Wednesday, February 29, 2012

ASIATICA... PALACE OF MIDDLE EAST CUISINE

Ini cerita semalam...

 "B... B ada terbau macam makanan dari Timur Tengah tak? Alaaa... yang macam nasik Arab tuh..."

My 'sayang' dah start nak gelak tahap gaban bila dengor ayat tak boleh blah bini dia. Seraya berkata...

"Takde pulak! Kalau bau nasik lauk ikan masin tu ada lah!"

Cisss! Saja je tau! Purak2 tak dapat tangkap maksud tersirat bini dia! I hetchu (pinjam wording Kak Jemah. He3...) lah!

Sentap! Takmo kawan selama 5 minit! Eh, tak sampai pun... sebab lepas 2 minit my 'sayang' gelak, dah kena pujuk.

"Holloh3...! Kiutnya muka bila sentap! (ayat ni aku tambah sendirik hokay! Ha3...) Ye la... Abang paham la... Nak try Asiatica la tuh kan... Jom2!"

Wee hooo..!!! Terus dalam hati ada berpuluhratus taman! Hiks...

~ Dah sampai pun. Takde customer lain masa tuh. Kamilah seadanya... Terus chop table for 2 yang rapat ke dinding & ada cermin, baik punya..!

~ My 'sayang' tengah gigih pilih menu idaman qalbu. Eh, mentang2lah makanan Arab, terus ejaan 'kalbu' jadik 'qalbu'. 'Bertukar lidah' kejap. Ngeh3...

~ Setiap meja ada bunga ros plastik. Apa lagik..?! Sengal la sekejap! He3...

~ Masih kiut bukan? Cepat cakap, 'Ye!' Kalau tak, aku babap! ;P 

~ Cubaan nak jadik Kassim Selamat kot. 'Owh... jangan Abang Kassim... Jangan!' Ha3...

~ Seperti biasa, air yang sampai dulu. Mango & kurma jadik pilihan. Cer teka... mana 1 minuman ah kak? ;P

~ Hah! Dah sampai dah makanan my 'sayang'. Lamb Mandy namanya. Nasik dia sodap! Tak oily... rempah-ratus pun sesodap rasa je. Tak over! Kambing tu pulak memang terbaik..! Aku yang tak makan kambing sebelum ni pun terus jadik pencinta daging kambing. Tapi, kat Asiatica je la kot. He3... Sebab daging kambingnya lembut & paling penting takde bau. Thumbs up!

~ Aku pulak makan Asiatica Chicken Shawarma. Ada roti pita yang berintikan ayam dengan sos ijo + thousand island, salad & fries. Sos cili pun ada. Terbaik jugak, wok..!

~ Hasilnya... Eh, daging kambing tu ah kak yang jadik tukang habiskan tau! My 'sayang' dah tak larat. Dia tolong racik2kan je supaya senang bini dia nak cucuk ngan garfu. Bukti bahawa kambing di Asiatica memang best sebab takde bau! Terasa seperti makan daging lembu je, you ols..! Sumpahtaktipu, noks!

~ Pinggan ah kak pun licin jugak! Lagik dasat tahap kelicinannya kot! Dengan sos cilinya pun licin sekali! Hebat betul! He3...

Berbekalkan pengalaman aku berfood testing kat Asiatica nih, dengan ini aku memang sangat2 syorkan untuk korang try out jugak. Yang kami singgah ni branch Teluk Intan. Baru je bukak. Masih 'baby' lagik. Tapi, bila lalu nak pergi rumah mak especially belah malam, memang ramai customernya. Maybe tu petanda yang makanan dia memang best kot. & terbukti bila aku dah try sendirik.

Kalau tak silap aku, main branchnya kat Penang. Kat alamat kat bawah nih:-

Asiatica Palace of Middle East Cuisine
No. 16 A, Jalan Dagangan 3
Pusat Bandar Bertam Perdana
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

No. Tel: 019-4191675/04-5780675

Kalau nak survey2 menu ngan harga/apa2 info, boleh la bukak laman web http://www.asiatica-palace.com/contact_us.php

Kalau branch Teluk Intan pulak adalah kat area shoplot Taman Melor (Jalan Sungai Manik), bersebelahan dengan Cafe Bakeri Muslim. Dari Teluk Intan belah kiri. Dari Kampung Gajah belah kanan. 

Rating: 4.5/5. 

