Saturday, July 6, 2013

TERKENYANG DI NIK IKAN BAKAR & TOMYAM

Flat! Sebab belah pagi ngan tengahari dah jenuh berjalan2. Dari Big Red Strawberry Farm membawak ke Time Tunnel Museum membawak ke YZ Agro Farm. Fuh!

Makanya, belah petang we ols bersenang-lenang kat bilik hotel je. Aku layan tv, my 'sayang' layan Candy Crush Saga. Owh... beliau tersangat la terjebak dengan Candy Crush Saga..! Siap beli2 nyawa la... ticket lagik... ntah hapekemendenyantah lagik... tak paham sebab aku tak main game tuh. Hu3...

Petang tu kiranya nak recharge energy la. Aktiviti melepak2 di dalam bilik... tajuk album dia... He3...

Pukul 6 petang baru beronok2 balik. Ke Pasar Malam Brinchang kekdahnya... Shopping sikit. Apa yang dishopppingkan, aku cerita kat entry lain, ek! ;)

Pukul 8 malam habis shopping. Naik bilik kejap, merehatkan kaki yang lenguh & bertapa sekejap.

~ Pukul 10 malam kitorang keluar dari tempat pertapaan, mencarik makan. Ngeh3...

~ Abang & keluarganya... Eh, skemanya ayat! Pui! ;P

~ Tak semenggah! ;P

Jalan2 carik makan kat Nik Ikan Bakar & Tomyam. Menapak je... sebab tak jauh. Nun jalan kat seberang jalan sikit je.

~ Siakap 3 rasa

~ Mak kesojukan. Sweater Mak tertinggal kat bilik. Malam tu pulak memang sojuk ya ampon..! Mencucuk2 sampai ke tulang sum2 angin Cameron Highlands ni tau! 

Tapi, we ols is hokay jerrr... Boleh feeling2 Scotland lagik! Ha3... 

~ Siakap masak pedas

~ Kailan ikan masin

~ Tomyam campur

Makan dengan nasik putih. Perrgghhh..!!! Memang terbaheklah especially bila makan time sojuk2 seperti Scotland ni kan... Heh!

Nik Ikan Bakar & Tomyam ni pun hasil penggoogle-an jugak. Ramai blogger yang up restoran nih. Sebab tu la kitorang mengtry jugak. 

Bila dah rasa... hmmm... not bad la... Tekak boleh layan jugak la kan... Makan untuk 5 orang dewasa dengan menu2 seperti yang tersebut di atas samadengan 135hengget. Turn my 'sayang' pulak belanja. ;)

Aku rasa berbaloi sebab takde la lama sangat menunggu. Lepas tu, portion pun banyak especially tomyam tuh. Lepas tu lagik, siakap tu saiz dia besor! 

Nak alamat, ek? Jap, nak kasik!

Nik Ikan Bakar & Tomyam
Medan Selera, Perkarangan Masjid Kayangan
Brinchang
Cameron Highlands, Pahang

Memang senang sangat nak carik. Jumpa je Masjid Kayangan, maka jumpa la jugak dengan Nik Ikan Bakar & Tomyam. 

Bbrrppp..!!! Alhamdulillah... Nak balik hotel, tido... Peace, yo! ;P


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

  1. Sakan Leez berjalan. hehehe. Sedapnya ikan siakap tu. :) Amboi kemain scotland. curlasttt. hehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnyer... best kalo makan bersame keluarge....

    My recent post : Lukisan 3D yang Menakjubkan

    ReplyDelete
  3. ~Mami Little Hero~,
    sakan, ek? xde la kot.. bese2 je.. he3..

    not bad la rase dia, esp yg masak pedas tuh.

    scotland kata ko! ha3..

    ReplyDelete
  4. Lime Dotmy,
    klu mkn ngn family, kesodapan tu b'ganda2! he3..

    ReplyDelete

KAMSAHAMNIDA...