Thursday, October 10, 2013

'SAWADEE KAP...'

Pukul 8++ malam, bawak Mak shopping groceries. My 'sayang' drive. Malam2, mata ah kak ni manjas lebih... Silau. Tak berapa dibenarkan untuk mengdrive. Isteri kesayangan katanya, weh..! Ahaks3...

Shopping kat mana lagik kalau bukan kat TF kan... Boleh jimat banyak kata ko! 1 troli penuh dengan barang2 keperluan Mak & aku, bajet dalam 200 hengget je. Cukup stock untuk sebulan... even kadang2 berlebih jugak membawak ke berbulan2. So, memang TF di hati kami lah. ;)

On the way balik nak hantar Mak, singgah dinner dulu. Jenuh pikir nak makan kat mana. Ketandusan idea di situ..! Tetibe... tinggg..!!! Aku ngan my 'sayang', dua2 pun teringat kat 1 restoran baru, area Kampung Bahagia. Actually, bangunan restoran tu dah lama jugak. Tapi, baru tukar owner. Thailand d' Seafood nama dia.

~ Kitorang makan nasik putih berlaukkan kerapu masak pedas, tomyam campur, kailan ikan masin & telur dadar. Dengan 3 jenis air berbeza iaitu sirap bandung laici, lai chi kang suam & nescafe ais, total semua samadengan 40 hengget which is aku rasa sangat reasonable + murah. Korang rasa murah tak?

Servis: 5/5 (Markah penuh sebab cepat & mesra alam)
Taste: 4/5 (Sodap cuma tomyam tu je manis sikit. Tapi, still boleh layan la...)
Kebersihan: 4/5 (Bagus! Takde nyamuk walaupun open air)
Lokasi: 5/5 (Senang nak jumpa / carik sebab kat tepi jalan utama je)
Fasiliti: 3/5 (Aku kasik rating dari segi parking lot. Quite luas la...)

Nak trykah? Kalau nak, jemput datang ke alamat berikut:-

Thailand d' Seafood
Kampung Bahagia
36000 Teluk Intan, Perak

Kalau dari Teluk Intan, restoran ni belah kanan korang. Betul2 kat area selekoh yang ada traffic light tuh. Harap direction ni membantu. He3...

'Sawadee kap...'

Eh, tetibe! Ha3...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

  1. haish...kami pun suke order makanan macam ni kalau makan kat kedai :) ...puas hati

    ReplyDelete
  2. ♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
    sbb rase macam sesuai sgt kan ngn anak tekak? he3..

    ReplyDelete

KAMSAHAMNIDA...