Fine dining yang sangat2 comfy. Bersih & air-conditioned. Smoking zone pun ada which is kat kaki limanya. Siap pasang lagu Arab lagik! Aku ngan my 'sayang' pun terus la, 'Ya habibi... Ya maulana...' Ha3...

Kalau tetiba terdatang Teluk Intan lepas tu terniat nak belanja ah kak makan kat Asiatica pun boleh! Kecik tapak tangan, 1 Padang Speedy tu ah kak tadahkan..! He3...


:: Like3, ek! ::



ASAM REBUS IKAN GELAMA OMBAK RINDU

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Morning, you ols..! ;)

Hari ni hari Rabu. Ecewah! Macam la korang tak tau kan... Hiks...

Dah sampai hari Rabu tak boleh blues2 lagik tau! Live up your day, bebeh! Amekaw! Skipping London dah. He3...

Eh! Jom cuci mata sekejap nak tak? Tengok resepi apa pulak yang ah kak nak jaja kat KKBA hari nih?! ;)

Bahan2:-

3 ekor ikan gelama (disiang & dicuci bersih)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit (disiat)
1 keping asam keping
7 helai daun kesum
Serbuk perasa
Garam
Gula
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 tangkai cili merah
3 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan bahan2 tumbuk ke dalam periuk.
2) Masukkan air & asam keping. Reneh dengan api sederhana.
3) Masukkan ikan gelama & serbuk kunyit.
4) Masukkan daun kunyit & daun kesum.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula. Reneh hingga ikan masak. Angkat & hidangkan.

~ Asam Rebus Ikan Gelama Ombak Rindu. Ngeh3...

Hmmm... tetiba teringat kat 'Haris ngan Izzah'... Terus blues! Wee hooo..!!! ;P


:: Like3, ek! ::



Tuesday, February 28, 2012

MENARA TAMING SARI ROUND#3

Tempat pertama yang kami tuju lepas breakfast kat Subaidah adalah tak lain tak bukan... Menara Taming Sari..! Giler ramai kot tourists masa tuh! Jalan pun macam jemm but, still boleh gerak henjut2 la... Bas persiaran pun banyak jugak.

~ Dah nampak dah dari kejauhan Menara Taming Sari tuh. Tapi, kami still berpusing2 mencarik parking. Nak dapat parking kat area parking lot menara tu memang tak la kot sebab penuh! Terpaksa la parking jauh sikit lepas tu, menapak. Owh... berlengas! Terus feeling2 lemak terbakar & jadik slim macam Tiz Zaqyah! Ha3... Apakah..??!

~ Kat lobby Menara Taming Sari... Tetiba terjumpa 1 beca cantik yang didisplaykan kat situ. Terus sengal! Ha3...

~ Qistina pulak tak mau turun dari beca yang didisplaykan tuh. Jenuh jugak nak pujuk. Kebetulan, ada pakcik beca lalu kat situ lepas bawak tourists pusing2. Awa chopkan beca tu untuk bawak Qistina, my MIL & Udda pusing2 pulak. & misi memujuk Qistina berjaya! Eh! Qistina tak panggil beca tau! Tapi, Qistina kata beca tu samadengan basikal mahal. Maybe, sebab berhias2 tu kan... So, macam mahal! He3...

~ Walaupun dah 2 kali aku & my 'sayang' merasa naik Menara Taming Sari tapi, tetap gigih nak naik lagik. Naik ramai2 samadengan best kot. Means, ni kali ke-3 la untuk kami berdua. Ko ado..??! ;P

~ My 'sayang' still boleh sengih2 sebab menara belum 'launching' lagik. Tunggu la bila dah sampai kat atas kang... cuak habis muka dia! Haish!

~ Macam berani2 takut je... He3...

~ Cool, bebeh!

~ Dah 'launched'! Wee hooo..!!!

~ Deretan kenderaan yang nampak kecik cinonet je..! Dekat dengan Dataran Pahlawan.

~ Harbour kot...

~ See2! Kan aku dah kata, my 'sayang' dah cuak! Gayat tak hengat pakcik tu tau! Ha3...

~ Mak Ngah terkagum2... He3...

~ Boleh nampak seantero Melaka.

Walaupun cuak tapi, my 'sayang' tetap gigih menyewa teropong dengan harga 5 hengget. Alaaa... sampai kat atas, my 'sayang' pakai sekejap je. Lepas tu, dah gayat! Terus pass teropong kat orang lain. Ha3...

