Monday, October 10, 2011

BERHATI2 KALAU NAK MEREVERSE...

Sebelum kitorang breakfast kat Restoran Nikmaat tu kan, kitorang pergi kedai hardware dolu. My 'sayang' nak beli something.

Elok2 kitorang nak memarkingkan kereta, tetiba nampak kereta apek yang tengah parking telah menyondol kereta apek lagik 1 yang tengah berjalan. Eh! Korang paham ke apa yang aku cakap nih?

~ Hokay la... Hokay la... Begini alkesahnya... Apek yang pakai t-shirt putih tu bawak kereta Proton Saga Biru. Dia nak reverse kereta keluar dari parking. Tapi, gopoh-gapah sangat. Aci redah tak toleh belakang/side mirror. So, terus la gedegang... langgar sisi kereta apek yang pakai kemeja tuh. Dia bawak kereta Toyota Corolla tu, ha! 

Paham dah kan? ;P

Maka berlakulah sedikit pertelingkahan mulut... Walaupun aku tak paham apa yang apek2 tu kepohchikan sebab diorang speaking Cino tapi, dari bahasa tubuh & body language diorang, aku tau yang apek berbaju kemeja tak puas hati dengan apek berbaju t-shirt putih. 

Last2, apek berbaju t-shirt putih tu hulur2 la sekupang 2 kat apek berbaju kemeja... Settle la kot...

Moral of the story: Berhati2 la time memandu. Ikut apa yang kita dah belajar masa kat driving school sampai lulus dolu tuh. Kalau nak reverse kereta, toleh2 la mana2 yang patut... 

Pesanan khidmat masyarakat nie dibawakan oleh BLOGUNGUKECHENTAANARELEEZ. ;)


:: Like3, ek! ::

No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...