Tengahari 2 Syawal, aku balik rumah mertua. Turn beraya kat sana pulak. Sedeh kot nak meninggalkan kampung halaman sendirik... Sob3...
Ececehhh..! Over pulak! Macam la jauh sangat kan... He3...
Kakak kata, kalau takde program apa2, means setakat duduk melepak kat rumah mertua je hari tu, kakak ajak join dia beraya kat rumah kakak ipar & kawan dia. Kami ok je... Tapi, kena tanya2 belah mertua dululah kot2 ada program ke tidak. Kalau ada, terpaksa la cancel join kakak beraya. Kalau takde, ayuh kita berayalah! Heh3...
Kesimpulannya, family mertua ada program nak berjalan2 raya. Owh... terbaekkk..! Ah kak suka je... dari melepak kat rumah, ko tengok aku, aku tengok ko balik, lepas tu sama2 tengok sawah padi luas terbentang kan... Bosan, noks..!
Memang betul2 berjalan raya sakan aku ngan family mertua hari tu. Memula, pergi rumah Angah Gudai. Kat sini makan kuih raya ngan teh o panas je. Lepas tu, membawak ke rumah Nenek Seksi. Dapat makan mee goreng marvellous! Hujan renyai2 pulak tuh! Memang terbaekkk... la layan mee goreng... He3...
Lepas tu, konvoi ramai2 ke rumah Angah Siai. Tapi, tuan rumah takde. Tak jadik singgah. Eh, nama2 yang ah kak sebut kat atas ni aci bubuh ikut apa yang diexplain oleh my 'sayang' je. Tapi, usah ditanya macam mana boleh jadik sedara sebab ah kak tak reti nak explain. Macam berpusing2 je salasilahnya tuh. Hu3...
Terus sambung beraya ke rumah Mak Anjang & last sekali ke rumah Mak Ngah. Lepas Maghrib baru balik. Ni baru namanya beraya sakan! Fuh!!! ;P
~ Dari rumah Mak Ngah, kami ke Euro Fun Park. Kira macam funfare la... Jijah teman Qistina naik kereta comel nih. |
~ Nak naik kuda kat belakang tuh tapi, maluuuuu.....!!! Amik gambar je lah... Hu3... |
~ KF buat iklan ubat gigi... He3... |
~ Ah kak berada di mana2 kan? Rugi tak enterframe! Hiks... |
~ Qistina ngan Jijah berangan nak jadik Charlie's Angels Malaya. ;P |
Korang mampu pergi funfare pakai baju kurung sesopan kami? Ahaks...
~ Haunted Castle pun ada wooo..! Hantu2 display kat luar castle memang weird! Tu yang ah kak buat anak panah tuh sekor. Siap boleh teleng2kan kepala lagik, noks..! Neves ah kak tau! Fuh! |
~ Yang ni buaian berpusing. Neves jugak aku tengok diorang yang naik mende alah nih! Memula, ok la... Lama2 dia berpusing semakin tinggi & tinggi! Alaaa... yang macam kat Genting tu haaa..! |
Ada 2 funfare yang beroperasi di Hari Raya. 1 kat Bandar Baru & 1 lagik yang ni la, kat Intanova. Yang kat Bandar Baru tu funfare biasa2 je. Permainannya pun tak se-extreme kat Euro Fun Park nih. Masuk pun percuma je.
Euro Fun Park ada tiket masuk. 4 hengget untuk dewasa & 2 hengget untuk kanak2. Permainannya ala2 Genting. 1 token = 2 hengget. Sampai sekarang still on. Kalau ada yang nak try menyinggah tu, boleh la terjah Intanova. Korang jumpa Kolej Komuniti Teluk Intan, korang jumpalah jugak dengan Euro Fun Park nih. Tu je directionnya. He3...
Hmmm... pandai betul tauke2 funfare menghabiskan duit2 raya kita kan? Uhuks3...
*Bersambung...
:: Like3, ek! ::
raya2 pown sempat ke funfair yek
ReplyDeleteKat sungai petani pun ada funfare macam ni dari ramadhan sampai le raya hehe...
ReplyDeleteEh tak naik ap2 ke kt Euro fun park tu?
ReplyDeleteKalau budak2 suka betul dapat pergi tmpt2 mcm ni.. xD
Kesuma Angsana,
ReplyDeletesesambil lalu je.. dh alang2, singgah je la.. ;)
eynda,
ReplyDeleteowh.. diorang b'pakat nih! abiskn duit raya kita.. hu3..
Everything's Everythings,
ReplyDeletexpun.. sbb hubby gayat t'lampau! ha3..