Menara Taming Sari dengan ketinggian 110 m ni dah jadik macam landmark Melaka kot. Kalau pergi Melaka, macam tak complete pulak kalau tak naik kan... Kalau aku dah try 3 kali, korang yang belum pernah naik lagik tuh pun kena try jugaklah. Tak rugi pun... Pengalaman kata ko!

Boleh memuatkan sampai 66 orang dalam satu2 masa. Amik masa dalam 7 minit untuk naik & turun balik. Tak pernah tutup! Means, hari2 bukak la kan... Waktu operasi pulak dari 10.00 a.m sampai 10.00 p.m. Harga tiket adalah RM 20 (dewasa) & RM 10 (kanak2). Tak susah nak mencariknya. GPSkan je alamat kat bawah nih:-

Menara Taming Sari
Jalan Merdeka, Banda Hilir
75000 Melaka

Hokaylah! Masa untuk shopping pulak! Wee hooo..!!! ;D


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



Monday, February 27, 2012

BIHUN GORENG SINGAPORE MIX MALAYSIA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Takde mukadimah sangat kot sbb speechless! ;P

Jom tengok resepi terus! ;)

Bahan2:-

1 bungkus bihun (direndam & ditoskan)
1 ikat sawi bunga (dipotong)
1/2 bungkus ayam kisar
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 biji telur ayam
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil kicap
Minyak masak
Garam
Gula

Bahan2 Kisar:-

2 biji bawang besar
7 biji bawang putih
1 genggam ikan bilis
2 tangkai cili hijau
3 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2) Masukkan ayam kisar. Kacau rata hingga ayam separuh masak.
3) Perasakan dengan sos tiram, kicap, garam & gula.
4) Masukkan sawi bunga. Sebatikan.
5) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras sedikit, kacau seperti membuat telur hancur.
6) Masukkan bihun. Sebatikan.
7) Masukkan serbuk lada hitam. Kacau rata. Angkat & taburkan dengan daun bawang & daun sup sebagai penambah aroma serta hiasan. Hidangkan.

~ Bihun Goreng Singapore Mix Malaysia. Ah kak terlebih kicap. So, bihun nampak gelap sikit dari yang sepatutnya. Macam bihun yang buat tanning je. Hu3...

Walaupun tergelap sikit tapi, dari segi rasa masih boleh dimahapkan la... Thank God! Heh3...


:: Like3, ek! ::



'DON'T LET BANANA FRUITS 2 TIMES...' ;P

Ke mana korang semasa weekend, ek? Bercutikah? Berjalan2 cari makankah? Bershoppingkah? Atau bertengok wayangkah? ;P

Tak kisah la kan yang mana 1 korang buat. Janji korang happy. ;D

Kalau korang tanya ah kak, of cos ah kak jawab yang last sekali iaitu bertengok wayang. Tapi, bertengok wayangnya hari Jumaat. Kira aci la kot kalau nak include dalam aktiviti weekend... ;P

~ Berkobar2 nak tengok Adnan Semp-it 2. Akhirnya, tertengok jugak. Yesszaaa...!!!

Memula, macam nak book awal2 je tiket. Tapi, my 'sayang' kata walk-in je sebab takut tetiba ada pulak aral melintang kan... Pukul 9.15 a.m keluar rumah. Nasib baik tiket ada lagik. Seat pun still kat tempat yang strategic. Fuh!

Memandangkan waktu tayangan yang kitorang chop tu samadengan 10.30 p.m, makanya kami pun menjamu selera dululah kat Wana Cafe. Nasi putih + sotong cili kering + fresh orange untuk my 'sayang' & tom yam campur + air suam untuk aku. Alhamdulillah... 

10 minit sebelum waktu tayangan, kami dah terpacak kat Big Cinemas. Sempat lagik menapau popcorn ngan mineral water. Buat kudap2 kat dalam kang. Ngeh3...

Puas hatilah layan sequel Adnan Semp-it nih! Berbaloi2 20 henget duit tiket + duit beli popcorn yang dilaburkan tuh sebab cerita dia memang kelakor habis! Bergegar2 usus ah kak sebab asik gelak tak hengat! Hilang sekejap kesopanan & kesusilaan ah kak tau! Ha3...

Kalau korang rasa nak santai2 tanpa perlu banyak berpikir, nah... inilah dia cerita yang patut korang tonton! Giler lawak! Sumpahtaktipu!!! 

