Mukadimah entry hari ni, takmo yang heavy2. Nak yang santai2 je. So, korang layan la, ek wajah2 kiut anak2 sedara aku yang gigih berfotogediks kat bawah nih.
Diorang memang over! Ha3...
~ Muka boyish Baby Odah. Eh! Nama Baby Odah dah tak relevan sebab semua dok panggil dia as Kak Ngah. Plus, dia pun bahasakan diri dia as Kak Ngah. |
~ Peminat Choki2 tegar kot! |
Dulu Kak Ngah 1 Taski ngan Kak Yong. Dia sorang je yang umur 4 tahun. Start bulan lepas kot, Kak Ngah dapat offer masuk Permata (Negeri). Syiok betul makcik cinonet nih bukan kepalang!
Ye la... aktiviti semua yang best2... bagi dia la kan... Aktiviti mencarik, menangkap, melukis & mewarna semut la... tengok rabbit la... hamster lagik...
Ada sekali tu, dia bagitau aku yang teacher bawak dia ngan kawan2 tengok hamster...
"Acu... tadi kan... Kak Ngah tengok 'emter'."
Aku dok 'hah2...' sebab tak paham 'emter' tu samadengan apa. Last2, bila dia dah penat explain, terus dia jerit...
"Isk... Acu ni..! Emter tu tikuslah!"
Ha3... Emter tu hamster rupanya. Dah ko pelat Kak Ngah, oiii! Telinga Acu susah nak pick-up! ;P
~ Ini Kak Yong. Siapa tak kenal kot kan... sebab selalu je aku jaja muka bam2 beliau kat sini. Pejam-celik, pejam-celik, dah 5 tahun dah umur Kak Yong. |
~ Aku suka tengok mata Kak Yong sebab kalau dia senyum kan, mata dia pun ikut senyum jugak. Lepas tu, macam berkaca je mata dia. |
~ Boleh Kak Ngah berposing dengan ketayap papa dia macam ni? Bajet kiut sangat la tuh! Isk3... |
~ Dah la tak pakai baju. Sexy hot2, hokay! Ha3... |
Mak call aku sambil nangis terharu + gumbira sebab abang cerita yang Kak Yong dapat puasa tunai semalam. Abang kata, balik dari Taski, Kak Yong tak merengek2 macam hari2 sebelum tu.
Actually, sebelum2 tu pun abang dah train Kak Yong berpuasa. Tapi, takde la paksa sampai waktu berbuka. Tengok pada ketahanan dia la kan... So far, dia dah boleh tahan sampai pukul 3 petang macam tu la... Tup2, semalam dapat puasa penuh!
Abang kata lagik, pukul 6 petang Kak Yong tido sebab letih sangat kot. Bangun2 je dah nak dekat waktu berbuka. Sebelum tu, abang ada tanya Kak Yong nak makan apa untuk berbuka. Kak Yong request nasik ayam. Laju je Kak Yong makan time berbuka!
Tu yang mak touching habis tuh! He3...
Tahniah, Kak Yong! Acu bangga dengan Kak Yong. ;)
:: Like3, ek! ::
2 comments:
tahniah kak yong :)
♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
tq.. (bg pihak) ;)
Post a Comment