*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Hari Jumaat, selalunya aku akan masak untuk lunch. Lunch hour lama kan... Sempatlah!
Yang simple2 pun ok jerrr... ;)
Bahan2:-
1 tin sardin
5 biji telur ayam
7 biji cili padi
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 sudu kecil asam jawa Xtra Adabi
Minyak masak
Garam
Gula
Air masak
Air
Bahan2 Kisar:-
1 biji bawang putih
1 biji bawang besar
10 tangkai cili kering
Cara2 Penyediaan:-
1) Masukkan air ke dalam periuk. Rebus telur ayam di dalam periuk tersebut. Angkat & kupas kulit telur. Belah 2 setiap biji & ketepikan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
3) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering.
4) Masukkan sardin.
5) Perasakan dengan garam, gula & asam jawa Xtra Adabi.
6) Masukkan cili padi & bawang besar. Masak seketika. Angkat & hidangkan dengan menyusun telur rebus tadi di sekeliling pinggan.
~ Sardin Dah Bertelur. He3... |
~ Aku kombinasikan dengan sayur kacang tumis & ikan termenung goreng. |
Sonang, yo..! Aci pejam mata pun boleh! ;P
:: Like3, ek! ::
masak ni dedulu pd cx ianya sgt merumitkan. but once kite da masok dapor.. msk ni la plg sng. bak kate mak2 kite dulu, campak2 je da masak. wah! teruja gittew. ahaha btw, ikan termenung? ikan kembung kan? eheheh
ReplyDeleteCXopportunities,
ReplyDeletesame la.. mase belum kawen mmg xsker ke dapur! tp, lps kawen rajin plak leez m'google resepi. he3..
aah. ikan termenung = ikan kembung kot..