*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Ikan gelama lagik... Eh! Jangan tak tau..! Lately nie, aku sker betul makan ikan gelama. Macam best la pulak kan... Bertukar selera kata ko..! He3...
Dah tu membebel! Jom tengok resepi. ;)
Bahan2:-
2 ekor ikan gelama (disiang & dicuci bersih)
3 tangkai kacang panjang (dipotong)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
Minyak masak
Air masak
Garam
Gula
Serbuk perasa
Bahan2 Kisar:-
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
5 tangkai cili kering
Cara2 Penyediaan:-
1) Lumur ikan gelama dengan garam & serbuk kunyit.
2) Panaskan minyak. Goreng ikan gelama hingga garing. Angkat & toskan.
3) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
4) Tuangkan sedikit air.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam, gula & asam keping.
6) Masukkan kacang panjang & bawang besar. Masak hingga kacang panjang & bawang besar sedikit layu.
7) Masukkan ikan gelama yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hidangkan.
~ Dah siap dah Ikan Gelama Kacang Panjang Masak Pedas Istimewa. |
Senang bukan? Hah! Kalau dah senang tuh, tak reti2 nak mentry! ;P
:: Like3, ek! ::
sy suka masakan yang ada minyak sikit2 mcm ni...pekat tak cair...;d
ReplyDeleteSy perasan, bukan setakat ikan gelama. Tapi sayur kacang panjang gak! Hiks~
ReplyDeleteRun Away,
ReplyDeleteminyak klu bnyk sgt, jadik muak!
Fara,
ReplyDeletesave bajet.. heh3..