Masih lagik di rumah mak...
Mak Yang ngan nenek datang rumah mak sambil bersembang2 di ruang tamu pun aku buat dunno jer. Lena lagik dibuai mimpi. Semalamnya dah shopping penat2, lutut rasa nak tercabut, koselah nak bangun awal2! Plus, sambung tido tu kan heaven... He3...
Tapi, tak buleh nak tido secara tak hengat sebab mak dah kejut, ajak gi pasar. Owh... sungguh la berat bontot ah kak nie nak bangun, menapak ke bilik air. Adeh3...
So, aktiviti pertama di pagi hari adalah ke pasar. Nasib baik my 'sayang' free. Buleh la tolong drive & follow ke pasar sekali. Beli ikan, beli sayur, cili, bawang, bagai... & balik. Sampai rumah mak, terus tolong potong2 apa yang patut. Nanti petang senang, mak aci main campak2 jer lagik. Aku plak tukang rasa. Ngeh3...
14 Ramadhan... we ols berbuka kat rumah mak. Menu plak adalah nasik putih, bihun goreng Singapore, asam rebus ikan termenung, rendang pucuk ubi, sotong masak taucu (nenek kasik) & air cincau. 1st time mak aku buat rendang pucuk ubi. Sodaplah!
Aku siap request suruh mak masak masa raya nanti. Kasik adik-beradik aku rasa jugak. Resepi asal, tak bubuh apa2 pun. Tapi, mak adjust, bubuh daging cincang. So, kalau makan dengan nasik impit pun sodap kot...
~ Rugi plak rasanya tak amik gambar, especially rendang pucuk ubi tuh. Kalau tak, buleh gak show-off kat korang. Haish! Tapi, rupa paras dia lebih kureng macam yang dalam gambar nie la. Nie aku google. Credit to: anymz-mykitchen |
Korang penah makan tak, rendang pucuk ubi? Ke aku jer yang ketinggalan zaman tak penah makan? Sumpah, you ols! Nie la 1st time aku merasa tau!
:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::
xpernah pulak.pucuk ubi pun leh wt rendang ye kak?
ReplyDeleteLieyda,
ReplyDeletetu la.. akak pun baru jer cuba, try, test nih! sodap!
first timedgr
ReplyDeleteazzey,
ReplyDeleteorg pun. tp, sodap!