Tak habis lagik beraya. Belah tengahari jadik 'rombongan Cik Kiah'. Belah petang lepak kat rumah mak je. Nak kumpul energy balik sebab malam kang nak sambung beraya lagi.
Hoyyeahhh...!!!
Kitorang nak beraya ke rumah mak mertua kakak. Dah pesan siap2 kat kakak, kalau setakat jamu kuih raya je baik toksah bagi kami datang. Paling2 pun, kena jamu nasik spesel. Ha3... Kejam2...
Terus kena sekeh dengan kakak aku. Adeh3...
~ Lepas kena sekeh pun muka bajet kiut lagik. Tiz Zaqyah celup kata ko! Ha3... Memang mintak kena sepak ke apakah nih?! ;P |
Mak mertua kakak jamu nasik, as requested. Ha3...
So, malam tu berdinner raya dengan nasik putih, asam pedas ikan siakap, ikan masak kicap, sayur campur seafood & apa ntah lagik... lupa la... Ada ruang lagik kot perut aku ni. Terus makan sampai 2 pinggan! Owh... apakah..??! ;P
~ Lepas makan nasik, makan kek coklat pulak. Minum kopi... Perrgghhh!!! |
~ Suap Ziqah sekali. Eh, manjasnya! |
~ Ziqah ni anak Uda. 1 & only... Nama penuh: Anis Haziqah. No. MyKid: ..... eh, over pulak! Hiks... |
Kalau korang tengok badan dia secara live, musti korang ingat dia tak cukup makan. Sebab kurus sesangat! Tapi, cer tengok pola pemakanan dia. Semua dia belasah! Faveret dia adalah petai. Bukan yang kita campur dalam sambal udang jadik sambal udang petai tuh. Tapi, yang raw, bebeh!
Slumberdek je dia telan.
Nasik penuh pinggan. Roti pun dia makan. Biskut lagik... Macam2lah masuk dalam mulut dia. Tapi, still tak gemuk2. Sebab sistem penghadaman dia pelik sikit. Makan3... lepas tu, buang3. Susah nak jadik lemak kot. Tu yang slim sesangat tuh!
Jeles ah kak tau! Sebab ah kak pun makan banyak jugak, membuang jugak. Tapi, maintain je bulat2... Uhuks3...
~ Sebenornya, aku yang ngengada request kat kakak nak desert bagai... Terus laju2 mak mertua kakak amikkan kek coklat. Terasa seperti tetamu kesayangan pulak. Hiks... |
Eh, ke... tetamu menyusahkan? Ha3...
Lagik sekali kena sekeh ngan kakak. Adeh3...
Hokayla... Insap la... Takmo dera2 dah... Tapi, tetiba my 'sayang' bersuara...
"Kak, buah2-an takde ke?"
Ha3... Tak dapek den nak nolong! ;P
*Bersambung...
:: Like3, ek! ::
kalau ramai ramai kumpul, letakle makanan pape pun konfem habis punye la
ReplyDeleteNUR,
ReplyDeleteaah. sbb ade geng. lps tu, borak2. tangan mmg xberenti dr amik makanan & mulut lak xberenti dr mengunyah. he3..