Saturday, August 31, 2013

MALAYSIAKU BERDAULAT

*This is a sticky mode entry. Please, scroll down for new updates.

Usah tanya apa yang MALAYSIA lakukan untuk kamu,

Tapi...

Tanyalah apa yang kamu telah & bakal lakukan untuk MALAYSIA...

~ Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-56...

*Credit to: elfvedorhome


:: Like3, ek! ::



SARDIN DAH BERTELUR

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Hari Jumaat, selalunya aku akan masak untuk lunch. Lunch hour lama kan... Sempatlah!

Yang simple2 pun ok jerrr... ;)

Bahan2:-

1 tin sardin
5 biji telur ayam
7 biji cili padi
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 sudu kecil asam jawa Xtra Adabi
Minyak masak
Garam
Gula
Air masak
Air

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang putih
1 biji bawang besar
10 tangkai cili kering

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan air ke dalam periuk. Rebus telur ayam di dalam periuk tersebut. Angkat & kupas kulit telur. Belah 2 setiap biji & ketepikan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
3) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering.
4) Masukkan sardin.
5) Perasakan dengan garam, gula & asam jawa Xtra Adabi.
6) Masukkan cili padi & bawang besar. Masak seketika. Angkat & hidangkan dengan menyusun telur rebus tadi di sekeliling pinggan. 

~ Sardin Dah Bertelur. He3...

~ Aku kombinasikan dengan sayur kacang tumis & ikan termenung goreng.

Sonang, yo..! Aci pejam mata pun boleh! ;P


:: Like3, ek! ::



Friday, August 30, 2013

BIG POT RAYA

Raya seterusnya...

My 'sayang' dah start ada urusan kerja. Bini dia je yang 'holiday'. Lepak kat rumah Mak. Aku pandang Mak... Mak pandang aku. Tak tau nak buat apa. Hu3...

Tetiba idea mari... Ting!!!

Kalau pusing2 Teluk Intan sambil cuci2 mata, musti best nih! Hah! Itulah dia idea tersebut... Heh3...

Memula, shopping barang dapur sikit. Lepas tu, rasa lapor pulak. Moh makan! ;P

~ Kat Big Pot. Mak minum sirap selasih sambil baca menu list. Begini la jadiknya.

~ Tunggu makanan.

~ Amir pun join sekali. Plus, dia jadik Mr. Driver of the day. Terima kasih, Amir.

~ Tuan tanah kedaung yang comel... tajuk album dia... Ahaks3...

~ Hokay! Makanan dah sampai. Aku order Fishball Kueteow Soup. 1st time rasa... hmmm... not bad la...

Pernah makan Jumbo Kueteow Soup tak? Haaa... lebih kurang macam tu la rupa paras dia. Jangan pulak ko expect isi kandungannya macam kueteow sup biasa yang selalu ko makan kat gerai2 tuh. Sebab kalau yang tu ada ayam, udang, telur, sotong bagai kan... Yang ni nan hado! Ada fishball je. Portion banyak! Memang boleh kenyang. Jangan risau. ;)

~ Mak ngan Amir makan Char Kueteow.

Diorang kata, not bad jugak. Tapi, manis sikit la... 

Dulu dah rasa Fishball Fried Kueteow & Mee Curry. Nanti kalau tersinggah lagik, nak try Grilled Honey Chicken Rice dia pulak. 

Dasar pemakan hebak kan? Hiks...


:: Like3, ek! ::



HAJAT BESOR KE CHEMOR

Raya ke-3...

Agenda di kampung mertua pulak. Selang-seli nampak gayanya turn balik kampung. Chantek tertarik menarik komemangthebomb je we ols susun schedule. Bagus! He3...

Nak ke Chemor, bawak hajat besor. Join rombongan meminang sempena majlis pertunangan cousin my 'sayang', Akim. I is like laju2lah kalau bab2 berjalan ni kan... My MIL & Abah pun dah paham sangat peel menantu dia yang sorang nih. Pantang diajak berjalan... confirm laju je bersiap! Ha3...

Cer ajak mengemas rumah ke... berborak dengan sedara-mara jiran tetangga ke... memang ya ampon lah! Sendu je ah kak di ceruk2. Ha3... Dush3!!!

~ Hokay! Dipendekkan cerita... dah sampai kat perkarangan masjid Taman Klebang Restu, Chemor, Ipoh, Perak. Pit-stop untuk solat Zohor.

Destinasi sebenor pun memang kat Taman Klebang Restu pun. Tuan rumah pun dah banyak kali jemput datang ke rumah. Bukan jual mahal ke apa ke kan... tapi, biasa la... dah ramai2 tu, musti banyak pulak halnya. Kena banyak bersabor. Susah nak rushing2. 

Relax, brader... brader relax! He3...

~ Pembodek Abah. Heh3...

