Sunday, August 28, 2011

STICKY MODE ENTRY: JAWATAN KOSONG MENCARIK ANDA DI 'CHURP2 IS HIRING!'

*This is a sticky mode entry. Please scroll down for new updates. Thank you. ;)

Mahap3..!!!

Iklan jawatan kosong nak tumpang lalu sekejap. Execuse me, you ols..! ;P

~ Churp2 berkicau lagik...

Ever thought if you have what it takes to be a part of one of the fastest growing dot coms in the region? Churp Churp is on the lookout for quality talents to join our team of young, passionate and bright minds to bring Churp Churp to the next level! Here are some of the positions available in Churp Churp, Internship seekers are welcomed too!

CHURP CHURP ACCOUNT EXECUTIVE Apply Now
Account Executives are at the frontline of Churp Churp. You’ll essentially be the person bringing in the clients and growing the Churp Churp business, so you gotta be one tough cookie! You’ll need to work well under pressure and in the face of rejection, all while exuding confidence like a pro.
JOB SCOPE
    • Meeting and building rapport with potential clients.
    • Pitching and preparing creative proposals and presentations for exciting campaigns.
    • Researching and preparing case studies on cool ideas for potential client’s ad campaigns.
    • Oversee the execution of your social media advertising campaigns.
    • Liaising and coordinating with Churpers engaged for advertising campaigns.
    • Attending to client’s needs on social media campaigns.
    • Seek creative ways by researching and networking to bring in digital advertising revenue for the company.
WHAT WE’RE LOOKING FOR IN YOU
    • You love public speaking – in fact it gives you an adrenaline rush.
    • You’re a natural born extrovert – we need people whose confidence shines through.
    • You love preparing and giving presentations – boring presentations = bored clients.
    • You’re proactive – this is vital in seeking clients.
    • You possess your own transport (to travel around when you meet clients).
    • Previous work experience and connections are a bonus.

CHURP CHURP COMMUNITY EXECUTIVE Apply Now
If you love meeting new people, planning events and are active on social media, look no further for the perfect job! Community Executives spend a lot of their time planning community events for Churp Churp, liaising with Churpers on everything from events that members of the communities are invited to, or just attending to any questions Churpers might have.
JOB SCOPE
    • Being the direct contact point for Churpers – maintaining good relations & liaising directly with them.
    • Planning and organizing events, seminars/workshops, parties, movie screenings for Churpers.
    • Identify potential partners and manage Churp Churp’s partnership in events, campaigns, charity campaigns and initiatives.
    • Maintaining all communication platforms with Churpers (the official Blog, Facebook and Twitter account).
    • Creating content for Churp Churp’s Official Homepage.
    • Attending to Churpers' enquiries via the Churp Churp helpdesk.
    • Organizing Post Mortem meetings, preparing reports on events and campaigns and monitor performance of initiatives.
WHAT WE’RE LOOKING FOR IN YOU
    • You love organizing events and parties.
    • You love writing!
    • You have a blog/ Twitter/Facebook account /Tumblr (some of it or ALL of it!)
    • You have an excellent command of English and/or Bahasa Malaysia.
    • You’re able to come up with creative copy, and creative ideas for ad campaigns as well.
    • You’re outgoing and a great team player.
    • You are a great communicator and able to attend to the needs of the members in the /Churp Churp Community.
    • You are meticulous and resourceful when it comes to organizing, executing and reporting all campaigns and activities.
    • You are proactive and a people person.
REQUIREMENTS FOR ALL POSITIONS
  • Candidates must possess at least a "A" Level/Pre-U, Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree, any field.
  • Fresh graduates between the age of 21- 28 are welcome to apply.
  • Must be able to write and converse fluently in English.
  • Articulate, with good communication and presentation skills.
  • Self-motivated, target driven and able to work independently.
  • Must possess some knowledge of social media.
  • Good team player with a proactive attitude.
  • Dynamic, bubbly and have passion for the media industry.
  • Must be willing to work after standard working hours and on weekends where necessary for events/campaign needs.
  • Application only open to citizens or PR holders.
For interested candidates, do send your applications to mycareer@netccentric.com with the position interested as the email title. All the best!

Hah! Apalagik?! Peluang dah terbuka di depan mata kata ko! Trylah!

Kepada yang sedang jadik 'penganggur terhormat' tu ke... tak pun yang dah resign sebab kerja lama cam boringtahapgaban ke... kepada seseorang yang sedang bekerja tapi, kerja dia tu tak mencapai kepuasan sebenor ke... paling penting kepada sesiapa yang memang skerkan cabaran & punyai kriteria2 seperti yang tersebut di atas, hah... inilah masanya nak tonjolkan siapa diri anda! 

