Wednesday, February 29, 2012

ASIATICA... PALACE OF MIDDLE EAST CUISINE

Ini cerita semalam...

 "B... B ada terbau macam makanan dari Timur Tengah tak? Alaaa... yang macam nasik Arab tuh..."

My 'sayang' dah start nak gelak tahap gaban bila dengor ayat tak boleh blah bini dia. Seraya berkata...

"Takde pulak! Kalau bau nasik lauk ikan masin tu ada lah!"

Cisss! Saja je tau! Purak2 tak dapat tangkap maksud tersirat bini dia! I hetchu (pinjam wording Kak Jemah. He3...) lah!

Sentap! Takmo kawan selama 5 minit! Eh, tak sampai pun... sebab lepas 2 minit my 'sayang' gelak, dah kena pujuk.

"Holloh3...! Kiutnya muka bila sentap! (ayat ni aku tambah sendirik hokay! Ha3...) Ye la... Abang paham la... Nak try Asiatica la tuh kan... Jom2!"

Wee hooo..!!! Terus dalam hati ada berpuluhratus taman! Hiks...

~ Dah sampai pun. Takde customer lain masa tuh. Kamilah seadanya... Terus chop table for 2 yang rapat ke dinding & ada cermin, baik punya..!

~ My 'sayang' tengah gigih pilih menu idaman qalbu. Eh, mentang2lah makanan Arab, terus ejaan 'kalbu' jadik 'qalbu'. 'Bertukar lidah' kejap. Ngeh3...

~ Setiap meja ada bunga ros plastik. Apa lagik..?! Sengal la sekejap! He3...

~ Masih kiut bukan? Cepat cakap, 'Ye!' Kalau tak, aku babap! ;P 

~ Cubaan nak jadik Kassim Selamat kot. 'Owh... jangan Abang Kassim... Jangan!' Ha3...

~ Seperti biasa, air yang sampai dulu. Mango & kurma jadik pilihan. Cer teka... mana 1 minuman ah kak? ;P

~ Hah! Dah sampai dah makanan my 'sayang'. Lamb Mandy namanya. Nasik dia sodap! Tak oily... rempah-ratus pun sesodap rasa je. Tak over! Kambing tu pulak memang terbaik..! Aku yang tak makan kambing sebelum ni pun terus jadik pencinta daging kambing. Tapi, kat Asiatica je la kot. He3... Sebab daging kambingnya lembut & paling penting takde bau. Thumbs up!

~ Aku pulak makan Asiatica Chicken Shawarma. Ada roti pita yang berintikan ayam dengan sos ijo + thousand island, salad & fries. Sos cili pun ada. Terbaik jugak, wok..!

~ Hasilnya... Eh, daging kambing tu ah kak yang jadik tukang habiskan tau! My 'sayang' dah tak larat. Dia tolong racik2kan je supaya senang bini dia nak cucuk ngan garfu. Bukti bahawa kambing di Asiatica memang best sebab takde bau! Terasa seperti makan daging lembu je, you ols..! Sumpahtaktipu, noks!

~ Pinggan ah kak pun licin jugak! Lagik dasat tahap kelicinannya kot! Dengan sos cilinya pun licin sekali! Hebat betul! He3...

Berbekalkan pengalaman aku berfood testing kat Asiatica nih, dengan ini aku memang sangat2 syorkan untuk korang try out jugak. Yang kami singgah ni branch Teluk Intan. Baru je bukak. Masih 'baby' lagik. Tapi, bila lalu nak pergi rumah mak especially belah malam, memang ramai customernya. Maybe tu petanda yang makanan dia memang best kot. & terbukti bila aku dah try sendirik.

Kalau tak silap aku, main branchnya kat Penang. Kat alamat kat bawah nih:-

Asiatica Palace of Middle East Cuisine
No. 16 A, Jalan Dagangan 3
Pusat Bandar Bertam Perdana
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

No. Tel: 019-4191675/04-5780675

Kalau nak survey2 menu ngan harga/apa2 info, boleh la bukak laman web http://www.asiatica-palace.com/contact_us.php

Kalau branch Teluk Intan pulak adalah kat area shoplot Taman Melor (Jalan Sungai Manik), bersebelahan dengan Cafe Bakeri Muslim. Dari Teluk Intan belah kiri. Dari Kampung Gajah belah kanan. 

Rating: 4.5/5. 

Fine dining yang sangat2 comfy. Bersih & air-conditioned. Smoking zone pun ada which is kat kaki limanya. Siap pasang lagu Arab lagik! Aku ngan my 'sayang' pun terus la, 'Ya habibi... Ya maulana...' Ha3...

Kalau tetiba terdatang Teluk Intan lepas tu terniat nak belanja ah kak makan kat Asiatica pun boleh! Kecik tapak tangan, 1 Padang Speedy tu ah kak tadahkan..! He3...


:: Like3, ek! ::



6 comments:

  1. org kata leez..kalo nak tau kedai tu sedap ke x sedap..tgk keramaian orgnya...kalo sikit tu mmg idak la sesedap mana pun..hikhik...

    ReplyDelete
  2. FirZie83,
    oo.. camtu pulak, ek? betul jugak tuh. tp, macam kedai mamak, sodap ke.. xsodap ke.. stil ramai yg sker melepak. esp kaum adam la kan.. hmm..

    ReplyDelete

KAMSAHAMNIDA...