~ Sweet gambar nih! ;)

~ Penyakit 'P.E.A.C.E'! ;P

~ Tuan tanah kedaung with her other half. Ecewah! ;P

Pukul 2++ petang kot time tuh! Memang berkeroncong sangatlah perut kan... Bila tuan rumah offer makan je, memasing laju2 mencedok! Hilang sekejap nilai kesopanan & tatasusila. Ha3... 

Alhamdulillah... Semuanya berjalan lancar... 

Selamat bertunang kepada Akim & 'cik tunangnya'... Sorry sebab tak tau nama tunang Akim. Lupa nak berkenalan bila dah nampak nasik. Ha3... Poyo!

Rombongan lain semua balik semula ke kampung halaman. Tapi, we ols tak. Sebab nak teruskan beraya ke rumah Roy kat Kuala Kangsar. Syiok sebab dapat makan laksa Kuala homemade yang superb... dengan bihun goreng yang sodap! Siap tapau buah limau bali tanam sendirik lagik..!

Sampai rumah, malam. Flat sangat! Lutut pun cramp. Adeh3... 

Tapi, aku takkan jemu berjalan2. Percayalah! Kalau tak percaya, cer ajak... cer ajak... ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, August 29, 2013

BREAKFAST RAYA YANG MARVELLOUS!

Breakfast raya...

Walaupun simple tapi, marvellous habis! Air tangan Mak katanya kan... Kakak pun ada tolong2 jugak kot... Aku pulak tolong makan. Ha3... Dush3!!!

~ Nasik goreng, ayam bbq (leftover), sambal sardin & ikan tamban goreng. Pekena pulak dengan teh o panas. Owh... memang terbahek dari ladang! 

Nak2 pulak, kita tak payah bersusah-payah berlengas di dapur. Tau2 je dah siap masak. Tinggal ngap! Lagiklah terbahek dari ladang sangat! He3...

~ Mai secawan..! Heh3...

~ Rifqi baru nak mengeliat. 

~ Apa pun tak buleh..!!! ;P

~ Huuuuuuuu...

~ Nak jugakkk... ;P

~ Dua2 pun belum mandi. Shhh..!!! Jangan cerita kat sesiapa tau! ;P 

Rindu nak breakfast sama2 lagik... Hmmm... tunggu raya haji pulak kot... Tsk3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, August 28, 2013

SEPINGGAN PULUT KUNING & SEHELAI TISU

Ini memang dirancang. Bukan spontan tau!

BBQ raya nama projek dia. Walaupun berlengas tapi, memang best! Sama2 prepare bahan2 yang nak dibbqkan... sama2 membakar sambil berpeluh2... & sama2 makan. Badan bau asap pun... apa ada hal?! Terbahek dari ladang! ;)

Ada 2 plan, sebenornya. 1st yang bbq tu lah. 2nd pulak adalah nak mengcelebrate birthday Kakak & Abang. Surprise2..! 

Dah siap2 bahagi tugas. Aku sebagai planner. Mak sebagai pembuat pulut kuning. Kak Aneem pulak sebagai pengdekorasi & orang yang bertanggungjawab di sebalik plating pulut kuning. 

Alhamdulillah... Menjadik jugak surprise kitorang. Hoyyeahhh..!

~ Birthday girl & boy nak potong pulut kuning. Happy birthday to both. ;)

~ Tak hagak2 lagik diorang nih berposing kan...

~ Kakak suap adik, adik suap kakak kata ko! ;P

~ Idea bernas daripada Kak Aneem. Pakai tisu... pun bolehhh... Hiks...

~ Celebrate kat rumah Nenek. Angkut semua mende alah yang dibbqkan tuh then, makan ramai2. Best & meriah!

~ Tumpang menebeng kat kerusi lepak Nenek. Tersandar je sebab perut dah ketat sangat! Macam belon udara panas. Adeh3...

~ Peminat fanatik udang nih.

~ My 'sayang' tu dah confuse la tuh! Perut dah jem! Ha3...

Lepas makan, sambung berborak. Aku jadik tukang dengor & gelak jerrr... Macam2 cerita keluar. Cerita kelakor, kesah zaman silam, cerita sedih, even cerita seram pun hado jugak. Ngeeeeeeeeeee........

Bersilih-ganti. Akhirnya membawak ke pukul 2 pagi kot..! 

Dasat tak? He3...

Hmmm... sepinggan pulut kuning + sehelai tisu = surprise di raya ke-2. Sweet! ;)

p/s: Happy birthday jugak untuk Abang Mie yang sambut birthday semalam. ;)


:: Like3, ek! ::



WORDLESS WEDNESDAY #37: ADORABLE!

~ 1 untuk Aisy...

~ 1 lagik untuk Qistina.

