Hari yang extra spesel! Bukan setakat iftar tapi, hari yang istimewa untuk My 'Jebat'. Hari dia dilahirkan / dalam bahasa saintifiknya it's his birthday.
Aku sengaja tak wish sejak detik 12 malam sebab nak buat surprise kengkononnya. Dari pagi ligat berpikir, apa pulak surprise yang aku nak buat untuk kali ni. Tengah menung2 tu, sambil tengok rak fail dengan pandangan yang kosong, tetiba terpikir pasal #bukankeranaakutakcinta dengan Ketuk2 Ramadan.
Wokeh! Dah dapat idea! Hmmm... #bukankeranaakutakcinta & Ketuk2 Ramadan dengan birthday My 'Jebat'... macam takde kaitan kan? Takpe2. Relax... Tengok je apa yang ah kak nak buat. He3...
Nak bake sejibik kek, memang tak la kan... Di luar kepakaran ah kak. Nak buat chicken chop, stok pulak nan hado..! Nugget je yang ada. Hmmm... nugget pun bollehhh..! ;)
Masak & cucuk tag tu inspirasinya adalah dari Ketuk2 Ramadan. Tag yang over tu pulak inspirasinya dari #bukankeranaakutakcinta
Hah, nampak tak konsepnya kat situ? Hiks...
~ Tang tag tu yang paling mahal tuh! 'JEBAT' kata ko! Ahaks3... |
~ Birthday boy yang akan selalu jadik my favourite hubby. Ecewah! ;) |
Memula, My 'Jebat' ingat aku lupa birthday dia. Dari tengahari dia membebel...
"Aaby, Abang sedeh... Abang sedeh ni... Hu3..."
Bila aku tanya kenapa, dia kata takde apa2. Alaaa... sedeh sebab wife dia tak wish la tuh! He3...
Padahal, wife dia berlakon je. Pura2 tak tau, pura2 tak ingat. Kata #hannahmastura kan... actingnya harus over! Ha3...
:: Like3, ek! ::
No comments:
Post a Comment
KAMSAHAMNIDA...