*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Takde mukadimah sangat kot sbb speechless! ;P
Jom tengok resepi terus! ;)
Bahan2:-
1 bungkus bihun (direndam & ditoskan)
1 ikat sawi bunga (dipotong)
1/2 bungkus ayam kisar
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 biji telur ayam
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil kicap
Minyak masak
Garam
Gula
Bahan2 Kisar:-
2 biji bawang besar
7 biji bawang putih
1 genggam ikan bilis
2 tangkai cili hijau
3 biji cili padi
Cara2 Penyediaan:-
1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2) Masukkan ayam kisar. Kacau rata hingga ayam separuh masak.
3) Perasakan dengan sos tiram, kicap, garam & gula.
4) Masukkan sawi bunga. Sebatikan.
5) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras sedikit, kacau seperti membuat telur hancur.
6) Masukkan bihun. Sebatikan.
7) Masukkan serbuk lada hitam. Kacau rata. Angkat & taburkan dengan daun bawang & daun sup sebagai penambah aroma serta hiasan. Hidangkan.
~ Bihun Goreng Singapore Mix Malaysia. Ah kak terlebih kicap. So, bihun nampak gelap sikit dari yang sepatutnya. Macam bihun yang buat tanning je. Hu3... |
Walaupun tergelap sikit tapi, dari segi rasa masih boleh dimahapkan la... Thank God! Heh3...
:: Like3, ek! ::
4 comments:
ni mesti percubaan pertama kan???
saya bila try buat resepi baru... first jadi... second x jadi... tak tau di mana silapnya...
wahhhh...sedapnye..menyelerakan...
dwaty,
eh, xlah! nie p'cubaan b'kali2, br m'jadi! hu3..
xpe.. learn from mistake. lama2 oklah! ;)
acheeqa farhana,
tq3.. ;)
Post a Comment