Monday, June 23, 2014

#THROWBACKDUAPULUHDUA: BETUL KO NAK KAHWIN DENGAN AKU NI?

Yang ke-22...

Permintaan mamat kolam ikan bukanlah sesuatu yang susah untuk ditunaikan. Kojo sonang yo..! ;P

"Ko cantik kan?"
"Abang... hmmm... mintak apa tadi?"
"Sebab ko cantiklah aku... tak suka kecantikan ko tu orang lain pun boleh nampak. Kalau boleh, kecantikan ko tu biarlah aku je yang nampak... & aku je yang rasa... bila aku dah gelar sebagai suami ko... hah! Maksud aku... kalau... nanti bila ko dengan aku dah kahwin nanti... kan... ko pakailah tudung. Ermmm... macam baju yang ko selalu pakai yang ketat2 tu... ko tau kan nanti bila ko dah kahwin ko dah jadi isteri, semua dosa ko, aku yang kena tanggung. Dah jadi tanggungjawab aku sebagai suami ko. Aku rasa aku mintak takde la besar mana kan. Benda kecik je. Aku harap ko pahamlah, eh?"
"Boleh. Yang tu Mas paham."
"Hmmm... Ni... betul ko nak jadi... isteri aku ni? Betul ni? Betul ko nak kahwin dengan aku ni?"
"Nak kahwin Abang... please..! Bang, nak kahwin."
"Ye lah nak kahwin! Mak Awa tengah usha line ni. Ko relax je." 
"Betul ke nak kahwin? He3..."
"Hmmm..."

Excited giler bunga manja! Nikah khitbah pun, nikah khitbahlah! Apa ada hal..?! Asalkan dapat jadik isteri mamat kolam ikan. Wee hooo..!!! Aku pulak yang rasa nak melompat bintang. ;P

Tok Ayah yang suruh diorang nikah khitbah. Siap bersyarat. Lepas nikah, kena duduk separate selama 2 bulan. Lepas 2 bulan, baru 'merdeka'. Uwais dengan Hannah pun konpius jugak dengan syarat Tok Ayah tuh. Hmmm... agaknya Tok Ayah saja je nak mengetest mamat kolam ikan dengan bunga manja kot..! Gasaklah! Yang penting kahwin. ;)

"... Miskin / pun tidak berduit, bukanlah alasan, untuk seseorang itu, tidak bernikah. Disebabkan itulah, nikah khitbah ini, dijadikan pendekatan, selain daripada, untuk mengelakkan berlakunya gejala sosial, muda-mudi, kita sekarang ni... "

"... Jika pasangan telah berjimak, maka terbatallah istilah, nikah khitbah. Maka si suami, wajib, menanggung si isteri, tanpa bergantung kepada keluarganya lagi... "

Panjang lebar explanation Ustaz Hafiz pasal isu nikah khitbah. & mamat kolam ikan semakin paham, especially dari aspek tanggungjawab. Tinggal 2 minggu je lagik, dia akan jadik suami kepada bunga manja. Tak pernah terlintas langsung! Tapi, jodoh kan rahsia Allah... ;)

Bukan Hannah dengan Uwais je yang konpius dengan Tok Ayah. Mak Awa pun terjebak sama, termusykil jugak.

Yang sebenar2nya, Tok Ayah buat keputusan & syarat cenggitu sebab terlalu sayangkan bunga manja. Dia nak bagi masa untuk dirinya sendirik kenal dalam2 siapa mamat kolam ikan... & dari mana asal-usulnya... Tak payah nak bertunang2. Sebab Tok Ayah kenal sangat dengan perangai cucu dia tuh. Sebelum orang kampung bertambah kepoh dek kerana bunga manja rajin sangat jumpa mamat kolam ikan, lebih baik la dia nikahkan cepat2. Nikah khitbah pilihan thorrbahekkk..! 

