Thursday, August 7, 2014

BIG GIRL... ARRISYA

Kesah ni, bukan setakat sebelum raya tau! Tapi, sebelum Romadhon lagik! Hah, nampak tak tempoh pemeramannya di situ? Ha3... Hadoih!

Awa WhatsApp, nak celebrate birthday Arrisya katanya. We ols ditugaskan untuk memeriahkan majlis je... See! Betapa 'V.V.I.P-nya' we ols nih..! Ha3...

Konsepnya adalah bbq bersama keluarga. Kompomlah buat kat rumah mertua. Majlis bermula selepas Asar.

Masa aku & My 'Jebat' sampai, preparation dah 60 % siap kot. Tinggal buat proses marinate, bancuh air, buat air asam & susun2 meja-kerusi. So, aku amik task marinate & cucuk sotong tu dengan lidi sate. Senang nak bakar kang. Tipsnya, lidi sate perlu direndam dalam air sekejap sebelum operasi mencucuk sotong supaya lidi tu tak ikut sama terbakar nanti.

~ Dah siap. Mari berposing dengan kek dulu. Heh3...

~ Antara jemputan selain family members adalah geng surau Abah.

~ Ini acara wajib merangkap penyeri blog. Ha3...

~ Birthday girl belajar potong kek. Errr... tapi, macam mama dia pulak yang over excited..! Ha3...

~ Mencelah. ;P

~ Mencelah lagik. Ko mampu nak 'behave' begini di rumah mertua..? Ah kak mampu..! Mujurlah mertua I memahami... So far, tak pernah lagik dapat 'renungan makrifat'. Ha3...

Aku banyak makan sate cicah air asam. Bunyik macam pelik & rare. Tapi, lepas try secucuk, macam best pulak rasanya. Terus addicted! He3...

Ayam, sotong & udang bbq, aku cuit sikit2 je. Ikan memang kompomlah aku tak usik. Serahkan seikhlas hati kepada si penggemarnya. 

Happy birthday, Arrisya. Awak dah 'big girl' tau! ;) Semoga jadik anak yang baik, solehah & kiut macam Mak Anjang. Awwsss..!!! Ha3...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

KAMSAHAMNIDA...