Dah namanya pun terkejut kan... kompomlah tak plan! Visi asal nak makan ikan bakar kat Lumut je. Lepas sembang2 dengan My 'Jebat', muncul pulak buah pikiran baru. Nak mengetest mandi-manda kat Marina Water Park. Abang pun on je. Nak bawak anak2 bersuka-ria katanya... Canteklah tuh!
~ Cancel nak gerak pukul 2 petang! Macam lambat sangat. Pukul 10.30 pagi dah berkonvoi. |
~ Sebab happy sangat, so kita selfie over2 sikitlah! Ahaks... |
Pit-stop pertama adalah Restoran Silaturrahim. Sesiapa yang rajin melancong ke Teluk Batik / Lumut, sure familiar dengan restoran ni. Betul2 kat tepi jalan yang nak masuk ke Teluk Batik.
Makanan kat situ memang melimpah-ruah! Crowded jugak dengan pengunjung. Semua self-service. Pandai2 ko la nak cedok nasik... pandai2 ko la nak amik lauk... & pandai2 ko la nak cedok air. Air pun self-service tau! Diorang dah prepare siap2 dalam 5-6 jenis air termasuk air kosong & air suam, bubuh dalam tong air macam yang jual kat pasar malam tu. Menu macam biasa la... ayam, ikan, sup tulang, masakan kampung & bandar.
Lunch untuk 5 orang dewasa dengan pelbagai lauk & air samadengan 37 hengget (selepas diround-up). Aku kasik 3.5/5 bintang. Meh nak share location, meh!
Restoran Sillaturrahim
Persimpangan Teluk Batik / TLDM
32200 Lumut, Perak
Perut dah kenyang,
Baru la senang hati nak berkubang...
Owh... pantun 2 kerat sangat tau..! Ahaks3...
Marina Water Park terletak dalam kawasan Marina Cove Resort. Next to... jerrr... Outsiders pun boleh tumpang mandi-manda. Yang menginap kat resort tu apatah lagik kan... Paling penting, ko beli dulu tiket masuk. Lepas tu, nak berkubang sampai lebam pun, silakanlah. Takde siapa kesah. Harga tiket adalah seperti berikut:-
Dewasa / kanak2 dengan ketinggian lebih dari 3': 4 hengget
Kanak2 dengan ketinggian bawah dari 3': 7 hengget
Marina Water Park
Jalan Teluk Batik
Lumut, Perak
No. Telefon: 05-6836666
Share location siap2 supaya tak lupa. Eceh! ;P
~ 'Dolphin' yang mesra alam. ;P |
~ Kami pun mesra alam jugak..! He3... |
~ Sebelum 'terjun tiruk'. Ha3... |
~ Selepas 'terjun tiruk' bersama Rifqi. Ha3... |
Marina Water Park ni ala2 Tiara Water Theme Park. Tapi, Tiara up sikit la... Ada pool dewasa, pool kanak2, slide, sandy2 sikit, fountain bagai... Boleh la... kalau setakat nak ber-relaxation...
~ Kanak2 riang yang takmo balik! Sanggup pegang tiang kuat2! Ha3... Hadoih! |
~ Last view sebelum ke changing room. |
Lepas berkubang, sempat la sembang2 untuk aktiviti seterusnya. Masa tu la datang idea nak stay kat Lumut untuk 1 malam. So, misi ketika itu adalah mencarik 'hospitality' yang berbaloi untuk tak sampai 2 hari 1 malam. Walk-in kekdahnya... Try survey kat Marina Cove Resort, weekend rate samadengan RM 288/nett with breakfast for 4 untuk 1 apartment (2 bilik). Kak Aneem kata macam tak berbaloi.
& misi pencarian membawak ke Lumut...
:: Like3, ek! ::
SERONOK LE DAPAT JENJALAN..
ReplyDeleteuntungla dapat jalan-jalan kat Lumut :)
ReplyDeleteuntungla dapat jalan-jalan kat Lumut :)
ReplyDeletefairus,
ReplyDeletekompomlah! esp. bile dgn yg t'syg. eceh!
♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
ReplyDeleteuntung sgt! he3..