Weekend aku kali ni tak berapa nak tenteram & damailah. Start hari Jumaat, aku dah rasa lain macam. Petang terus tak masuk opis sebab kepala ni tetiba je ting tong! Sakit kepala, owh..!
Lepas telan Panadol Actifast, terus 'pengsan'. Pukul 6 p.m baru terhegeh2 nak mandi semayang bagai... Hu3...
Petang tu, my 'sayang' amik mak sebab mak nak bermalam kat rumah aku. Nasib baik mak dah siap bawak makanan untuk dinner. Kalau tak, memang tapau kedai je lah... Tak larat kot ah kak nak memasak. Tapi, bab makan larat la pulak! ;P
Pagi Sabtu, lepas hantar mak balik, aku & my 'sayang berdesup ke rumah mertua sebab abah ngan my MIL nak ikut rombongan ke Langkawi. Sepanjang weekend tu jugak, aku 'bermastautin' sekejap kat rumah mertua sebab nak temankan Jijah.
Hari Ahad, my 'sayang' ajak ke rumah mak sebab nak setelkan dinding & tingkap rumah mak part 2. Plus, aku dah plan awal2 nak makan ramai2 kat rumah mak. Dah siap2 roger abang sehari sebelum tuh. Mak pulak, terus ajak nenek, Mak Yang + Ana & Mak Lang join sekali.
Mak masak asam pedas ikan termenung, ikan termenung + cencaru goreng, sambal goreng, jantung pisang rebus & kacang panjang tauhu tumis. Sodap tak hengat kot! Marvellous!!! ;)
Lepas makan, konon2 nak relax sambil mentido la kan... Tapi, tak dapeklah! Sebab tetiba je badan ngan kepala gatal2. Aku bawak mandi pun still gatal2. Bila aku tengok kat cermin, rupa2nya penyakit lama datang balik. Alaaa... penyakit allergic aku tu la... My 'sayang' ajak pergi klinik tapi, aku kan sungguhlah allergic bila dengor perkataan 'klinik'. Sampai dah teruk, baru hegeh2 nak ke klinik. Sempat la kena tarbiah ngan my 'sayang' & mak. Sob3...
~ Nampak tak yang macam rashes kaler merah2 tuh? Haaa... tu la rupa penyakit allergic gatal2 aku tuh. Giler gatal, hokay..! Dah macam beruk kena belacan dah aku dok tergaru2. Hu3... |
~ Dah 2 kali repeat pergi klinik. Ni semua ubat2 yang aku kena telan. Tensenlah asik kena makan ubat jer... Tak suka, dowh..! |
Dah lama kot aku tak kena penyakit allergic nih. Sekali kena, terus ke tahap dasat! 1 badan ko bengkak2! Ngan muka2 sekali sembap! Mata jadik sepet macam opera Cina je aku tengok. Terjejas kecomelan ah kak tau! Uhuks3...
Masa pergi klinik, instead of kasik ubat untuk dimakan, doktor jugak kasik injection kat montot. Giler sakit, derrr..!!! Sengal2 montot ah kak tau! Tsk3...
So far, macam dah kurang sikit la bintik2 merah yang gatal tuh especially yang kat area muka & kepala. Tapi, yang kat area tangan, paha & kaki ni yang pandai on-off. Kejap2 dia hilang, kejap2 dia timbul balik. Haish! Geram!!!
:: Like3, ek! ::
2 comments:
DOKTOR LELAKI KE PEREMPUAN YANG INJET TU..?
fairus,
L.E.L.A.K.I! hu3..
Post a Comment