah susun pinggan-mangkuk, periuk belanga, sudu garfu yang dah siap dibasuh kat atas surat khabar lama untuk tujuan pengeringan / tos. Semacam bentuk exercise jugak tuh. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



IFTAR 10 RAMADAN 2015

Mertua buat kenduri tahlil & iftar sekaligus. Tahun lepas guna khidmat caterer. Tapi, ia tidak berlaku untuk tahun ni. My MIL insists nak masak sendirik. Assistant2 adalah terdiri daripada anak2 & menantu2.

Belah pagi dah start buat kuih-muih & desert. Kuih koci tepung, sagu, jelly kelapa & lepat labu... siap! Untong la, Oppa... sebab ada adik-beradik yang ramai. Dapatlah 'menghasilkan' menantu yang ramai untuk mertua. Yang agak berguna di kala ada kenduri-kendara cenggini. He3... Rewang2, sekejap je dah setel! 

Anak2 & menantu2 mintak reward. My MIL kata, kalau berjaya setelkan bahan2 untuk dimasak petang tu sebelum jam 1 petang, semua anak2 & menantu2 dapat reward berupa tido berkualiti tanpa gangguan di bilik / port pilihan memasing. Ko ada..??! Ha3...

Apa lagik..?! Berdesup semua capai pisau, sayur, bawang, halia, cili bagai... Haaa... nampak tak betapa aktiviti tido tu amat2 menjadik keutamaan aku, ipar2 & biras2. Ha3...

Aktiviti memasak bermula dalam pukul 4 petang. Maka menu berbuka pada hari tersebut adalah seperti berikut:-

Nasik putih
Ayam masak merah
Kari ikan bawal
Kacang panjang & petai tumis bersantan bersama suhun
Kerabu (sumbangan Cik Am)
Lala masak lemak (sumbangan Cik Am)
Kuih-muih seperti yang tersebut di atas & kurma
Tembikai (sumbangan Cik Am)
Air oren
Kuih pau, cakoi & popia goreng (sumbangan Aril-Erna)
Puding caramel

Terima kasih kepada yang memberi sumbangan. Semoga murah rezeki kalian. Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::





Thursday, July 2, 2015

SAHUR 10 RAMADAN 2015

Aku terjaga pukul 4.45 pagi. Terkulat2 bangun & cuci muka. 

Masa tu, My MIL sedang gigih siapkan juadah sahur. Dibantu oleh Jijah. Aku pun tumpang join sekalilah. Tolong cedok2 nasik & tuang2 air. Kira ok lettew..! He3...

Nasik putih
Ikan goreng
Pajeri terung
Sambal udang petai (leftover berbuka)
Air masak & teh o panas 

Sekian, melaporkan... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



KEK MURTABAK

#Throwback

Dah besar dah anak sedara aku yang sorang ni. Anak dara, hoiii2..! Tak lama lagik, habis belajar... Tak lama lagik, kerja... Tak lama lagik, kahwin... Tak lama lagik, bla3... Time flies betullah. Haiii lah, A_bern...

Masa birthday A_bern yang ke-18, dia ada kat kampung. 'Bermastautin' sekejap kat rumah Mak. Makan-tido, makan-tido je la kerjanya. Mak pulak masakkan lauk faveret dia, memang sorgalah..!

Aku tak sempat nak beli / tempah kek. Plus, aku & Oppa nak cipta kelainan sikit. Asal nak sambut birthday je, musti ada kek... Asal ada kek je, musti nak sambut birthday... Sangat tak rare! Cliche, hokay..! 

So, kami cuba untuk jadikkan ia rare. ;P

~ Iaitu dengan menggantikan kek kepada murtabak. Tepekkan 2 lapis, kemudian buatlah garnish sesuka hati. Jadiklah ia, kek murtabak. Ha3...

~ A_bern is 18.

~ Kak Yong kagum tengok kek murtabak tersebut. Creative betol Acu & Acu Pependi ni... katanya dalam hati. ;P

Amacam? Rare tak kek murtabak tuh? Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, July 1, 2015

IFTAR 9 RAMADAN 2015

Balik kampung mertua yang sememangnya dirancang. Sebab mertua buat kenduri tahlil & berbuka puasa on 10 Romadhon. Balik awal sikitlah, bermalam & esoknya, boleh tolong2 apa yang patut. Menantu isi sorga... gitu..! Ha3...

Sempatlah singgah PARAM, beli popia goreng & kuih buah melaka. 

Main course untuk iftar (homemade) adalah seperti berikut:-

Nasik putih
Ikan goreng
Air asam
Sambal udang petai
Sawi goreng

Bbrrppp...!!! Kenyang. Alhamdulillah...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::