Wednesday, October 1, 2014

YANG BERAT DIPIKUL, YANG RINGAN DIJINJING

Hari Jumaat, lunch hour adalah agak lama. Pukul 12.15 tengahari My 'Jebat' amik & kami lunch dulu kat Restoran Sri Sayang. Lepas tu, terus berdesup ke hospital.

Takde tapaukan nasik pun untuk Mak sebab Mak dah makan, lauk hospital. Mak kata, selera makan dah semakin ok. Dah mula ada keinginan nak makan macam dulu. Sebab tu lauk hospital pun Mak belasah. He3...

Mak just mintak tapaukan air soya kotak je. Ok, fine! Bisa diatur. ;)

~ Terkejut sangat sebenarnya bila nampak ada 2 drips kat tangan Mak. Kesian...

Mak kata, doktor terpaksa tambah lagik 1 drip sebab drip yang memula tu macam dah tepu. Maksudnya, darah tu macam susah nak masuk, macam stuck. Plus, tangan Mak pun dah rasa sakit. So, doktor buat lagik 1 drip & thank God sebab darah kembali lancar.

Cumanya, aku yang tak sampai hati tengok drip2 tu. Sayu hati ni, dowh..! Hu3...

Pukul 2 petang, kami balik rumah. Pukul 2.45 petang, aku masuk opis macam biasa. Pukul 5 petang balik rumah, mandi & bersiap2 untuk lawat Mak. Pukul 7 malam aku & My 'Jebat' mintak diri, nak balik rumah Mak. Malam tu kami memang plan nak tido kat rumah Mak. Dah beberapa hari rumah Mak kosong & tak berkemas. Esoknya tu, aku plan nak kemas2 rumah Mak. 

Hari ke-4 Mak kat wad...

Pagi2 lagik My 'Jebat' dah lawat Mak & tapaukan nasik lemak yang Mak request untuk breakfast. Aku pulak bertungkus-lumus kemas rumah Mak & buat kerja2 laundry. Pukul 5 petang baru kami sama2 lawat Mak. Aku plan malam tu nak teman Mak tido kat wad. Tapi, tak jadik sebab Mak dah boleh discharge. Owh... kompom Mak sangat happy! ;)

Maknanya, HB darah Mak dah stable. Dah cecah 11 which is sangat ok. BP pun ok. Kadar glucose pun under control. Tapi, Mak still kena buat follow up ikut tarikh appointment yang doktor bagilah. & tunggu tarikh operation.

Kami bahagi tugas. Abang amik ubat Mak kat farmasi, aku setelkan urusan discharge, Kak Aneem buat kerja2 mempacking barang2 Mak & My 'Jebat' tolong baby sit anak2 sedara yang 3 orang tu, yang dilarang masuk ke dalam wad sebab under age.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing kekdahnya...

Malam tu jugak Kakak & family balik kampung, jenguk Mak. Maka terjadilah family gathering secara tak sengaja... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



2 comments:

  1. alahai kesiannya "mak cik sari" sedih la tgk kna drip macam tu ..sakit :(

    ReplyDelete
  2. ♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
    berat mata memandang kan.. sedeh, sayu.. sume leez rase mase tgk drip2 mak tu. but, alhamdulillah la.. sbb mak dah discaj & semakin sihat + ceria.

    ReplyDelete

KAMSAHAMNIDA...