*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Nak masak yang simple2 je. Masak lemak, kari, gulai bagai... semua tolak tepi dulu. 'Dicutikan'. ;P
Bahan2:-
1 mangkuk kecil ikan bilis
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu kicap manis
2 sudu besar kicap masin
Minyak masak
Serbuk perasa
Air masak
Bahan2 Tumbuk:-
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
7 biji cili padi
Cara2 Penyediaan:-
1) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
3) Masukkan lobak merah.
4) Tuangkan sedikit air masak. Masak hingga lobak merah empuk.
5) Perasakan dengan kicap manis & kicap masin.
6) Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi & bawang besar. Kacau rata, angkat & hidangkan.
~ Ikan Bilis Goreng Pedas Angguk2 Geleng2. |
Kalau rasa nak makan / try, boleh la angguk2. Kalau tak nak, sila geleng2. Sonang cerita. Heh3...
:: Like3, ek! ::
No comments:
Post a Comment
KAMSAHAMNIDA...