Shopping dengan family mertua... merangkap aktiviti yang tak dijangka kekdahnya...
Ahad lepas...
Takde apa2 aktiviti pun memula. Bajet nak qada tido lepas tu tengok tv secara marathon je lah. Tup2... pukul 10 ++ pagi kot... my 'sayang' call...
"Aaby dah mandi ke belum?" (Motippp... sangat ayat ni tau! Mencik!!! Hu3...)
"Of course la... BELUM! Ha3..." (Jawapannya pun, memang... motippp... sangat..! ;P)
"Ha3... Takpe sebab dah agak dah... Errr... hari ni kita pergi jalan2 nak tak? Abah, Mak & yang lain2 nak sopping langsir kat Sungai Besar. Aaby siap2, ek! Nanti Abang amik."
"Ooo... itu macam kaaa..? Hmmm... hokaylah! Sekarang jugak Leez mandi! He3..."
Amboi3..!!! Kalau tang berjalan2, laju je kan... ;P
Sebenornya, my 'sayang' pagi2 lagik dah keluar, nak ke kebun. Tapi, cancel sebab hujan. Tu yang boleh join berjalan2 & menyopping ke Sungai Besar tuh.
Rejeki hujan... Hiks...
My MIL nak ke Sungai Haji Dorani dulu, nak borong ikan segar katanya... Dah la segar, murah2 pulak tuh! My 'sayang' beli ikan cencaru, bawal cermin & udang lipan.
~ Dipendekkan cerita, kitorang dah sampai kat sini pulak, tempat jual borong Nata de Coco. |
Tempat wajib singgah kot..! Kalau nak ke Sungai Besar / kawasan2 yang sewaktu dengannya, musti kitorang singgah sini. Tak kira lah dengan family mertua / family aku sendirik. Singgah je. Kecuali tutup la kan...
My 'sayang' beli 3 bekas Nata de Coco yang bersamaan dengan 10 hengget. Laici, strawberry & grape. Laici kasik kat Nenek, strawberry kasik kat Mak & yang grape tu, of course... aku punyalah. Tak kose nak rembat tiga2 sebab sure sempat expired.
Aku jumpa kerepek bayam. Tak pernah makan. Jadik, aku rembat sebungkus. Hmmm... aku suka jerrr... Tapi, adik2 ipar kata aku makan mende pelik. Ha3... Gasaklah!
~ Lepas tu, terus ke Jakel, Sungai Besar sebab nak jumpa 'Abang Aaron Ajiz' nih. Ahaks3... |
~ Ini semua poyo..!!! Ha3... |
~ Nak sainnnnnnnn.... pehhh-lisss..!!! Ha3... |
~ Awa pun nak jugak..! Ehem2! Encik Roy kat sebelah tu dah jeling2 kot..! Hiks... |
~ Ah kak pun takmo kalah! Siap touching2 bahu lagik..! ;P |
Tujuan utama ke Jakel adalah nak menyopping langsir & baju untuk wedding Jijah. Tapi, bila jumpa 'Abang Aaron Ajiz' terus semua lupa daratan! Abah & My MIL pun confuse tengok anak2, menantu2 + cucu diorang. Ha3... Hadoi!
Tu la... siapa suruh Jakel 'bubuh Abang Aaron Ajiz' kat situ..! ;P
Dah puas berposing dengan 'Abang Aaron Ajiz', baru la sambung shopping. He3... Naik 2nd floor dulu sebab nak carik langsir. Dapat kaler ala2 maroon. Lepas tu, turun ground floor, carik kain ela. Nak sedondon katanya... Ah kak ok jerrr... Dapat batik kaler base biru.
~ Habis shopping, perut pun lapor. Arissa maintain sleeping beauty. He3... |
Alaaa... makan kat food court depan Jakel tu je... Tak payah susah2. Lintas jalan sikit, dah sampai.
~ Aku makan kueteow Hong Kong. Sodap! Portion giler banyak! 1 pinggan ni makan berdua pun boleh kenyang apa..?! Bagus tukang masak tu sebab tak pendekut. He3... |
Lepas makan, terus balik. Tak singgah mana2 dah. Eh, ada2! Singgah rumah we ols sebab diorang nak tumpang solat Maghrib. Sempat jugak la aku jamu diorang dengan 'kuih raya'...
Kacang potong dengan jambu batu yang takde bijik tuh. 'Kuih raya' la sangat kan... Ha3...
Hokaylah... adios! Errr... tajuk entry tu... hmmm... propa sangat kan? Hiks...
:: Like3, ek! ::
siap jupe aaron aziz lagi..
ReplyDeletenmpak mmg sah aaron aziz, tapi...
hihihihi
mie,
ReplyDeleteshh.. jgn citer kat org psl kesahihannye, ek! ha3..