Monday, March 26, 2012

OOPPSSS..!!! TERBOCOR RAHSIA LA PULAK!

Eh! Hari ni hari Isnin, ek? Macam TERlupa pulak! ;P

Eh! Kalau hari ni hari Isnin, musti korang kerja kan? Lagik sekali macam TERlupa pulak! ;P

Tapi, ah kak bersiaran langsung dari rumah nih! Mencutikan diri. Jangan jeles, bebeh! La3...

Motip sebenor: Nak menjeleskan korang2 yang sedang bertungkus-lumus membuat kerja kat opis tuh! Ha3... Kejam ah kak kan? ;P

Ah kak cuti hari ni sebab semalam baru lepas 'dating dengan Ferdino Alonso' kat Sepang Circuit. Ooppsss!!! Terbocor rahsia pulak! Ahaks3...

Tettt...!!! ;P


:: Like3, ek! ::

Thursday, March 22, 2012

ABANG BOMBA

Belum habis lagik tau kesah Wedding Udda-KF. Ni part last kot. Majlis bertandang ke rumah KF plak.

Pagi2 lagik pengantin ngan Mr Driver (Encik Bulat) dah keluar pergi make up kat butik yang diorang amik pakej persandingan tuh. Kat area Manjung kalau tak silap. Terpaksa make up kat butik sebab si tukang make up tak boleh nak datang rumah, banyak customer yang nak dimake upkan katanya...

Rombongan kami pulak, dalam pukul 11 a.m dah gerak menuju ke Kampung Gajah. Konvoi 8 bijik kereta kot. Wah! Macam rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel la pulak! Hiks...

~ Dah sampai kat Taman Murni, Kampung Gajah. Pengantin pompuan ada nangis sikit sebab kena sakat dengan adik-beradik dia. Holloh3...!!!

~ Apsal aku rasa semua dalam gambar ni macam masam mencuka je? Staf caterer paling masam tak hengat! Owh3...

~ Eh! Ah kak pun masam jugakkah? ;P

Sampai je, tuan tanah kedaung jamu makan dulu. Perut lapor + lauk best! Makanya, tak toleh kiri-kananlah ah kak makan..! Adeh3...

Menu: Nasik putih, nasik hujan panas, ayam goreng tepung, gulai daging, daging paprik, rendang daging, ulam2-an & air sirap. Marvellous, bebeh!

~ Lepas makan, pengantin masuk dalam rumah untuk acara potong kek & bersanding...

~ Owh... lupa nak bagitau! Tema majlis bertandang adalah silver-putih. 

~ Main suap2 pulak! Malu ah kak! Awwsss2!!! Ahaks3...

~ Memandangkan KF adalah pegawai Bomba makanya, dia bersanding pakai baju bersanding rasmi untuk Bomba lah. Abang Bomba kata ko! He3...

~ Eh! Tak habis2 lagik suap-menyuap, ek? Nak habiskan dua2 tingkat sekalikah? ;P

~ Turn bergambar dengan my MIL & abah. Photographer memang terbaik! Siap request my MIL & abah berpegangan tangan lagik! Ho3!!!
~ Holloh3..!!! Kiutnye semua! Especially my 'sayang'! Ahaks3...

~ Happy faces... Hmmm... apa la yang Memem busykan tuh? Mengira bungakah? Haish!

Memang fun! Hired photographer pun memang best! Abang kepada artis Hafiz Hamidun tuh. Eh, nak jaja jugak..! Ha3...

Kesimpulannya, memang photographer tu friendly. Buat satu2 shot tu takde nak rush2. Chill2 je... Soft spoken lagik. Idea pun banyak kot. Aku yang tengok dia berkolaborasi dengan pengantin pun rasa comfy. Tapi, kalau korang nak contact number, tak dapeklah den nak nolong! Sebab takde pulak aku tanya detail2 ngan Udda. Google je lah! ;P

Eh! Aku ni nak jaja cerita wedding ke cerita photographer nih? Ha3...

Selamat Pengantin Baru to Udda & KF... ;)

*TAMAT...


:: Like3, ek! ::



LAPOR KE... TAK LAPOR KE... LAPOR KE...??! ;P

Hmmm... takde la lapor sangat pun. Tapi, bila my 'sayang' ajak dinner kat luar, terus on je... sambil angguk2kan kepala. Ngeh3...