Make people around be proud of you, bebeh! Owh... skipping Londonlah pulok! Ngeh3...

Selamat mentry & good luck, ye! ;)


:: Like3, ek! ::




Thursday, August 25, 2011

MENU BERBUKA PUASA 21 RAMADHAN 2011

Dah sampai update yang ke 21 Ramadhan...

Kami berbuka puasa di rumah mertua. Jumaat berbuka kat rumah mak, Sabtu kat rumah Uteh & Ahad di rumah mertua. Wah! 3 hari berturut2 tak berbuka kat rumah sendirik! Seperti istana hinggap jer la rumah tu... He3...

Sampai kat rumah mertua, my MIL macam dah siap prepare juadah berbuka. Means, dari segi nak tolong potong2 tu macam dah nan ado..! Aku??? Aku = heavenlah! Ha3...

Keji betul menantu yang sorang nih! Chait!!! Dush3 diri sendirik..!!! ;P

Tapi, ada jugak la yang aku tolong... Tolong basuh pinggan-mangkuk-cawan bagai... Kira aci la tu kan... Hiks...

~ Menunya adalah nasik putih, ayam goreng berempah, ketam masak sos, ulam2-an & gulai ikan senangin. Cucur udang tu kitorang tapau kat PARAM.

Ketam masak sos tu best! Even aku cicah cucur udang tu dengan kuah/sos ketam. Malatops, bebeh..! Malatops! Ha3...

Bbrrppp..!!! Alhamdulillah... ;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, August 24, 2011

MENU BERSAHUR 21 RAMADHAN 2011

Petang 20 Ramadhan, aku sempat masak lauk untuk bersahur (21 Ramadhan). Means, sebelum bergegas ke rumah Uteh di Batu Gajah tu la.

Lauk simple jugak yang jadik pilihan. Bahan2 pun mudah disediakan. Sap2 soi jer dah siap! Owh... yeah..! ;P

~ Lauk sahur tersebut adalah telur masak lemak kuning. Aci campak2 jer, derrr... Presentation pun ke laut! Alah! Nak masukkan dalam mulut & seterusnya ke perut jer pun... Bukannya nak masuk bertanding dalam 1001 Rasa Baba's! ;P

Nasik putih + telur masak lemak kuning + kicap. Kira heaven jugak la tu kot... Heaven tak? Heaven tak? He3...


:: Like3, ek! ::



CRAMP MERANGKAP SIMPUL KERA

Semalam, tengah syiok2 tido sebab semalam kan sojuk2 + hujan sepanjang petang membawak ke malam, tetiba...

'Ouch!!! Adeh3..!!! Sakit kaki! Tolonggggggggg..........!!!'

Menjerit, merintih dalam hati jer! Padahal buleh jer kejutkan my 'sayang' yang lena kat sebelah. Ye la... kot2 la buleh urut2/jampi2 apa yang patut kan... 

Tapi, masa tu memang tengah mamai sangat2! Tak larat dah nak kejutkan my 'sayang'. Time sahur baru citer. As the result, aku kena tarbiah sebab tak kejut beliau! Sob3...

Aku tido pukul 1 a.m sebab gigih menjahit manik baju kurung. So, bila tido, harus la lena selena2nya! Even masa kesakitan kaki tu berlaku pun aku still tak buleh bukak mata. Dok berguling2 sambil angkat2 kaki ke atas jer. Hadoi!

Eh! Aku tak cakap lagik kan pasal apa kaki aku sakit? Hmmm... cramp, derrr..! Ada sesetengah orang panggil as simpul kera. Kenapa kera... usah ditanya sebab aku takde jawapannya! 

Giler sakit, noks! Rasa macam nak pergi spital kat kecemasan tuh, nak suruh doktor buat bedah kilat! Hah! Amik ko! 

Korang pernah kena tak?


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



NASI GORENG BELACAN HALAMAN ASMARA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Pagi2 dah nak menayang rupa paras nasik goreng. Nasik goreng belacan plak tuh! Bukan calang2 punya..! Keji betul perlakuan! Mahap3..!!! Ha3...

Bahan2:-

3 cawan nasi
5-7 batang kacang panjang (dipotong serong)
Air
Minyak masak
Garam

Bahan2 Tumbuk:-

1/2 inci belacan
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan kacang panjang & sedikit air. Biar hingga kacang panjang separuh masak.
3) Masukkan nasi. Sebatikan.
4) Perasakan dengan sedikit garam. Dibubuh bergantung kepada kemasinan belacan. Kacau lagi. Biarkan seketika dengan api kecil. Angkat & hidangkan.

