Yang ke-28...
"Abang..."
"Hmmm..."
"Nak kiss."
"Hmmm... "
Saje je buat suspen! Kiss kat dahi rupanya. He3... Takpe... dahi pun dahilah! Tetap sweet. ;)
Bunga manja sempat bergurau. Dia pakaikan mamat kolam ikan songkok melintang. Lawak! Ha3...
Mamat kolam ikan nak turun bawah, nak tengok siapa la agaknya 'tetamu2 istimewa' tu kan...
"Haaa... ada pun ko kat sini."
"Hah, ada apa, bang?"
Uwais terkedu, terpana, tersenyum kambing sorang2! Bukan disebabkan kehandsome-an mamat kolam ikan. Uwais bukannya bunga manja yang always puji mamat kolam ikan, kacak bergaya katanya... Tapi, Uwais terkesima sebab 'mende lain'. Hiks...
"Erp, ni! Tok Ayah nak jumpa ko."
"Sekarang ke?"
"Haaa... sekarang. Diorang semua ada kat bawah tu. Turunlah."
"Haaa..."
Uwais sambung senyum kambing...
"Abang senyum kenapa, bang?"
"He3... Ada cop mohor kat muka ko."
"Cop? Allahuakhbar... Malunya aku..! Buat hal la ko ni..!"
~ Credit to: nesco2u |
Patah balik bilik, kengkonon nak sound bunga manja sebab biarkan 'cop mohor' tu tertepek kat pipi dia. Tapi, tak jadik! Cancel bila tengok bunga manja tengah lepas2kan rambut depan cermin. Cantik bini dia... Hmmm...
"Abang..."
"Aaa..."
"Kenapa?"
"Aaa..."
"Hah?"
"Errr... ni... lipstick! Alaaa... nasib baik... alaaa... malu... aku dengan Abang Uwais nih!"
"He3... Eh, ok apa kat situ! Buat apa nak malu? Bukan buat salah apa pun! Meh!"
~ Credit to: mforum |
Bunga manja tolong lapkan lipstick a.k.a 'cop mohor' tu. Ketawa gelihati. He3...
~ Credit to: phimvideo |
"Takde masalah? Yang menanggungnya aku!"
"Ok, takde dah."
"Hah?"
"Takde dah."
"Hmmm..."
"Ke... nak kat sini?"
Bunga manja tunjuk kat bibir mamat kolam ikan. Semakin ligat menggoda suami kesayangan! Awwsss..! Ha3...
"Huh! Alaaa... huh! Hey, jangan la..! Ni... aaa... hah... ni4..! Hmmm... "
Kelam-kabut mamat kolam ikan dibuatnya! Last2, singgah 1 kiss kat dahi bunga manja. Ganti yang kat bibir. Hiks...
Sayup2 mamat kolam ikan terdengar suara yang dia rasa dia sangat kenal! Semakin dekat, semakin dia cam muka 'tetamu2 istimewa' yang tengah rancak 'bergossip' dengan Tok Ayah & Hannah. Cisss! Airen dengan Tiger rupanya! Sakit pulak hati kita mengtengoknya! Apa lan pulak dia nak kacau hidup baru mamat kolam ikan kan..?! Haish!
Airen pakai nama Damia & Tiger pakai nama Eric. Dua2 mengaku sedara mamat kolam ikan. Tok Ayah & Hannah terkejut jugak bila dapat tau yang kaum-kerabat mamat kolam ikan ni bukan orang biasa. Orang bisnes jugak! Wow!
"... Jebat2... Selama ni saya ingat Wahab ajelah keluarga dia. Ha3... Ni... nikah pun dia tak bagitau ke, hah... Jebat?"
"Huh? Ermmm..."
"Errr2... ada..! Ada Tan Sri... Tapi, masa tu, kami dekat Sri Lanka. Uruskan perniagaan baru dekat sana."
"Ye. Mas tu, syarikat kami tengah sibuk... Tan Sri."
"Ini... tak payahlah ber-Tan Sri, Tan Sri... Panggil saja saya Tok Ayah. Kita pun dah jadi 1 keluarga. 1 Malaysia... Ha3..."