Masuk je dalam kereta, terus buat diskusi nak makan kat mana?! Dari cadangan membawak ke timbang-tara, akhirnya kami pilih One Kitchen. Aku termengidam bihun sup dia kot... ;P

~ Dah lama tak melaram dengan tudung syria nih. Malam tu, aku sarunglah! 

~ Still kiut kan? Ahaks...

~ Seperti biasa, air musti sampai dulu. Jus tembikai untuk my 'sayang' & teh o panas untuk aku. Batuk. So, dilarang keras meminum ais. Owh... sentapahkak! :(

~ Disebabkan termengidam, maka bihun suplah yang ah kak cari..!!! ;D

~ My 'sayang' yang lapor tapi, dia jugak yang tak tau nak makan apa dah?! Last2, order nasik goreng cili padi dengan telur dadar. ;P

Makan2... sembang2... layan bola kat tv restoran... bayor bil & chow! Begitulah al kesahnya dinner kami... Sempoi tapi, bahagia, noks! 

Tak perlu restoran mewah2, tak perlu nak makan kat hotel. Yang penting hati senang, tak kusut... makan kat restoran biasa2 pun dunia jadik ceria! ;)

Cewwah!!! Ahli falsampah dah sampai! La3... ;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, March 21, 2012

PERSANDINGAN TERULUNG...

Orang nak bersanding, kita yang 'pengantin senior' ni pun nak bersanding jugak! Adeh3...

Layankan dulu 'persandingan terulung' kami ni, ek? Sengal kot... tapi, kiut! Heh3...

~ Pengantin lelaki malu2 kucing. Sebab tu muka tersorok di sebalik kipas. He3...

~ Sendirik bersanding, sendirik jugak jadik pengapit. Sempoiii...

~ Manjasss...!!! Ahaks3...

~ Holloh3..!!! Terover manja kot my 'sayang' tuh! Ha3...

~ Model pelamin kot. Ngeh3...

~ Dua2 pun comel... Kan3..??? ;P

~ Mak Anjang diapit oleh anak2 sedaranya... Faiz & Qistina.

~ Pun comel lagik..! La3...

~ The Biras-es (Kak Ti, aku & Cik Ani) with Qistina...

~ Apsal ah kak menyengetkan kepala tuh? Confuse!

~ Kami yang kiut lagik... ;D

~ P.E.A.C.E tak sudah! ;P

~ Traaa laaa laaa... ;)

~ Posing apalah yang aku ngan Cik Ani buat tuh? Bajet kiut habis la tu kot! Ha3...

~ Geng sengal makin ramai! Pose Abang Poi paling aku tak paham! Confuse sekejap! Hu3...

~ Abang Poi kembali sopan... He3...

~ Macam Ah Long & bini Ah Long Bukit Beruntung nak kutip hutang jer! Ha3...

~ Sedondon kata ko! ;P

~ Posing merangkap mengsnap gambar sendirik, tunjuk lubang hidung. Apakah..??! Ha3...

~ Faiz pun! Macho, derrr..! Ada sesiapa berminat tak? Terror shuffle hokay..! Ha3...

'Persandingan terulung' ni kami buat sementara menunggu semua orang siap nak ke majlsi bertandang KF-Udda. Aku ngan my 'sayang' yang start dulu. Lama2 makin ramai yang mengjoin. Bagus! He3...

Amacam..? Comel tak 'persandingan terulung' nih? Boleh jadik wedding of the year tak? Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, March 20, 2012

CEKODOK CICAH SAMBAL TUMIS IKAN BILIS... NOSTALGIA HABIS!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Resepi simple untuk breakfast/minum petang. Jom layan... ;)

Bahan2 Untuk Cekodok:-

3 - 5 senduk tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 genggam ikan bilis
1 batang carrot (dipotong dadu)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 biji telur ayam
1 sudu rempah kari
Air masak
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Cekodok:-

1) Satukan tepung gandum, garam, ikan bilis, carrot, ubi kentang, bawang besar & rempah kari ke dalam mangkuk. Sebatikan.
2) Pecahkan telur ayam. Kacau rata adunan.
3) Tuangkan air masak secukupnya ke dalam adunan.
4) Panaskan minyak. Goreng adunan dengan menggunakan sudu sebagai acuan. Angkat & toskan.