Rating: 4.5/5. 

Nak cerita lebih2, takut spoil pulak kang. Jadik, korang tengoklah sendirik, ek! 'CONDIFENT' lah dengan filem2 Malaysia amnya & filem Melayu khasnya... Sekian... ;)

p/s: 'Don't let banana fruits 2 times because it already fruits 
2 times... Ha3...


:: Like3, ek! ::



Friday, February 24, 2012

AYAM BERLADA HITAM ICIP2

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kesah hari Ahad lepas. Terpengaruh dengan rancangan masakan Icip2 kat AFC. Macam best je tengok Anis Nabilah ngan chef Indon tu masak resepi yang simple tapi, nampak macam sodap. Terus selongkar2 fridge & terjumpalah ayam.

Apa lagik..?! Jom mulakan operasi bersilat di dapur..!!! Watchaaa..!!! ;P

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong kecil & dicuci bersih)
7 batang kacang panjang (dipotong)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
1 tangkai cili merah (dipotong serong)
5 tangkai cili padi (dihiris)
1 sudu serbuk kari
1 biji telur ayam
2 sudu tepung goreng ayam
Minyak masak
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ayam dengan garam, serbuk kari, telur ayam & tepung goreng ayam. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga separuh masak. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, cili merah & cili padi hingga naik bau.
3) Masukkan sos tiram.
4) Masukkan kacang panjang & tomato. Sebatikan.
5) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
6) Perasakan dengan serbuk lada hitam & sedikit garam kalau kurang masin. Kacau seketika. Angkat & hidangkan.

~ Ayam Berlada Hitam Icip2. Simple sangat! Aci pejam mata sambil campak2 dalam kuali pun boleh, noks! Cewah..! ;P

~ Dah siap2 bubuh dalam tupperware sebab nak angkut ke rumah mak. Siap dengan nasiknya sekali. Kebetulan, abang & family pun ada kat sana. Terus aku roger2 suruh tunggu aku sampai baru boleh makan sama2. Saja kot nak memberlagakkan resepi Icip2 aku nih! Ha3... 

Actually, aku takde la follow bulat2 resepi Icip2 tuh. Ada la yang aku ubah ikut selera tekak aku. Tapi, inspirasinya memang dari Icip2lah.

Kalau korang nak lagik inovatif dengan menggantikan main ingredientnya kepada ikan, daging atau telur pun boleh. Belasah je... Plus, yang makannya kang korang & keluarga korang jugak. Bukan ah kak & keluarga ah kak... Ngeh3...

Pssttt2!!! Ayam Berlada Hitam Icip2 sold out, bebeh! I likeee..!!! ;P


:: Like3, ek! ::



SUBAIDAH - YOUR FAMILY RESTAURANT... KATANYA...

Cerita wedding A-im ngan Cik Ani je yang dah tamat. Tapi, cerita berjalan2 selepas itu baru nak mula ye, anak2..! Ngeh3...

Petang Sabtu, hari A-im bersanding tu jugaklah kami meninggalkan Johor. Kalau ikut plan asal, kami semua nak berjalan2 di sekitar Johor. Macam pergi JB ke... Lepas tu, ada pulak cadangan yang mengajak ke Singapore. Tapi, tu semua hanya tinggal cadangan... Sebab petang tu terus drive balik je. Terpaksa cancel atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...

Sentap! Tsk3...

Tapi, sentap sekejap je sebab kami tak balik Perak terus, actually. Still ada niat nak berjalan2 ngabihkan duit. He3... Kami singgah kat Melaka. Memula macam nak carik homestay. Tapi, Juan kata lepak rumah dia je. Owh... kira oraitlah tuh! ;P

Esok paginya kami pun 'check-outlah' dari rumah Juan. ;P Beramai2 mencarik breakfast. Ntah siapa yang jadik pemandu arah, tak taulah. Ke diorang main singgah asal ada kedai makan?! Wallahualam...

~ Tau2 je dah sampai kat Restoran Subaidah. Your family restaurant katanya...


~ Nak makan pun sempat lagik berfotogediks! He3...

~ Kami yang sederet... Heh3...

~ Ah kak macam duta Subaidah pulak. Siap angkat pinggan makanan bagai... Hiks...
~ Aku makan roti sardin. Sebenornya, dalam hati dok kata nak makan mee goreng mamak. Tapi, yang terkeluar kat mulut roti sardin la pulak! Haish!

