Thursday, January 30, 2014

MERONDA DI PENANG

Berangkat ke Penang beramai2... Agenda family belah mertua. Majlis pernikahan Aril & Erna...

Tapi, sampainya tak sama sebab bertolak pada waktu yang berbeza. My 'sayang', aku, my MIL & Athirah 1 kereta. Kami yang paling lambat sampai sebab ada destinasi lain. Kengkononnya lah kan... Hu3...

Nak attend wedding Shiela kat Bagan Serai nun..! Tapi, akhirnya tersesat-barat! Sampai ke Serdang, Kulim bagai... Perut toksah ceritalah! Berkeroncong tak sudah! So, cancel wedding Shiela... kita terjah kedai makan je lah. Uhuks3... Sedeh!

Takde rezeki, nak buat macam mana kan... Terus je la ke Penang... Angkut hadiah untuk Shiela sekali. Bergolek2 la ia kat dalam bonet kereta tuh sampai balik ke Perak. Hu3...

My 'sayang' aci redah je masuk Penang tuh. Roger2 adik2 ipar, sebab nak on Waze lah kengkononnya... boleh pulak diorang pun tak tau diorang kat mana & tak tau nak kasik direction walaupun diorang dah sampai kat homestay. Lepas tu katanya, jangan ke homestay sebab semua dah nak gerak ke rumah makcik Erna kat Air Itam. Jadik pandai2 la carik rumah makcik Erna tu kat celah mana, ye! 

Arrgghhh...!!! Stress!!!

Nasib baiklah instinct my 'sayang' hebak. On the way nak ke Air Itam terserempak dengan kereta Aril. Owh... memang thank God sangat2 lah! Fuh! #lappeluh

~ Tok Kadi dah tunggu untuk shake hand.

~ Alhamdulillah... sekali lafaz.

Ada jamuan sikit petang tu. Menu simple je... nasik putih, ayam goreng berempah, ikan goreng, sayur campur, sambal belacan & kari ikan. Meletop marvellous habis especially kari ikan. Rasa nak mintak tapau je. Ha3...

~ Pukul 6.30 petang sampai homestay merangkap apartment.  

~ Ada swimming pool besar jugak. Tapi, kena jalan sikit ke blok lagik 1. Dekat je. Bebudak & yang bujang2 sempat la berkubang. Yang lain terbongkang atas katil. Ha3...

Not bad la homestay ni. Bukan apartment yang siap ada hall, dapur bagai... Tapi, 1 unit ada 2 katil single, attached bathroom, tv, fridge, telefon, meja solek, extra mattress & almari. Ala2 hotel jugak la... Almari dia ada banyak partition. So, kalau setakat datang 5-6 orang tak payah susah2 nak berebut almari. Cukup!

Aril book 13 unit kot. My 'sayang', Abah, Roy & Abang Udit dok 1 unit kat tingkat 2. Aku, My MIL, Awa, Udda, Jijah, Yana + 2 budak kecik (Athirah & Arrisya) dok 1 unit kat tingkat 1. 1 malam je pun... Bolehlah!

Detail homestay adalah seperti berikut:-

SEAMEO RECSAM Apartment
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-6522700 

Aktiviti malam adalah agak bebas. Tapi, make sure pukul 10 malam dah terpacak kat Nurul Ikan Bakar Special sebab Acik Ajis nak belanja makan busat. 

Orait, bebeh! He3...

Family Pak Usop (Abah) decide untuk shopping. Plus, Abah nak carik comforter. Nampak klise kan... apakah kat Teluk Intan takde comforter? Tapi, Abah cakap nak comforter yang dibeli kat Penang. Buat kenang2-an... Owh... gasaklah! Asal Abah bahagia... He3...

Plan nak ke Komtar. Tapi, macam tak best je. So, cancel! Kita singgah Gamma je sebab tak pernah singgah & macam pelik je nama Gamma tu kan... ;P

~ 'Sang Menantu' buat perangai! My MIL kata, 'Tengok tu... Kak Leez kurang kerja!' Ha3...

Tak beli pun... Testing2 je. Hiks...

My 'sayang' rembat sandle, worth 40 hengget after less. Kesian kat sandle lama dia. Huduh piang sangat dah! Si isteri cucuk2 suruh tukar yang baru. Boleh pulak my 'sayang' bergurau dengan amoi salesgirl tuh. Dia nak trade in sandle yang dia pakai. Speechless sambil gelak tersepet2 mata amoi tu haaa..! Ha3...

~ Special entertainment kat Gamma.

We ols beli hadiah kahwin Aril & Erna kat sini la. Idea spontan! Memasing kena pilih & sponsor 1 hadiah yang akan dimasukkan dalam 1 container besar, balut, letak kad & that's it! Aku & my 'sayang' kasik sepasang mug comel yang ada shape smiley tengah kenyit mata & jelir lidah buat muka naughty. Kiut sangat! Rugi tak amik gambar. Isk3...

Ada yang kasik kitchen utensil, hiasan, mangkuk & mende2 yang seangkatan dengannya lah. Sweet je... ;)

~ Lepas shopping, laju2 pulak ke Nurul Ikan Bakar Special. Dah lapanploh kali Acik Ajis roger2. Adeh3...

Address seperti berikut:-

Nurul Ikan Bakar Special
No. 4, Polis Marin
Batu Uban
Pulau Pinang

No. Telefon: 012-5625536

Rating untuk Nurul Ikan Bakar Special: 3/5

Review:-

Makanan ok la... Tapi, takde sos pencicah macam air asam ke... untuk ikan bakar. Aku tak kesah sangat kot sebab aku kan tak minat ikan bakar. Lauk aku malam tu tomyam campur dengan sotong goreng tepung dengan kailan ikan masin. Hokay je...
Servis biasa2. Actually, agak lambat kot sebab Acik Ajis dah book & reserve & bagitau menu segala belah petang. Tapi, bila kitorang sampai diorang still terkocoh2 nak hidangkan makanan. 
Persekitaran ok, agak comfy.

~ Lepas makan, aktiviti bebas lagik... Family Pak Usop lepak kat Padang Kota Lama. Amik bayu laut. Sojuk!

Balik apartment semua terlepek kekenyangan & kepenatan...

Takpe. Yang penting, kita enjoyce..!!! ;D


:: Like3, ek! ::



6 comments:

  1. wah bestnye jln2. heheh. seronok kan bile ramai2? huhu. thanks sudi dtg blog cx. :)

    ReplyDelete
  2. CXopportunities,
    jln2 ni, xkira dekat / jauh, sume pun best! he3..

    same2..

    ReplyDelete
  3. oo recsam tu dah tuka nama jd apartment yeeaa..
    tu tmpat lepak kitorang dedolu msa pjj sbb MURAH!! hahaha..

    ReplyDelete
  4. :|: TinTa Kibod :|:,
    not sure plak dia tukar name ke ape ke.. tp, tempatnye luas. ade apartment, tempat latihan / belajar & dewan utk disewa.

    ReplyDelete

KAMSAHAMNIDA...