Bahan2 Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis:-

2 - 3 genggam ikan bilis
1 biji bwang besar (dihiris)
1 1/2 cawan cili kisar
1 keping asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan Sambal Tumis Ikan Bilis:-

1) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Tuangkan sedikit air.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, garam, gula & asam keping.
5) Masukkan bawang besar. Sebatikan.
6) Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Angkat & hidangkan bersama cekodok tadi.

~ Cekodok Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis... Nostalgia Habis! Hidangkan pulak dengan teh o panas. Perrgghhh..!!! Mak mertua lalu pun buat2 dek je..! Ha3...

Kejam tak bila aku auto-published entry nie waktu tengahari, di kala perut 'berkaroks' tak hengat? Ahaks3... 


 :: Like3, ek! ::



PRINCE & PRINCESS GOLD...

Acara wajib dah setel. Kita ke acara sampingannya pulak.

Tema persandingan Udda-KF adalah gold. Sebab tu masa ke Nagoya seminggu sebelum majlis, ah kak gigih mencarik kain ela kaler gold. Well... ah kak kan suka mengikut tema gitu..! ;P

Pengantin menepati masa. Pukul 12.30 p.m dah bersanding. Bagus! Thumbs up untuk korang! ;)

~ Flower girl of the day... Cik Qistina... Sexy2 kiut, noks baju dia! Hiks...

~ Mak Anjang pun nak enterframe jugak! P.E.A.C.E!!! ;P Mak Anjang Qistina pun teringin nak jadik flower girl. Tapi, nan ado baju sexy2 kiut macam tu... Baju sexy2 sangat ada lah! Ha3... Larikksss...!!! ;P

~ Prince Gold dah sampai. Siap tersenyum lebar lagik! He3...

~ Princess Gold salam cium tangan Prince Gold. Tanda hormat kata ko! 

~ Santek busana Udda. Konsep jubah.

~ Happy faces... ;D

~ Siapa la kot yang buat lawak time nih? Sampai semua tersengeh2. He3...

~ Tapi, kenapa pengapit lelaki pakai biru? Confuse ah kak tau! ;P

~ Kami dah penat. Lepak sekejap kat dalam bilik pengantin. Fuh!

Actually, ada 2 pasang pengantin. Dua2 pun adik ipar aku. Bersanding ikut giliran. Memula turn Udda-KF. Lepas tu, turn A-im-Ani.

A-im-Ani tu kira majlis belah lelaki la. Sebab belah pompuan dah buat bulan Januari hari tu. Alaaa... yang kat Johor nie, ha..!

Kalau ikut perancangan asal, A-im-Ani bersanding dalam pukul 1 p.m macam tu. Tapi, ada kesilapan teknikal sikit yang membawak ke pukul 2 ++ p.m. Masa tu, ah kak dah berlengas! Camera pun dah simpan balik dalam handbag. So, takde la nak snap2 pasangan pengantin yang nombor 2. Ya ampon, ek?!

Takpe la kan... Asalkan semuanya dah selamat... Gambar, nanti ah kak korek2lah kat f/b Cik Ani. Kalau jumpa kang, ah kak jaja, ek! ;P

Errr... siapa setuju kenduri-kendara pakai catering? Cer angkat tangan... Cer angkat tangan... 

Eh! Mana la nak nampak kot... Heh3... Tukar2... cer komen... cer komen... Yang tak setuju pun boleh komen jugak... ;)


:: Like3, ek! ::



DUNKIN' & DONUTS... TOUCHING & SWEET!

Dah lama kot tak pekena Dunkin' Donut. Lupa dah bila last makan?! Mentang2 la dah ada Big Apple ngan J.CO sebagai pesaing kan... terus buat2 lupa kat Dunkin' Donut yang 1 masa dulu jadik idaman la jugak kan... Adeh3...

Merasa balik Dunkin' Donut masa my 'sayang' balik dari amik goodie bag kat Klang untuk wedding Udda-KF. Sampai kat Sungai Buluh, my 'sayang' roger2, tanya nak tak Dunkin' Donut?! Owh... ah kak ok je... Walaupun takde la faveret sangat kan... tapi, harus kata nak jugak! He3...

~ Dulu2 rupa paras packaging dia macam ni jugak ke? Ntah la... Lupa!

