Tetiba je dapat surat arahan berkursus. Paling tak boleh blah adalah bila mengtengok nama kursus tuh, Kursus Kecergasan Diri katanya...
Va3..!!! Feeling atlit yang bermuscle2 sangat..! Ha3...
Hokay, fine! Sudah2 berangan tuh. Sila kembali ke jalan yang benar... ;P
Begini kesahnya... SKM nak buat Karnival Sukan. Makanya, we ols yang menurut perintah ni kena la involve. Rela ke... paksarela ke... redah je lah. Seantero SKM dibahagikan kepada 3 zon. Zon Tengah, Utara & Selatan. Aku adalah tergolong dalam Zon Tengah.
Kursus Kecergasan Diri ni merangkap pemilihan kontinjen la kekdahnya...
Venue sangat la dasat! Kat Ampang Pecah Training Centre, Kuala Kubu Bharu, Selangor nun! Merangkap kem PLKN. Hadoiiyaiiinyapon!!!
~ Selamat sampai. Tengah tunggu urusetia kasik briefing. |
Tapi, briefing ditangguhkan sebab ada yang tak sampai lagik. So, we ols 'check-in' dulu.
~ Dah namanya pun kem PLKN kan... Jadik inilah rupa paras penginapannya. Hu3... Sedeh! |
Kursus ni 2 hari 1 malam. Aktiviti day 1 adalah pemilihan pemain volleyball. Sumpah, ah kak memang bukan sportswoman! Sangat2 bangku! Bukan setakat kaki je... tapi, tangan, lutut, lengan, bla3... semuanya sangat bangku! Tapi, ada hati nak join pemilihan atlet untuk sukan kan... Sangat tak relevan! Ha3...
Tapi, nak buat macam mana kan... Dah katanya 'Saya yang menurut perintah'... Belasah je la...
Cuba mengsportingkan diri walaupun perasaan malu tu macam tak berapa nak terbendung. Hu3...
Nasib baik aku jenis yang minat nak tengok a few sukan kat tv. Boleh jugak dijadikkan panduan. Tapi, bab2 rules peraturan bagai... memang ke lautlah! Apapuntakboleh!!!
Bila dah try2 main tu, baru la macam...
"Ooo... sorang2 kena serve..."
"Ooo... lepas tu kena rotate2 kedudukan pulak..."
"Ooo... begitu... Ooo... begini... Ooo... bla3..."
Nampak tak kebangkuannya di situ? Adeh3...
~ Day 2... |
~ 'Atlet2' yang kiut2 jelita. Ahaks3... |
~ Breakfast dulu. Kalau tak kang perut ah kak meroyan! ;P |
Makan kat dining hall je. Lepas makan, kena basuh pinggan & cawan sendirik. Owh... back to skool sangat..! Hu3...
~ Lepas makan, bergayut. Ceria sangat I ols tau! Harap2 bila balik kang, berjaya mengtinggi sikit. He3... |
Pagi day 2 ada pemilihan untuk pemain netball. Memandangkan takde siapa2 lagik kat padang makanya, we ols bersiar2 sambil berpoya2 dululah. ;P
~ Geng huru-hara dah takde. Dah bertukar jadik Geng Ini Semua Poyo! (GISP!) Suka hati je kan... Hiks... |
~ Atlet yang penuh tatasusila. ;P |
~ GISP! sedang beronok2. ;) |
~ Amik mood, lepak kat court. |
~ Tetiba ah kak jadik WA. Yang ah kak tau WA samadengan Wind Attack. Apakah kan..??! |
Tau2 je la netball ni kan... Tak semua tempat boleh kita masuk. Ikut bib yang kita pakai. Tapi, ada aku kesah..??! Dah katanya pun buta peraturan kan... Semua ceruk ah kak mencelah! Ha3...
~ Keciknya we ols... ;P |
Nasib baik la kursus ni 2 hari 1 malam je. Kalau lebih, berkemungkinan besor aku cha alip bot awal, mintak my 'sayang' amik ke apa ke kan... Sebab tak tahan dengan accomodationlah.
Well... aku sedia maklum kalau dah namanya kem PLKN memang la kena stay kat dorm, kena makan kat dining hall bagai... Aku bajet tahap aku boleh tido dengan aman secara ala kadar pun dah hokay je. Tapi, aku tak expect la yang dorm tu sangat2 teruk dengan taik cicak bersepah2, bila malam nyamuk ya ampon... punya banyak! Dah la skang musim panas.
1 dorm ada 14 orang, katil double decker, kipas siling ada 2 kot. Bila malam, panas membahang + nyamuk = cer ko bayangkan betapa stressnya ah kak! Nak pakai selimut, panas! Tak pakai kang, nyamuk geget! Mencik dilema!!!
Toilet lagik la ya ampon..! Asal mandi je kena geget nyamuk! Asal kena geget nyamuk je mandi! Flush semua rosak. Harap jirus je la. Scary hokay toiletnya... Adeh3...
Sekian cerita Kursus Kecergasan Diri yang 'scary'...
Eh, kejap! Nak kasik kesimpulan pasal pemilihan pemain. Errr... kesimpulannya, ah kak tak terpilih pun... Pasrah gitu..! Tapi, takpe... I is hokay jerrr...
Sporting, bebeh! Sporting! & supportive. ;)
:: Like3, ek! ::
Anda nampak slim d situ..x lama nanti rupa tiz zaqyah n nellydia senrose la nampak gayanya.ai is menjelez di situ…hakhak
ReplyDeleteAzieFirdaus Kamarudin,
ReplyDeleteye ke? owh3.. t'haru la plak! ha3.. mudah2-an masin mulut u! tiz ngn nelydia xbuleh carik mkn la lps ni. ha3.. u is jgn jeles2! meh join m'diet same2, jom! ;)