Hasil kerja tangan Mak. Adorable! Terima kasih, Mak... ;)


:: Like, ek! ::



Monday, August 26, 2013

RONA2 RAYA

Tak tau nak bubuh tajuk apa. Tetiba teringat kat 1 rancangan raya kat Astro, nama rancangan tu Rona2 Raya. Hosted by Didie Alias & Ajak (Shiro). Terus copycat! Heh3...

Elok2 photoshoot raya selesai, terus laju2 terjah rumah Nenek. Nak beraya dengan Nenek, Uda, Uteh & Pak Su. 

~ Comel tak Nenek we ols? Hiks...

~ Mintak ampun, Nenek. Selamat Hari Raya. ;)

~ Abang memang poyo! Ha3...

Actually, asal ada flash camera je, Nenek akan melatah tak hengat! Cucu2 pulak kejam! Lagik Nenek melatah, lagik la diusik. Haish!

Tapi, serius kelakor... tengok Nenek melatah. Pecah perut gelak dibuatnya. Ha3...

~ Teruskan beraya ke rumah Mak Yang.

Mak Yang masak laksa hari tu. Sodap! 

~ Candid tapi, comel!

Rumah Nenek ngan rumah Mak Yang ni dekat je ngan rumah Mak. 1 laman jerrr... Maknanya, ni kategori beraya dekat2 la... Lepas tu, baru ke kategori seterusnya iaitu beraya jauh2 sikit. Terjah rumah kawan Kakak kat Chenderong Balai.

Aku lupalah nama kakak tu apa. Tapi, best wooo..! Macam2 makanan hado..! Kakak cakap memang dah jadik tradisi diorang sefamily untuk jamu tetamu dengan macam2 makanan time raya. Masa kitorang datang tu, ada soto, ABC & bla3... Soto dia terbahek dari ladang..! ;)

Tak payah nak segan2 sebab self-service. Kalau segan, baik toksah beraya. Dok je diam2 kat rumah sambil tengok tv. He3...

Rumah kedua & terakhir untuk hari tu adalah rumah mertua aku. Mak melawat besan kekdahnya... ;P

Tak boleh nak beraya lama2 sangat sebab belah petang family my 'sayang' pulak nak datang beraya ke rumah Mak. Adik2 ipar request bihun sup Mak sebab marvellous kot katanya... Heh3...

~ Acara lepas makan. Heh3...

~ '1 Malaysia' katanya... Motip..??! ;P

Kesian Udda sebab dah 2 tahun tak dapat sama2 rasa bihun sup Mak. Dia yang mengidam lebih, actually. Tapi, tak dapat join sebab asal family mertua beraya ke rumah Mak je, musti clash dengan jadual balik kampung mertua dia kat Kampung Gajah. Disebabkan tu jugaklah Mak tapaukan bihun sup untuk dia. Holloh3...

Family mertua Abang pun datang beraya jugak hari tu. Membawak ke malam jugaklah tetamu yang datang ke rumah Mak. 

Hmmm... meriah jugak rona2 raya ke-2 ni... ;)


:: Like3, ek! ::



ROYAL BLUENYA RAYA..!

Kalau kat rumah mertua dengan hijau turquoisenya, kat rumah Mak pulak adalah royal blue. Turn aku & my 'sayang' yang pilih kaler tema untuk raya tahun ni. Idea spontan je. Kakak la dok roger2 tanya nak tema apa. Terus terlintas kat kepala kaler royal blue. My 'sayang' pun approved. Keputusan terkejut namanya. Hiks...

Pagi raya ke-2 dah balik rumah Mak. Well... inilah kemanisan kahwin dengan orang2 dekat. Aci sukahati je nak balik kampung. Bila2 pun boleh... ;)

Tapi, dalam dok dekat2 tu, aku ngan my 'sayang' la yang paling lambat sampai. Kakak & family yang 1st. 2nd, Abang & family. Macam ikut giliran lahir pulak. He3...

~ Photoshoot raya memang wajib la kan... Heh3...

~ Actually, aku pun tak paham apa yang cuba aku sampaikan. Adeh3...

~ Macam2 peel!

~ Boleh buat drama sebabak dengan dialog, 'Cepat mintak ampon! Kalau tak, kena lempang!' Ha3...

~ Ini semua poyo..!!! Ha3...



~ Turn anak dara ni pulak nak berposing walaupun tema ke laut! Nasib baik shawl ala2 royal blue sikit.  

~ Kak Yong yang over excited!

~ Susun2! Nak amik family portrait.

~ Testing2... Semua 'model' bermuka toya. Hu3...



~ Bolehlah! Semua pun cantik2 jelita handsome2 bergaya. Hiks...

~ Free style...

~ Sengal! Ha3...

~ Sibuk berposing sebab semuanya sawan camera. 

Dalam sejam jugaklah kitorang punya photoshoot raya tuh. Padahal dah lambat sebenornya. Nak pergi beraya... Tapi, kitorang sempatkan jugak! He3...


:: Like3, ek! ::