~ My 'sayang' tapau 6 ketul. Semua aku rasa. Aci cubit sana sikit, sini sikit... begitu... 

Dulu2 kan, masa zaman sekolah kat SMSS, bila time nak balik kampung, mak akan amik aku kat sekolah. Masa tu takde siapa pun dalam family aku yang ada kereta. Mak amik pun naik bas je. Owh... tetiba touching, noks! Tsk3...

& masa tu pulak aku form 1 & form 2. Mak tak harap lagik nak kasik aku balik kampung sorang2 sebab mak tau anak bongsu dia nih buta jalan! Minah blurr plak tuh! Nak ke Puduraya tu pun dok menggagau2 lagik! Hadoiiyaiii..!!! Mak sanggup bersusah-payah naik bas dari Teluk Intan membawak ke Bandar Tun Razak tuh semata2 nak amik aku. Owh... touching lagik! Tsk3...

Sampai je Puduraya, sementara nak tunggu bas Transnasional kami sampai, mak musti beli Dunkin' Donut. Aku makan sikit je. Mak tukang habiskan sebab mak memang minat kot especially yang ada inti jem strawberry tuh. 

Walaupun touching tapi, sweet pulak bila diingat balik. He3...

Antara Dunkin' Donut, Big Apple & J.CO, yang mana 1 pilihan nombor 1 korang?


:: Like3, ek! ::



Monday, March 19, 2012

SAAT 2 JIWA DISATUKAN...

Ingat lagik tak entry 'Persandingan yang Macam2' tuh? Kalau ingat, baguslah! Ah kak likeee..!!! Tapi, kalau tak ingat pun takpe la... Ah kak like jugak la... Meh nak kasik ingat balik, meh! ;)

10 Mac 2012...

Tarikh keramat kot untuk adik ipar aku, Udda & pasangan, Khairul Firdaus a.k.a KF a.k.a Kong. Eh! Banyak pulak nicknamenya kan... Heh3... Tarikh keramat sebab tu adalah tarikh pernikahan & persandingan diorang. Hari di mana 2 jiwa disatukan kata ko! Hah! Amekaw! Ayat jiwang karat ah kak dah keluar dah! Ha3...

Hari Jumaat (malam) baru nampak batang hidung aku kat rumah mertua. Sempat la kena tarbiah manja2 ngan my MIL. Adeh3... Ye la kan... kenduri kali ni, katanya pakai catering. So, aku bajet, takde la nak masak apa2 kan... Rupa2nya, ada jugak, derrr..! Ye la... Ye la... Ya ampun la... Hu3...

Dipendekkan cerita, esok paginya, dalam pukul 11 a.m macam tuh, rombongan KF sampai untuk majlis pernikahan...

~ Inilah KF. 1st time kot aku jaja wajah beliau kat blogungukechentaan nih.

~ Udda after make over. Sweet! Eh! Awa tu mengantuk ke apa tuh? He3...

~ Ketap bibir sebab nak hilangkan nervous kot... Heh3...

~ Tok Kadi dah sampai. Muka KF serious betul! Ke control nervous? He3...

~ Ah kak dok kat 'back stage' je. Pemerhati dari jauh kekdahnya... ;) Tapi, pemerhati pun dapat perhatian paparazzi tau! Ahaks3...

~ Cameraman dah standby...

~ Shake hand yang dinanti2kan... Cewah!

~ Sekali lafaz je, noks! Alhamdulillah...

~ Senyuman kegumbiraan... Ecewah!

~ Family KF & rombongan...

~ Penyerahan mas kahwin...

~ Baju baru tau! Seminggu sebelum wedding Udda-KF meredah Nagoya mencarik kain ela. Cepat2 mintak mak jahitkan. Thank you mak... ;)

~ Kak Ti pun jadik mangsa paparazzi. He3...

~ The newly wedd... KF & Udda. Congrats!

~ Holloh3... Sembang manja2 la pulak! ;P

~ Nice pose.

Alhamdulillah... dengan sekali lafaz, Udda sah jadik isteri KF. Tahniah untuk kamu berdua... ;)

Saat2 lepas nikah memang tak tergambar dek kata2 kan? Macam2 perasaan ada. Happy, terharu, terkejut jugak sebab tup2 dah tukar status jadik 'Puan'. Owh... moment indah betul! Tak gitu, you ols..?! ;)


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::