Bukan berfotogediks jer acara wajib di hari raya tapi, berjalan2 ziarah rumah sedara-mara pun acara wajib jugak bagi family aku. Sedara jauh ke... dekat ke... tu belakang kira. Yang penting adalah berjalan2. ;)
Untuk raya haji tahun nie, kitorang terjah 2 buah rumah jer. Memandangkan cuti pun tak banyak & kuorum pun kurang (kakak & family takde) makanya, 2 buah rumah tu pun dah kira oklah.
~ Rumah pertama yang kitorang terjah adalah rumah Mak Ngah nih. |
Mak Ngah nie jiran mak dulu2. Masa kitorang kecik2, kitorang dok kat Changkat Jong. Kat situ la mak berjiran ngan Mak Ngah tuh. Mak cakap, Mak Ngah & jiran2 lain memang baik sangat2.
Bila abah meninggal, Mak Ngah & ada sorang lagik jiran (dah meninggal jugak) selalu temankan mak kat rumah. Tengah malam baru diorang balik sebab risaukan mak.
Bila mak pindah Sungai Manik, terus macam lost contact. Nasib baik Mak Ngah nie tak pindah mana2. Takde la lost contact sampai tak boleh jumpa terus.
~ Kami dijamu dengan nasik impit + rendang ayam + ayam masak kicap black pepper. Eh! Ayam masak kicap black pepper tu giler sodaplah! Rasa macam nak mintak tapau la pulok! Ha3... |
~ Rumah kedua yang kami terjah adalah rumah wajib setiap tahun iaitu rumah Wak. Posing dulu, bebeh! ;P |
~ Kat rumah Wak, kami dijamu dengan mee tom yam. Best betul ah kak makan! Kuah pun dah tinggal senduk. He3... |
~ Lepak lama kat rumah Wak. Sampai ke tengahari. My 'sayang' siap tertido2 lagik! Wak jamu makan tengahari pulak. Lauk simple macam kat dalam gambar nih tapi, giler terangkat! Perrgghhh..!!! |
Separuh hari kami berjalan2. Perut memang santak tak hengat la kan... Best betul aktiviti mengenyangkan perut di rumah orang nih! Tak payah susah2 masak, tau2 jer dah terhidang. Heaven! Ha3...
Pukul 2 p.m kami balik rumah. Belah petang takde aktiviti sangat. Tido-tengok tv-makan2-borak2... Tu jer lah kerjanya...
Sekian...
:: Like3, ek! ::
No comments:
Post a Comment
KAMSAHAMNIDA...