Baru nak kepohchi pasal cerita raya. He3... Almaklum la... busy mengattend jemputan open house..! ;P
Ramadan terakhir... hari paling sibuk! Awal2 aku dah amik cuti. Means, aku start bercuti dari hari Jumaat lagik. Pepagi dah bawak mak ke pasar. Sekali dengan my 'sayang' sebab kebetulan dia tak membusy hari tu. Pasal ayam tak perlu risau dah sebab bab tu abang aku bereskan.
Ramai betul manusia kat pasar! Penangan raya kata ko! Kaya la apek2 & nyonya2 yang meniaga kat pasar tuh.
Tujuan utama adalah nak beli buluh lemang, santan & pulut. Buluh lemang dapat 15 batang. Sebatang diorang jual RM 1.50. So, kos buluh lemang = RM 22.50. Santan pulak aku tak ingat mak aku beli berapa kilo. Beli santannya terus! Tak payah susah2 nak perah. Pulut beli 5 kilo. Mak aci agak2 je untuk 15 batang lemang. Lepas tu, Mak Yang tambah lagik 2 kilo.
Berlebih kot. Terus Andak buat ketupat palas. Tak membazir... He3...
~ Cara2 memasukkan daun pisang ke dalam buluh lemang. Khusyuk betul mak. He3... |
Nampak je macam senang. Aci sumbat je masuk dalam buluh. Tapi, remeh jugak tau! Puasa pulak tu kan... Kesaboran tak berapa semenggah kot..! Hu3...
~ Bila masuk bab bakar-membakar, lagikla... ya ampon! Kena jaga api la... kejap2 kang kena pusing2kan lemang tuh... Makan jam wooo... nak masak! |
~ Sampai ke waktu berbuka puasa pun lemang still berasap lagik. Cer imagine betapa lama nya tuh. |
Otak2 tu ah kak yang bakar tau! Order kat Ros 50 keping. Popia otak2 pun aku order 50 ketul jugak. Saje je buat kudap2... ;)
Malam tu, semua dah berkumpul balik kampung. Makcik2 & pakcik2 aku pun semuanya dah ada kat kampung. Riuh-rendah dengan gelak-ketawa, usik-mengusik... Best betul!
Syioknya ambang Syawal... Rasa macam, hari2 pun nak hari raya! Alaaa... macam lagu Ana Raffali tuh!
"Hari... hari... hari... raya!"
He3...
Setinggi mana kita berpijak, sejauh mana kita melangkah, keluarga tetap segala2nya kan? ;)
:: Like3, ek! ::
No comments:
Post a Comment
KAMSAHAMNIDA...