Yang ke-11...
Naik semak pulak otak mamat kolam ikan memikirkan mende yang dia kesalkan. Lebih baik dia 'semakkan otak' dengan persiapan kenduri doa selamat Ustaz Hafiz. Ada jugak faedahnya.
Jenuh Makcik Sari serkap jarang tapi, hampeh! Mamat kolam ikan asik nak menafikan je kerja dia! Naik give up pulak Makcik Sari. Huh!
"... Enggang biar sama dengan enggang. Pipit biar jalan sama dengan pipit. Baru terjalin kasih yang abadi."
Katanya... Hmmm... berfalsampah la pulak...
Tapi, bila tak nampak bunga manja kat kenduri, dia tercarik2. Enggang ke mana... pipit ke mana... Yappedaaa..?!!
Air sirap melimpah dari cawan pun tak sedar. Sebab mata melilau carik kelibat bunga manja, tangan dok bukak paip dispenser. Sampai kena tegur dengan seseorang yang teramat poyo! Yang asik2 usha tang parut kat kening mamat kolam ikan. Arrgghhh..!!! Keluar dah 'dia'..! Haish!
"... Aku rasa macam tak pernah nampak ko sebelum ni."
"Owh... sebenarnya aku baru balik daripada berkursus di Sabah. Sekarang ni aku bercuti."
"Owh... kerja apa?"
"Cif Inspector, Bukit Aman."
Jengggggggg3...............
Boleh teka tak siapakah 'Cif Inspector' tersebut? Boleh kan? Hu3...
Mamat kolam ikan baru tercarik2 pinggan, bunga manja dah siap amikkan.
~ Credit to: Fanpage JebatMas-Love-Cottage-BKATC |
"Nasik?"
"Hah?"
"Nasik..."
"Haaa..."
"Mas."
"Hmmm..."
"Ermmm... aku... nak mintak maaf dengan ko ni. Ye la... sebab aku tertampar ko itu hari kan... Ermmm... aku sedar balik yang, memang aku tak patut buat macam tu lah."
"Ayam?"
"Hah?"
"Ayam."
"Haaa... ayam, boleh2."
"Ermmm... Mas. Aku tak nak la yang ko pikir aku ni kaki pukul pompuan. Aku bukan orang macam tu lah."
"Sayur?"
"Hah? Haaa... boleh. Sayur."
"Nah."
"Mas!"
"Hmmm..."
"Ermmm..."
"Ada apa2 lagi ke? Hah?"
"Cantik."
"Hah, apa?"
"Hah, apa dia?"
Duduknya semeja dengan Aryan, si Cif Inspector. Tapi, mata dia focus kat mamat kolam ikan. Yang sorang tu pun sama. Nak amik kendi basuh tangan pun tergagau2. Susah sangat nak meluah rasa. Balik kotej terus stress! Mulut kata takmo tapi, dok angaukan bunga manja. Aku pulak yang rasa nak geget dinding rumah! Ngeeeeeeee.........
~ Credit to: Fanpage JebatMas-Love-Cottage-BKATC |
Aryan tak habis2 nak ungkit pasal parut kat kening mamat kolam ikan. Rimas bunga manja tau! Hero pujaan hati kena kutuk, kompomlah stress! Tapi, bila Aryan ungkit pasal janji lama antara dia, Tok Ayah & Aryan yang dia pernah buat sebelum ke UK, dia terkedu! Menyesal pun ye jugak! Janji orang yang tak matang...
Dalam diam2, Aryan terjah mamat kolam ikan kat kebun.
"... Aku dah aturkan 1 majlis untuk menyambut hari lahir Mastura. Aku nak ko pesan pada abang aku & Uwais, bawak isteri & anak2 sekali."
"Boleh. In shaa Allah..."
"Kalau aku tanya 1 soalan, ko boleh jawab dengan jujur?"
"Jujur, eh? Boleh."
"Takpelah."
"Mana ko dapat senapang ni?"
"Senapang tu Tan Sri yang punya. Aku yang jaga sekarang ni sebab dah tukar nama kan..."
"Ada lesen?"
"Senapang tu ada lesen, aku pun ada lesen. Tan Sri bagi kat aku untuk takutkan binatang dalam kebun dia."
"Takdelah... Aku cuma tanya je. Mana tau kan kalau ko pegang senjata api tanpa lesen, besar kesalahan dia. Langgar undang2 & aku boleh sumbat ko dalam penjara."
"Aku rasa aku tak bodoh lagi pasal... errr... undang2. Aku ada lesen. Ko nak tengok sekarang ni?"
"Jadi ko pandai menembak? Mana ko belajar?"
~ Credit to: Fanpage Bukan-Kerana-Aku-Tak-Cinta |
Semak betul lah dengan soklan Cif Inspector poyo nih! Tembak dengan senapang Tan Sri kang, haaa..! Huh!!!
:: Like3, ek! ::
No comments:
Post a Comment
KAMSAHAMNIDA...