Meh nak kasik teori a.k.a ilmu alam sikit pepagi nih. Sila baca dengan hati yang tulus suci siap feeling2 sekali tau! ;P
"Projek Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) adalah merupakan EPP yang bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif melalui pembangunan kedai2 runcit tempatan jenis 'mom & pop', peningkatan tahap kompetitif peruncit & Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) tempatan serta penyediaan peruncit untuk pelaksanaan Goods & Services Tax (GST)."
Amekaw! Bahasa bisnes dah keluar! He3...
Senang cerita, TUKAR dalam konteks SKM adalah COOPMART / kalau ditranslatekan ke bahasa ibunda akan jadik sebagai PASARAYA KOPERASI. 1 of koperasi di bawah penyeliaan opis aku terlibat dengan program TUKAR COOPMART nih.
~ Launching jatuh pada hari Ahad. Nak tak nak, kena la paksarela turun kerja di hari minggu. Hu3... |
~ Launching belah petang, dalam pukul 4.30 petang macam tu la... |
~ Ena datang dengan Hafiy, wakil SKM Manjung nih. ;) |
Koperasi yang buat COOPMART ni adalah Koperasi Orang Melayu Kerajaan (SKOMK) Perak Berhad. Walaupun event ni di Hilir Perak tapi, Big Boss bagi arahan untuk semua pegawai & kakitangan wilayah lain hantar wakil. Maka terpaksa la jugak diorang turun padang di hari minggu...
Sepatutnya Menteri KPDNKK, Y.B Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang buat launching. Tapi, atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, ADUN Sungai Manik, Y.B Dato' Zainol Fadzi bin Paharudin yang gantikan. Takpe la... Asalkan semuanya berjalan lancar.
Memula macam nervous jugak sebab kerusi still banyak yang kosong. Tapi, lama2 makin ramai sampai penuh tempat duduk yang disediakan. Alhamdulillah...
Sekarang COOPMART tu dah beroperasi sepenuhnya. Macam2 ada..!!! ;D
Nak carik pun tak susah sebab lokasinya di tepi jalan utama macam alamat kat bawah nih:-
COOPMART Koperasi Orang Melayu Kerajaan (SKOMK) Perak Berhad
No. 29 & 30, Persiaran Melor 1
Taman Melor 3
36000 Teluk Intan, Perak
Sudi2kan la singgah, ye..! ;D
:: Like3, ek! ::
No comments:
Post a Comment
KAMSAHAMNIDA...