So far, not bad la makanan kat Subaidah nih... Alaaa... lebih kurang macam typical kedai mamak la... Cuma dia memang luas la... Kebersihan pun macam tip top jugak.

Kalau korang nak try, boleh la singgah kat alamat berikut:-

Restoran Nasi Kandar Subaidah 
Plot 6 Restoran Melayu, Tapak Food City
Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC)
75450 Ayer Keroh, Melaka

Perut pun dah kenyang. Baru la boleh berjalan2 dengan riang! Enjoyce..!!! ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, February 23, 2012

CEKODOK ITU SODAP BANGET, OWH..!

Dari 1 tol ke 1 tol, akhirnya sampai jugak A-im ke pelamin. Eh! Tapi, kat pelamin pun ada tol lagik! Last kot. Kena bayar tol kat mak andam. Kalau tak, no bersanding2 kot... Owh...

Apsal time aku kahwin dulu aku tak praktikkan bab2 tol ni, ek? Kalau tak, musti dah jadik jutawan dah aku sekarang. Tak payah simpan angan2 nak masuk Moneydrop. Ha3...

Dah2. Enough! Sudah2 la merapu tuh, ye tuan tanah kedaung! ;P

~ Hah! Akhirnya, bersanding jugak kamu, A-im oiii..! Fuh!

~ Kerana Cik Ani, plaza tol Lebuhraya Utara-Selatan pun sanggup diredah! Cewah! Hiks...

~ Close-up Cik Ani...

~ Close-up A-im... See2! Dia boleh lagik buat muka lawak time bersanding! Ha3...

~ Cik Ani malu2 gitu..! ;P

~ Official photographer yang busy...

~ Tengah sibuk2 pengantin bersanding tuh, sempat jugak Awa melawat bilik pengantin. Eh! Ada baby sedang mentido la pulak! Jeng3... ;P

~ Bila Encik Official Photographer offer nak amik gambar kitorang beramai2 1 family, ah kak la orang yang paling excited kot! La3...

~ Candid pun candidlah! Ah kak ok jer... ;P

~ Terus feeling2 artis! Ha3... Over!

~ Penat bersanding, kita ke meja santapan pulak! Cake of the day yang bakal dipotong oleh pengantin.

~ Posing manjas2 dulu sebelum makan.

~ 'Selamat hari jadi... La3...' Eh, silap lagulah! 'Selamat pengantin baru... La3...'  Ngeh3...

~ Qistina dah tak sabor nak makan kek. He3...

~ Main suap2 pulak. 

~ Bila tiba part Cik Ani nak suap A-im, terus ke laut! Sekeras2 posing, hokay! Bila aku tengok balik gambar ni, musti aku gelak tak hengat sebab terkenangkan memek muka A-im. Ha3...

~ Banyak kali take pun tak boleh blah jugak! Ha3...
~ Hokay! Tiba masa untuk menjamu selera. Lapor, derrr..! Udda sampai berpeluh2! He3...

~ Lauk best! Ah kak like3 lapanplohjutakali..!

~ Photographer kesayangan ah kak yang ah kak rasa dia kiut je sampai bila2. Ahaks3... Larikksss..!!!

~ Makan3..!!!

~ Aku tak makan nasik. Ada la kot dalam 2 - 3 sudu sebab kenyang makan cekodok. Dah la faveret aku, sodap pulak tuh! Giler kentang betul! 

~ Dah nak balik dah... Goodbye A-im... Jangan nangis2 tau! Ha3...

~ Spec baru... Nak jugak..! Hiks...

Sumpah, tak tipu! Memang giler sodap cekodok tuh! Rasa macam nak mintak tapau 2 -3 tupperware, buat bekal dalam perjalanan. Tapi segan, noks! Hu3...

Lagik 1 kelainan kenduri kat Johor ni, tetamu tak datang serentak macam kat kampung aku. Diorang datang berperingkat. Means, sampai ke petang pun still ada yang datang. Makanan pulak bukannya makin berkurang tapi, makin bertambah. Maybe sebab tu jugaklah orang Johor kalau kenduri memang akan jamu banyak2 makanan kot. Supaya tetamu tak kempunan kata ko! ;)

Kalau ada jemputan kenduri kat Johor, ah kak nak pergilah! Boleh makan sampai lebam! Diet??? Owh... lupakanlah seketika... Ha3...


*Tamat...


:: Like3, ek! ::