~ Credit to: ping

Kalau boleh, hari2 bunga manja nak dating dengan mamat kolam ikan. Tak payah nak buat restaurant reservation, makan kat hotel mahal2 yang bermintang2 tuh. Kat kolam ikan pun dia dah rasa heaven sangat! He3...

"Abang Jebat..!"
"Allahuakhbar..!"
"Abang Jebat..."
"Eh!"
"Hai... Ahhh..!"
"Mas."
"Haaa..!"
"Ermmm... Mas2! Ko buat apa kat sini?"
"Nak jumpa Abang lah, nak buat apa lagi kat sini."
"Mas, ko balik la..."
"Kenapa? Nak jumpa kejap je. Bukannya buat... buat salah apa2 pun kat sini."
"Memang la ko takde buat salah... Tapi masalahnya, kalau orang kampung nampak... tak ke sia2 ko tiang sana, aku tiang sini. Kena ikat, ko nak? Haaa... Mas, tolong aku 1 boleh? Betul? Janji?"
"Janji."
"Tolong balik Mas..."
"Ok lah... Mas balik tau!"
"Elok2."
"Bye Abang..."
"Bye."
"Bye Abang..!"
"Bye..!"
"Abang Jebat..! Byeee..!"
"Byeee..!!!"

~ Credit to: ping

Berita pernikahan mamat kolam ikan dengan bunga manja dah bertebaran ke seluruh pelosok kampung, termasuk jugaklah ke telinga Zali & Musa. Saja je 'samseng Kampung Dusun' tu bikin onar, kasik panas hati mamat kolam ikan. Mencik! Sekeh kang haaa..!

"... Eh, aku dengar, ada pendatang, hah... pendatang tanpa izin pulak tu, huh... nak kahwin..! Eiii, mampu ke..? Ha3..."
"Mana tak mampunya, bang... kahwin free. Kalau aku pun nak, bang..!"
"Free?"
"Hmmm..!"
"Eh, minah rempit pun ada rega tau!"
"Bohsia la tu..."
"Haaa... kalau bohsia kena! Kalau bohsia kena dengan... ha3..."
"Abang Jebat..!"
"Jebat!"
"Haaa... bagus4..! Kebetulan pulak korang semua ada dekat sini. Senang sikit kerja aku. Abang... Abang bagitau tak yang kita nak kahwin dah?"
"Hmmm."
"Takpe3, Mas bagitau. Next week, lepas Isya' tau kitorang nak kahwin. Datanglah kenduri nikah kitorang..! Haaa... jangan tak datang pulak! Datang tau..! Nanti... Abang Jebat pakai handsome2... Apa ni..? Bawak keluar... bawak keluar... Apa2? Tengok2! Mas tengok. Ok. Jangan buat macam tu! Handsome Abang..! Abang, Mas tak sabar nak tengok Abang pakai baju Melayu... Lepas tu kan, Mas nak butangkan Abang kat sini... Lepas tu, Abang kiss dahi Mas... Ok tak Abang?"
"Ok3. Buleh..."

~ Credit to: phimvideo

Ha3... Thorrbahekkk... lah acting bunga manja! Gediks2 menawan gitu..! Mamat kolam ikan layankan je. Remuk-redam hati Zali dengan Musa! Ha3... Padanlah dengan muka tuh! Ha3... Nak gelak syaiton lagik..! Ha3... Amekaw!

Sangat cantik bunga manja masa malam pernikahan tu. Mamat kolam ikan pun tak kalah. Kacak bergaya! Ngam ho, lei..! ;P

"... Kalau dah jadi hak ko... jaga dia elok2. Sejak kecil aku bela dia. Ingat! Kalau dia nangis... merengek... nak itu nak ini... semuanya itu dia adu kepada aku. Kalau ko tak dapat penuhi kehendak & keperluan dia pun tak apa. Asalkan ko dapat jaga hati & perasaan dia. Sayang dia lebih. Seperti apa yang telah aku curahkan pada dia... "

Mamat kolam ikan takkan lupa pesanan keramat Tok Ayah tu...


:: Like3, ek! ::



No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...