Thursday, December 20, 2012

'ABANG BECA... ABANG BECA... DI TENGAH JALAN... LA3...'

Ye!

Kitorang naik beca! Sila percaya. ;P

Kitorang naik beca dari Muzium Samudera sampai la ke Kota A Famosa. Macam neves gak memula tau! Sebab tertanya2...

'Boleh ke pokcik beca tu mengayuh beca dengan 2 orang 'budak besor' kat atas beca tuh? Hmmm...'

Abaikan persoalan tuh. Meh kita cuba, try, test! Heh3...

~ Siap ada bintang lagik! Kereta ko mampu lawan beca pokcik nih..??? Ha3...

~ Terkagum2 sampai ternganga2 ah kak tau! He3...

~ Inilah pokcik yang menjadik 'mangsa' kami. Kesian pokcik... ;P

~ My 'sayang' over! 



~ Hokay, let's jom pokcik! Yee haaa..!!!

~ Aku pulak over! Eh2! ;P

Neves jugak tengok pokcik tu mengayuh! Ye la kan... beratnya berganda2 kot! Pokcik tu pulak slim2 je orangnya. Aku syak musti pokcik tu pengguna Fellina Inchloss. Eh, tetiba kan... Tetiba... Ha3...

Tambang beca ni kalau tak silap aku ikut minit. Ada la kan rate2 dia. Aku lupalah! Tapi, yang kitorang naik ni kena charge 30 hengget kot. I think so... 

Nampak macam dekat je dari Muzium Samudera ke Kota A Famosa. Tapi, takpe la... Kesian aku tengok pokcik tuh mengayuh. Sepenuh kudrat! 30 hengget pun aci je...

Dalam hati ada taman tau! ;)


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...