SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, August 11, 2014

#THROWBACKTIGAPULUHSATU: SEBELUM MAKAN... AMBIK BAU DULU.

Yang ke-31...

Mamat kolam ikan dah selamat bawak bunga manja balik kotej. Fakta ni buat Airen sakit hati! Terasa disisihkan. Padanlah dengan muka ko! Ha3...

Airen ajak Tiger balik. Fakta ni pulak buat Tok Ayah bengang dengan Hannah sebab biarkan adik & adik iparnya 'menghilang' tak layan tetamu. Berpoluh Hannah nak menjawab dengan Tok Ayah. Hu3...

~ Credit to: shelf3d

Aryan pulak tak habis2 nak fire stonekan Tok Ayah.

"... Tok Ayah."
"Hmmm..."
"Menantu cucu Tok Ayah tu, bekas ketua gangster!"

~ Credit to: tvcrewz

Ok, fine! Fakta yang 1 ni memang buat ah kak neves! Rasa macam nak sumbat telinga dengan kapas je. Janganlah kaco hidup mamat kolam ikan & bunga manja yang sedang bahagia kat kotej tu. Hadoiiyaiii..!!!

Masalahnya, yang ada dalam fail polis adalah Jebat bin Abdullah. Dah ditembak mati hokay..! Selamat masuk liang lahad kot..! Isk3... Aryan ni kan... suka sangat bikin panas! Kan dah kena sound dengan Tok Ayah! Amekaw!

Bunga manja nak jadik isteri solehah. Pagi2 dah siapkan breakfast untuk mamat kolam ikan. Ada sosej, roti & scrambled egg. Nak try bagi makan suami kesayangan yang simple2 pulak. Sebab hari tu, bila kasik nasik lemak, mamat kolam ikan komplen kata pedas bagai... Moga2 tekak mamat kolam ikan boleh terima menu simple cenggitu. 

Masalahnya, tak sempat duduk pun, mamat kolam ikan dah komplen lagik! Tak reti katanya nak makan menu2 cenggitu. Owh... pitam bunga manja nak melayan tekak suami kesayangan! Nasib baik cinta mati. Ikutkan je lah. He3...

"... Abang... tengahari ni Abang balik makan tak..?"
"Tengok la kalau ko masak, aku balik la makan. Kalau... setakat nak beli nasik kedai je, baik aku makan, ikan dalam kolam tu."
"Ok4. Abang nak makan apa? Mas masak. Hah?"
"Ko masak apa pun aku mesti makan punya..! Tapi, ko jangan masak pintu ni ke... bingkai kayu ni ke... macam mana aku nak makan? Tercekik! Huh? Masaklah. Aku nak masak ko yang masak. Tu je. Eh, aku nak makan, ko yang masak. Ah, apa2lah! Suka hatilah!... "

~ Credit to: phimvideo

Ayat ganas betul nak suruh bini masak! Terserlah kejebatannya..! He3...

2-3 kali start motor tapi, hampeh! Motor tu macam hidup segan mati tak mau je. Bunga manja offer kereta tapi, ditolak. Dia amik helmet, bagi kat bunga manja suruh pegang. Dengan lafaz bismillahirrohmanirrahim... akhirnya.... vroommm3... Hidup jugak motor tuh. Kelakorlah! He3...

Bunga manja pakaikan helmet, salam & cium tangan mamat kolam ikan. Sesambil tu, dia amik kesempatan tala dahi kat mulut mamat kolam ikan. Nak mintak kiss. Awwsss..!!! Sweet sangattt... buat cenggitu tau! Hiks...

Ligat bunga manja berpikir, apalah yang nak dimasak untuk lunch kang?! Tetiba... ting... idea mari..! Dia amik handphone, call Mak Cik Sari, mintak resepi faveret mamat kolam ikan. Bijak! Paling bijak bila bunga manja tumbuk sambal pakai Ray-Ban. Style, owh..! He3...

Uwais jumpa mamat kolam ikan. Nak kasik nasihat sikit.

"... Abang tau, ko belum bukak baju lagi depan Mas kan? Sampai bila Jebat ko nak rahsia tu?"
"Bang... saya tak tau nak cakap macam mana la, bang... Nanti kalau dia tengok badan saya, dia rasa jijik, silap2 dia mintak cerai dengan saya... Bang, saya tak sanggup hilang dialah."
"Along rasa lebih baik ko, terus-terang je dengan Mas tu. Sebelum dia tau sendiri. Lagipun... Mas tu sayangkan ko. Takkan dia mintak cerai kot."
"Tapi, bang..."
"Yelah2. Nanti ko jangan lupa ni, balik. Sebab tadi abang dengar tadi, macam2 dia mintak resepi dengan Mak Cik Sari tadi... "

Ada betulnya nasihat Uwais tu. Tapi, mamat kolam ikan takut hilang bunga manja. Sangat takut!

Happy je mamat kolam ikan balik kotej. Dah ada penyeri kan... Makin happy bila atas meja dah terhidang lauk lunch yang sangat2 membukak selera dia. 

"Ok tak?"
"Eh, mesti la ok..!"
"Sebelum makan... ambik bau dulu."
"Bau dulu?"
"Haaa..."

Kembang2 hidung mamat kolam ikan dok cium bau makanan. He3...

"Lazat..?"
"Ooiiiiiiii..!!!"
"Lazat..?"
"Aaa........ lazat ni..!"
"Lazat?"
"Haaa... Tunggu bapok lagi..?... "

Tetiba je bunga manja tutup makanan2 tu dengan tudung saji. Konpius kejap!

"... Wah, dah macam Jamal pak tongko..!"
"He3... Ok3, tak... macam ni, sebelum Abang makan... dengar?"
"Haaa... dengar."
"Boleh tak, sebelum makan kita solat sama2 dulu? Sebab kalau lepas makan nanti, Abang dah kenyang, lepas tu Abang ngantuk, Abang tak nak solat dah."
"Aiii... itu aku ke ko..? Banyak dia punya kona kan..?"
"He3... Boleh la... sama2. Jom?"
"Dah, jom!... "

Bahagia je tengok diorang. Owh3...


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google