"Jadi sekarang ni Damia la yang uruskan perniagaan keluarga sekarang?"
"Ahhh... ye3. Damia yang uruskan semua sejak... ermmm... Uncle Kwan jatuh sakit."
"Perniagaan apa?"
"Ermmm... perniagaan sikit2 je. Ni pelancongan... ermmm... perladangan, pertanian... Sikit2 je. Tak besar mana pun..."
"Kalau dah, berniaga sampai Sri Lanka, dah ada ladang teh tu, owh... besar tu!"
"Haah. Dasyat la kalau macam tu!"
"He3... Kami memang aktif dekat... luar negara."
"Di Hong Kong pun ada. & aaa... dulu... Jebat yang uruskan. Tapi..."
"Eh, Eric aaa..! Meh kong aaa!... "
"Meh kong? Meh kong apa?"
"Takde apa la... Takde apa2."
"Alaaa... cerita la dekat Mas..! Mas pun nak tau..!"
"Ermmm... ahhh... aku dah berenti dah."
"Kenapa berenti? Abang tak... tak pernah cerita apa2 pun dekat Mas."
"Dah benda dah tak ada, nak cerita buat apa..?! Lagipun aku dah mula daripada bawah kan... Aku nak berdikari sendiri."
~ Credit to: ping |
Sedaya mungkin mamat kolam ikan 'tutup mulut' Tiger! Sampai naik rimas! Huh!
"Huh! Berdikari apanya, hmm..? Jadi kuli?"
"Ary..."
"Tok Ayah, cuba Tok Ayah fikir balik Tok Ayah. Ada perniagaan besar, bisnes mewah, takkan nak tinggal macam tu je? Ni semua nonsense, Tok Ayah! Nonsense!"
"Nak ke mana tu?"
"Balai polis... "
Dari tadi dia jadik pemerhati & pendengar je. Tiba masa untuk Aryan menyuarakan ketidakpuashatian.
Tiger & Airen mintak izin untuk tumpang bermalam kat rumah Tok Ayah. Suka2 hati diorang je kan... Kaco daun orang nak honeymoon! Masalah betul! Haish!
Hannah tolong Mak Awa prepare makanan. Mata dia meliar carik Uwais. Banyak yang dia nak korek daripada Uwais pasal mamat kolam ikan. Dia tau yang suami dia tau banyak.
"Hah, jemput2 lah! Ahhh... ni je yang ada."
"Owh... lauk pengantin ni... haaa..!"
"Jemput la makan, eh! Errr... Kak Long nak carik Abang Uwais. Ntah mana ntah dia pergi?! Dari tadi tak nampak, risau pulak."
"Ehem! Damia... jangan terasa tau dengan Kak Long I. Kak Long memang macam tu. Dia tak nampak Abang Long je, dia gelisah meroyan2 macam tu. Dia... rindu..."
"Owh..."
"Ha3..."
"Yang cakap tu pun sama. Tak nampak je Jebat tu seminit, haaa... mula la resah! Macam kucing hilang anak..! Cari 1 kampung, rindu..!"
"Hmmm2... Takpelah. Sekarang dah... ada depan mata, tak payah risau dah..! "
Berbulu mata Airen tengok ke-over manja-an bunga manja kat mamat kolam ikan..! Ha3... Padanlah muka! Siapa suruh datang ntah?! Ni makan dia..! Ha3...
Mamat kolam ikan jerkah Airen bila semua orang takde! Cukup tak paham kenapa Airen masih nak kaco hidup dia sampai macam tu sekali?! Tiger pulak sedang dipergunakan oleh Airen untuk kepentingan sendirik. Mengong sangat Tiger tuh..! Isk3...
"... Mesti Damia boring, Abang..."
"Tiger ada apa..?!"
"Tiger? Siapa Tiger?"
Ooppsss..!!! Tershashul la pulak! Hu3...
"Errr... ni... Eric kitorang panggil, nama manja dia Tiger la... Macam, semua orang pun ada nama manja apa?! Mas pun nama manja apa?!"
"Tiger manja? Macam ganas je, Abang!"
"Ok apa kalau bagi Tiger. Kalau dia bagi kucing bukit, lagi buruk namanya!"
