Wednesday, November 9, 2011

'HILANG' SOFFIYA... 'DATANG' TENTANG DHIA...

Semalam, tamatlah sudah drama Soffiya... Drama yang aku dok tunggu2 setiap hari Isnin sampai Khamis. Yang kasik aku emo2 sampai rasa nak masuk dalam tv pakai pintu ajaib Doraemon. Hadoi! Penangan Soffiya betullah!

Walaupun macam happy ending tapi, terkilan jugak la kan... sebab Fiona mati. Kena bunuh pulak tuh! Memang la... Fiona tu crook giler! Tapi, bila dia dah insap rasa sadis pulak tengok dia mati dengan cara yang kejam tuh. Haish! Nak kena babap tuan director ngan script writer nie... 

Hari nie, start tengok pengganti Soffiya. Tentang Dhia pulak tajuknya. Suka betul diorang buat drama yang tajuknya ada nama pompuan. Kiut kot... Ecewah! ;P

Baru tengok 1 episod. Hmmm... aku rasa macam lambat panas sikit la Tentang Dhia nih. Agak lembab. Lepas tu, macam dah boleh agak apa yang akan jadik seterusnya?! 

Tapi, nak judge lebih2 pun, tak sesuai kot... sebab baru tengok 1 episod. Kena tengok berepisod2 dulu then, baru boleh judge secara over. Kalau best, aku jadikkan drama wajib tonton. Kalau tak best, dengan senang hati aku serah remote kat my 'sayang'lah. 

Kekdahnya... ;P

Hokaylah! Nak tido dah nih. Ngantuk! Jumpa esok dengan entry2 menyengat yang diauto-published oleh tuan tanah kedaung, ek! Wah! Menyengat kata ko! Ha3...


:: Like3, ek! ::

No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...