~ Persoalan daripada seorang BFF. Sila click kalau rasa macam rabun ayam. ;P |
Meh, nak jawab, meh! ;P
Bahan2:-
1 biji bawang besar (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 pokok sawi (dipotong)
2 biji telur ayam
5 batang keropok lekor (made from Terengganu, yang packagingnya kaler merah, tak payah rebus pun takpe, boleh goreng terus.)
1/4 kiub ayam Knorr
Serbuk lada hitam
Garam
Minyak masak
Air masak
Cara2 Penyediaan:-
1) Panaskan minyak. Goreng keropok lekor hingga garing. Angkat, toskan & potong kecil2.
2) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar & putih hingga naik bau.
3) Tuangkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kiub ayam Knorr & ubi kentang.
5) Pecahkan telur.
6) Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
7) Masukkan sawi. Masak seketika. Angkat, hidang & taburkan dengan keropok lekor yang telah dipotong kecil tadi.
~ Sup telur + keropok lekor sebagai garnish = Sup Lekor. Nama harus gempak! Heh3... |
Maka terjawablah sudah persoalan daripada Puan Eja sebentar tadi... Peace! ;)
:: Like3, ek! ::
No comments:
Post a Comment
KAMSAHAMNIDA...