Thursday, August 18, 2011

SOTONG KICAP ALA THAI ANUGERAH AIDILFITRI

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Jom main masak2! He3...

Bahan2:-

7-10 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong)
1 batang carrot (dipotong memanjang)
1 biji bawang besar
1/4 kiub tom yam
1 sudu sos tiram
1 sudu besar kicap
Air
Minyak masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5-7 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan sos tiram, kicap, kiub tom yam & sedikit air.
3) Masukkan sotong. Biarkan seketika hingga sotong separuh masak.
4) Masukkan carrot. Masak hingga carrot empuk.
5) Masukkan bawang besar. Kacau rata. Biarkan bawang sedikit layu. Angkat & hidangkan.

~ Sotong Kicap ala Thai Anugerah Aidilfitri. Rasa dia masam2 sket sebab ada kiub tom yam. Plus, kalau masam2 baru la ala2 Thai gitu kan... ;P

Apa lagik..??! Cuba, jangan tak cubalah! ;)


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...