~ Nasi Goreng Belacan Halaman Asmara. Bau jer dah semerbak 1 rumah. Sempoi, babe..! Ha3...

Woot2! Ada tisu lebih tak? Slurrppp2..!!! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Tuesday, August 23, 2011

MENU BERBUKA PUASA 20 RAMADHAN 2011

Berbuka puasa beramai2 di rumah Uteh kat Batu Gajah nun! Best2..! He3...

~ Best sangat sampai dalam kereta pun aci nak senyum2 jer. Penyakit apa ntah?! Aku pun tak tau! Ha3...

Plan gerak adalah pukul 5.15 p.m. Tapi, biasalah kan... plan2 nie selalunya memang ke laut! Sila rujuk kelambatan tersebut kepada abang aku, ye!

Aku ym message abang kata gerak lepas Asar, dalam pukul 5.15 p.m camtu la... Buleh beliau kata aku takde roger2! Owh... sentap ah kak tau! Uhuks3...

Even aku pun terlambat jugak la sket kan... Pukul 5.30 p.m baru sampai rumah mak. Tapi, abang aku lagik lambat! Pukul 6 p.m plus-minus la baru sampai. Owh... nehi3 betul! Hu3...

Sampai Batu Gajah dalam pukul 7 p.m. Sekejap lagik dah nak berbuka. Tapi, my 'sayang' gigih nak mencarik PARAM, nak beli kuih katanya... Biasa la my 'sayang' kan... Mana buleh dipisahkan dengan PARAM! Owh... nehi3 lagik..!

Sekali, PARAM kat sana tak banyak. Yang ada pun jauh nun di sebelah sana lagik! Keputusan muktamad, beli jerlah kuih kat stall tepi jalan. Nasib baik ada lagik 1 stall & kuih pun nasib baik ada lagik. Tu pun tinggal karipap dalam 15 ketul, pulut panggang seketul & burger Malaysia 4 ketul. Ah kak borong semua sampai adik2 yang jual tu lapanploh kali tanya, 'Betul ke kak nak semua?' Owh... yeah, bebeh..!

Diorang maybe pelik sebab yang ada dalam kereta cuma 5 orang. Kuih beli berketul2! Ha3...

~ Dah sampai kat rumah Uteh. Semua dah sedia terhidang. Bagus! Tak payah susah2 ah kak nak menolongnya. Buat macam rumah sendirik, ye! Ahaks3... Menunya adalah ayam masak tomato, sup sayur, ikan rebus goreng, ikan rebus kukus goreng tepung, ikan masin goreng, air Ribena & kuih-muih seperti yang tersebut di atas. Marvellous2... ;P

~ Pajeri terung pun ado. Mak buat, dipotluckkan ke rumah Uteh.

~ Sebelum berbuka, harus ada sesi berposing! Bukan secara tak hengat tapi, secara bertatasusila. Menghormati bulan Ramadhan kata ko! Hiks...

~ Mak sedang gigih menyendukkan nasik. Anak2 + menantu2 masih sakan berposing! Ngeh3...

~ Apa masalah my 'sayang'... aku pun tak tau! Jadik, sila abaikan, ye! Haish!

~ Pak Teh tersenyum melayan tetamu... Pak Teh nie quite pak lawak jugak la... Cuma tak berpeluang jer nak masuk Raja Lawak. He3... Tapi, memang... apa jer yang keluar dari mulut Pak Teh, aku rasa sume cam lawak bajet nak gelak jer... Kalau tak gelak pun musti senyum2 simpul walaupun Pak Teh cakap mende serius. He3...

~ Peace, ya'll..! ;D

~ Penuh sabor menunggu azan Maghrib...
Azan jer, terus baca doa, terus ngap3!!! Buruk perangai! Hu3...

Lauk memang sodap & kena sangat dengan tekak aku. Walaupun 1st time jumpa ikan rebus kukus goreng tepung tapi, aku dah mula jatuh chenta dengannya... Sodaplah! Sampai tak sedar dah berekor2 aku ratah! Ha3...

~ Kami pulang lebih kureng pukul 10 p.m. Entry diakhiri dengan hand love statue kami yang tidak asing lagi... Bajet romantic abis la konon! Ha3...

Peace!!! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



MENU BERSAHUR 20 RAMADHAN 2011

Sebelum berbuka puasa kat rumah mak (19 Ramadhan), seperti biasa, aku main masak2 dolu kat rumah sendirik. Masak untuk juadah bersahur kata ko! ;)

Masak nasik, lepas tu buat sambal tumis ikan bilis bersayur. Sebab apa bersayur? Sebab campak sekali kacang panjang kat dalamnya. Senang! Tak payah nak masak sayur asing2.

