Baru2 ni, kitorang mengenjoycekan diri pergi family vacay belah aku. Kalau ikut plan asal, kitorang nak ke Cameron Highlands sebab Mak addicted nak petik2 + gunting strawberry fresh dari ladang. Tapi, plan ke laut atas sebab2 yang tak dapat dielakkan... Hu3...
Sebagai AJK hospitality, memula aku dah give up jugak. Hey! Ingat senang ke nak survey2, google2 where to stay & where to go bagai tuh! Ya amponnn... hokay! Siap stay up bersengkang mata tau! Esok tau2 mata dah jadik mata kungfu panda. Uhuks3... Mencik!
Amik masa jugak nak carik mood balik, nak tukar ke plan B. Aku kasik suggestion either pergi Port Dickson or Melaka. Majoriti kata nak ke Port Dickson. Hokay, no objection! Maka bermulalah episod ah kak nak menggoogle2 apa2 yang patut especially where to stay. Kung fu panda lagik... Hu3...
Akhirnya, dapat 1 homestay nih, D'Bayu Homestay namanya. Hmmm... so-so je kot... Sebabnya apa yang digambarkan tak seperti keadaan sebenar. 180 hengget/night. Ruang dapur kecik & TAK DIBENARKAN MEMASAK kecuali masak air & nasik. Ada a few kawasan yang dusty. Tapi, ownernya ok la... Soft spoken. Kalau nak tengok jugak rupa homestay, boleh la terjah sini, ek!
Kami check-in pukul 4 petang. Agak lewat sebab pagi tu aku ngan my 'sayang' ada appointment dengan doktor. Rehat2 kejap, mandi bagai... then, kami meninjau2 Teluk Kemang. Hujan lebat! Aku tak sempat grab apa2 pun. Mak je beli topi, harga samadengan 10 hengget, nak pakai ke kebun belakang rumah katanya... He3...
~ Perut dah berkeroncong. Carik2 port makan, last2 jumpa Barakat Tomyam. |
~ Menu pilihan adalah tomyam campur. |
~ Sotong masak kicap. Yang tak sempat nak amik gambar adalah telur dadar, kailan ikan masin & daging black pepper. Nasik putih, of course la ada kan... |
Semua pun thumbs up! Sodap! Kecuali daging black pepper tu sebab pelik semacam. Kalau kat sini daging black pepper tu ditumis dengan bahan2 perasanya kan. Tapi, yang edisi Barakat Tomyam nih daging tu adalah daging salai yang digoreng & ditaburkan denga bawang merah & bawang putih yang digoreng. Rasa pahit bawang putih tu terserlah. Agak ke laut di situ...
Servis oklah. Takde la berjanggut nak tunggu kan...
Total makan menu2 kat atas tuh untuk 6 orang makan adalah 80 hengget. Murah ke mahal tu, ek? Hmmm... tak kesah la kan... janji perut kenyang & makanan tak mengfrustkan.
Kalau nak try terjah, boleh la ke alamat kat bawah nih:-
Barakat Tomyam Seafood
Jalan Pantai
71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
~ Dah kenyang, kitorang bersenang-lenang pulak di tepian pantai. Membawak perut yang memboyot. Ha3... |
~ Oranje..! Heh! |
~ Port Dickson kan banyak pantai. Yang kitorang terjah ni pantai apa ntah. Aci terjah je sebab nampak macam happening. |
~ Malam2 pun ada yang mandi kat pantai nih. Tak takut kena geget buayakah? Kan dulu kecoh pasal ada orang kena geget buaya masa mandi kat Port Dickson. Tak percaya... cer baca artikel nih. |
~ Rifqi mengexplore. Teruja tahap gaban kot! He3... |
~ Perut boyot si suami jugak yang jadik idaman. He3... |
Lepak kat pantai dalam 20 minit je. Amik2 gambar lepas tu, terjah booth2 di seberang jalan. Nampak macam happening. Ececehhh..! Asal nampak happening je nak singgah. Asal nak singgah je happening. Ha3...
~ 'Buaya' Port Dickson yang ah kak berani nak geng. Ha3... |
Booth2 tu jual pakaian, makanan hasil laut & aksesori/alatan nak mandi laut macam pelampung, bola... Aku tak shopping pun... Menggediks2 bercamwhore dengan my 'sayang' je. Kak Aneem je yang membeli-belah. Beli pelampung & bola untuk anak2.
~ Topi sekadar untuk berposing. Nasib baik tauke booth tak marah. Siap cakap, 'Takpe2. Boleh je amik2 gambar. Sila2...' Pelawa ke perli, ek? Ha3... |
~ Cowboy sesat. Ha3... |
Pukul 12 malam baru sampai homestay. Penat berjalan + kekenyangan = ubat mujarab untuk cepat tido nyenyak.
Malam tu hujan. Ditambah dengan sejuk air-cond, perrgghhh... memang liat nak bangun pagi tuh! Diorang aci jerit2 kat aku, suruh mandi sebab nak berkubang kat pool pulak, baru aku hegeh2 bukak mata.
Heh3...
*Bersambung...
:: Like3, ek! ::
wah seronoknya bercuti...
ReplyDeleteAyu azmir,
ReplyDeletemmg syiok! he3..