Wednesday, July 25, 2012

IFTAR 2 RAMADAN... 2012

Iftar 2 Ramadan...

Turn berbuka puasa kat rumah mak pulak. Pukul 11 pagi baru terhegeh2 aku nak bawak mak pergi pasar, beli bahan2 nak masak. Amekaw! Pukul 11 pagi tuh baru nak meredah pasar!

Qada tido dulu sebelum tuh. Heh3...

Tapi kan, pukul 11 tu pun ramai lagik orang kat pasar tau! Berduyunnnnnnnn.... kata Juliana Banos. Penangan Ramadan kot...

~ Mak tengah siapkan kerabu mangga. Tetiba mak posing... & tetiba jugak mak suruh aku snapkan gambar nih. 

Kata mak, nanti bubuh kat internet (merujuk kepada blog & facebook), ye! Bagi kakak tengok.

Cewwah..! He3...

~ Belah petang, kami ke PARAM mencarik kuih-muih. Terserempak pulak dengan accident ni kat Kampung Bahagia. Nampak macam dasat! Tapi, saksi2 kejadian kata takde yang cedera parah. Fuh!

Amik iktibar. Sila berhati2 di jalan raya especially di musim2 perayaan macam ni.

~ So, juadah iftar hari tu adalah kerabu mangga. Pakai pelam epal yang Cik Siah bagi. Rangup2 sodap!


~ Ikan tauhu masak pedas ngan cekodok kucai tu mak yang masak. Terkenang2 sampai sekarang... Ayam halia tu pulak Kak Aneem yang masak. Agar2 tapau kat PARAM. 

~ Sup ayam ni pun mak masak jugak. Marvellous, bebeh! Terkenang2 lagik... ;P

Pendek kata, kalau dah namanya air tangan mak, semua pun akan terkenang2. Tambah2 time puasa nih. Lagik la over terkenang2nya! Hu3...

Berbuka beramai2 dengan mak & adik-beradik macam ni memang terbaekkk! Ye la kan... bila semua dah besor panjang, dah ada family sendirik, memang bercinta jugak nak mencurik2 masa makan sama2 macam ni. Tu pun, still tak cukup kuorum gak nih. Kakak & family takde... di perantauan... 

So, mana yang dah ada peluang tu, jangan sia2kan, ek!


:: Like3, ek! ::


No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...