Bawak Mak jumpa dentist. Hari tu dah cabut. Setel dah bab gigi tersebut.
Masalahnya, ni gigi lain pulak bikin onar. Mak kata gigi tu rasa ngilu2 & sakit berdenyut2 tapi, tak berlubang pun. Hmmm... takpe la... Biar dentist yang decide, apa nak dibuat dengan gigi tuh.
Takde la ramai sangat patient petang tuh. Sedang2 je. Tapi, mengantuk tahap gaban jugak la aku tunggu Mak punya consultation dengan dentist. Lapanploh kali menguap kot! Adeh3...
Tetiba... Mak keluar dengan muka atak senyum. Eh, pelik! Sebab tak nampak kapas gigi pun kat mulut Mak. Seperti takde apa2 yang berlaku je kan...
Rupa2nya, Mak kata dentist tu decide untuk tak cabut gigi Mak sebab katanya gigi tu boleh dikategorikan sebagai tak rosak. Plus, katanya lagik, gigi Mak still cantik untuk usia seperti Mak sebab kebanyakan orang kalau dah cecah 50-an gigi dah banyak gigi yang rosak.
Kesimpulannya, gigi Mak tu retak & hilang sikit adalah disebabkan oleh 2 faktor, sama ada Mak suka makan makanan yang keras / makan asam. Asam memang tak la kan... sebab Mak bukan la peminat asam sangat. Sekadar merasa tu ada la... Tapi kalau makan makanan keras memang ye sangatlah. 1 habit Mak, lepas makan nasik, Mak akan kunyah beras.
Aku pun confuse jugak dengan habit Mak nih. Ha3...
Dentist just bagi ubat antibiotik & ubat untuk ditelan bila rasa sakit datang. Lepas tu, dia kasik appointment untuk buat Root Canal Treatment (RCT).
~ Tak jadik cabut gigi. So, boleh la makan KFC faveret Mak. Siap buat lakonan semula lagik! He3... |
~ Bila la hot & spicy nak keluar balik kan? Mencik! Uhuks3... |
~ Cheezy Zinger Hot Box untuk tuan tanah kedaung. Sodap! Melimpah dengan cheese. Memang cheezy sangat2..! Terus feeling2 warga Amerika. Ha3... Over! |
~ Makan dengan penuh kenikmatan kekdahnya... Hiks... |
Syiok sangat bila tengok Mak happy & dapat belanja Mak makan makanan faveretnya. Tapi, tak boleh amalkan selalu la kan... Fast food tuuu..! Not so good for health... kata mat salleh. ;P
Walaupun aku belanja Mak makan kat tempat biasa2 tapi, rasa puas sangat bila tengok Mak happy macam ni. Tak perlu ke restoran gah2 berbintang2. Ikut kemampuan semasa gitu..! ;P Kat KFC pun boleh je... Yang penting nawaitu kita kan...
Selamat menyayangi keluarga anda... Adios! ;)
:: Like3, ek! ::
ala..terliur sey..huhu
ReplyDeletewah...bagus lah makcik...sihat gigi..mak kak ita dah pakai gigi palsu..
ReplyDeleteAlamak kunyah beras..mcm petua utk org pregnant je kalo nk anak kulit putih.hihi
ReplyDeleteNieyxzha Hassan,
ReplyDeletenk tisu x? wat lap air liur yg meleleh tuh. he3..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteanitadiana,
ReplyDeletealhamdulillah.. mak kata, petuanye rajin geget tebu utk dimkn. ntah la mak main2 ke betul2 kan.. he3..
MrS. F!zA,
ReplyDeleteowh.. ye ke? xtau plak leez. he3..