Bunga manja geram tengok mamat kolam ikan yang dah siap pakai baju tido. Dia tepuk bumper & tolak mamat kolam ikan ke atas katil! Neves mamat kolam ikan tau! Ha3...
"Allahuakhbar!"
"Arrgghhh..!!!"
"Oiii, Mas5!!!"
"Hahhh... Bang5..!"
"Aaa... ni5! Aaa..."
"So, nama manja Abang apa? Lion? Puma? Hah..! Oink2..."
"Aaa... aku mana la ada nama manja... Nama manja takde! Bini mengada2 manja ada. Haaa, ni! Ni3."
"Alaaa... cakap la kat Mas! Takkan dengan Mas pun nak malu..?"
"Dah memang takde! Takkan aku nak letak nama... manja aku, itik ke... apa ke... Dah memang takde!"
"Aaa... ok. Takpe. Takde, eh? Mas akan korek semua rahsia Abang daripada Damia."
"Apa hal ko nak kena tanya dia pulak?... "
Terkejut bunga manja bila kena maki cenggitu dengan mamat kolam ikan. Dia tak tau yang suami dia tu tengah stress! Takut kantoi. Terpaksa mamat kolam ikan cover line balik.
"... Semua pun tak boleh... Dia kan sepupu Abang. Tetamu kita. Salah sangat ke kalau Mas, nak baik2 dengan diorang. Tak salah kan? Jangan2..."
"Habis tu aku siapa nak jaga, hah? Siapa nak jaga? Dulu sebelum aku kahwin, aku jaga ikan, ikan jaga aku. Ni lepas aku kahwin, rasa la jugak, nak ada bini jaga aku. Takde..! Sekarang ikan nak jaga aku jugak ke apa..?! Alaaa... aku dah penat la dengan ikan ni! Buat hal lah!"
"Ermmm... Abang marah ke?"
"Mesti la aku marah! Ko tak nampak aku tengah marah sekarang ni?"
"Aaa... Abang jeles?"
"Jeles dengan marah berbeza! Ko kena paham benda tu! Itu logik! Paham?"
"Ok. Ok4. Ok Abang, dengar sini, ok..! Mulai sekarang, mulai saat ini, Mas janji Mas akan layan Abang sorang je... "
Tangan bunga manja dah mula menjalar masuk ke dalam baju, nak raba dada mamat kolam ikan. Owh... bahaya!
"Eh! Eh, Mas..! Ermmm... ni! Aku... ermmm... aku2 nak tanya ko, 1 soalan. Daripada tadi aku nak tanya, tapi baru sekarang aku teringat kan. Antara aku, dengan Eric ni... siapa lagi handsome? Hmmm..?"
"Hmmm... he3..."
"Tak payahlah! Bukan susah pun soalan aku tanya! Kalau lambat maknanya ko nak membohong la tu!"
"Ok3. He3... Ermmm... betul, eh?"
"Cepatlah! Neves la pulak aku! Hah..?"
"Eric. He3..."
Soklan tu semua tak relevan sebenarnya. Mamat kolam ikan just nak twist topik je. Tapi, berubah jugak muka & mood mamat kolam ikan! Jeles lettew..! Ha3...
"He3... Takde lah. Main2 je. Mesti la Abang lagi handsome..!"
"Eh, tak payahlah! Tadi yang lain, sekarang lain pulak."
"Abang, kenapa Abang nak... marah2 ni? Cepat sangat emo."
"Eh, Mas! Ko ingat aku apa? Plastisin ke? Takde perasaan ke? Kayu pun ada perasaan ko tau tak, kalau ko tanya dia betul2!"
"Tau. Mas tau Abang. Sebelum ni Abang tak macam ni pun. Dulu kan Mas je yang nampak macam... terhegeh2, terkejar2... Lompat sana-sini jumpa Abang... Abang buat Mas macam... tak wujud langsung! Abang... Mas tau... kalau bukan sebab Mas paksa Abang, ugut Abang kahwin dengan Mas, Abang tak nak pun kahwin dengan Mas. Kan?"
Holloh3... Touching pulak dah...
:: Like3, ek! ::
No comments:
Post a Comment
KAMSAHAMNIDA...