Kembali memasak.
Nasik putih wajib ada. Sebab My 'Jebat' memang spesis berbuka dengan nasik. Walaupun dah makan kuih ke... mee ke... hujung2 dia akan tetap carik nasik. Tekak Melayu tulen. He3...
Lauknya, aku buat ikan termenung goreng, sawi tumis & sambal belacan. My 'Jebat' kata, kombinasi yang thorrbahekkk... untuk tekak Melayu tulen dia..! Owh... sonang nak bagi makan laki den ni, haaa..! Heh3...
Kuih-muih & air kelapa lemon, My 'Jebat' tapau kat PARAM je. Memang selalu jugak we ols berbuka dengan air kelapa lemon. Dah jumpa stall yang jual air kelapa lemon yang sodap. Terasa air kelapa freshnya & tak manis sangat, sedang2 je. 1st time beli & rasa, terus jatuh chenta. Terus repeat beli... & beli... & beli lagik...
Tak macam sesetengah stall tuh, yang jual air kelapa tapi, rasa macam air masak + gula banyak + isi kelapa yang diracik2 terlalu halus! Harga sama tapi, kualiti ke laut. Hmmm... kalau boleh, berniaga ni biarlah jujur. Anggap tekak customer tu seperti tekak anda sendirik. Musti nak makan mende yang best2 lagik berpatutan harganya kan... Janganlah pikir untung je sampaikan kualiti aci hentam! Tak rocklah cenggitu..!
Apa kata kalau wujudkan win-win situation? Customer puas hati, korang (peniaga) pun dapat untung!
In shaa Allah... kalau jujur, rezeki musti melimpah-ruah! Peace, yo! ;)
:: Like3, ek! ::
No comments:
Post a Comment
KAMSAHAMNIDA...