Gambar takde sebab memang sangat2 terlupa untuk mengsnap. Sila mahapkan tuan tanah kedaung, ye?! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



AKSI CANDID TERLAMPAU (ACT) #10

*Slot Aksi Candid Terlampau (ACT)

Nak 'qada' balik Slot ACT yang jauh ketinggalan. Owh... mahapkan hamba, ye! Sob3...

Hokay, dah! Jangan nak meraih simpati menangis2 plak! Meh sume! Kita tengok siapa yang terlampau tuh? Ha3...

~ 'Ahmad Albab' yang Insap!

So, you ols... berapa mintang mau kasik daaa...? ;P

p/s: Woot2! ACT nie consider as yang bulan Jun, ek? Hu3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



IKAN BAWAL CERMIN SOS TOMATO INDAH DI HARI RAYA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Jom masak! ;P

Bahan2:-

5-7 ekor ikan bawal cermin (disiang, dicuci bersih & ditoskan)
2 sudu besar sos tomato
5 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 cawan kacang peas (dicuci & ditoskan)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan bawal cermin dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng ikan bawal cermin hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
3) Masukkan cili kisar & sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
4) Masukkan sos tomato. Kacau rata.
5) Perasakan dengan garam, serbuk perasa & gula.
6) Masukkan kacang peas. Masak hingga kacang peas lembut.
7) Masukkan bawang besar. Masak hingga bawang sedikit layu.
8) Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Ikan Bawal Cermin Sos Tomato Indah di Hari Raya.

Sambil masak, sambil countdown raya. Owh... la2... Ha3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih.. ::



KENAPA 'M BESAR'?

'M Besar'...

Itulah kata ganti nama yang aku & my 'sayang' gunakan setiap kali nak mention Mcdonalds. Even dalam entry sebelum nie yang pasal nak berbuka puasa kat Mc-D tu pun, aku guna kata ganti nama 'M Besar' jugak. ;)

Kenapa 'M Besar'?

Well... alkisahnya begini...

Ada la, 1 hari tu kan, lama dah... kitorang dating kat Ipoh. Aku plak, gediks merequest nak makan Spicy Chicken Mcdeluxe. Kebetulan pulak, masa nak merequest tu, memang dah dekat dengan Mc-D. Plus, dari jauh dah nampak huruf M kaler kuning tuh. & aku pun berkata...

Aku: B, dah lama tak makan Spicy Chicken Mcdeluxe (ayat terbaik semasa membodek disertai dengan muka kesian tak semenggah! Ha3...). Jom pergi... 'M Besar'! (Spontan jer nie tau!)

My 'sayang': 'M Besar'? Apa tu?

Terus laju jer jari telunjuk nie menunjuk2 ke arah signboard tulisan M kaler kuning tuh! La3...

~ Start dari saat tu la kitorang panggil Mc-D as 'M Besar'. Lekat nama manja tu sampai skang! Hiks...

 Terbayang burger2 best kat 'M Besar' la pulak... Hadoi! Uhuks3...

*Credit to: mcdonalds


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



MENU BERBUKA PUASA 19 RAMADHAN 2011

Berbuka puasa kat rumah mak pulak. Abang aku la roger2 ajak berbuka kat rumah mak. Owh... buleh2 la jawabnya! He3...

Walaupun mak masak tapi, kitorang tetap berpotluck jugak. Saja gediks2 nak menambah2 juadah... Kasik meriah! ;P

~ Sup labu air, ikan goreng, timun & jantung pisang rebus tu mak yang masak. Kari ayam tu plak abang aku tapau dari PARAM. Ikan talapia bakar tu my 'sayang' tapau dari PARAM.

~ PARAM: Ikan kembung bakar, murtabak ayam, sambal udang petai, agar2 milo & kuih-muih. Sambal pecal & cicah pelam tu mak buat.

Hokay! Tu jer juadah berbukanya... 'Jer' kata ko! Heh3...

Meh layan gambar anak2 sedara aku yang asik nak berposing bila kita tala camera. Haish! Genetik siapa la nih? Ha3...

~ Sambil makan timun pun Cik Odah buleh memberikan pose manja2 gediks! Ha3...

~ Kak Yong plak maintain sopan-santun bertatasusila. Ecewah! ;P

Dah! Tu jer nak citer. Bye2... 

(Owh...nampaksangatdahtakretinakbuatclosingyangbest! Hadoi!)


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



SLOT KENANGAN MENGUSIK JIWA (KMJ): THE 'SUSPECTS'...

*Slot Kenangan Mengusik Jiwa (KMJ)

Kenapa 'suspects'? Owh... yang tu kena baca mukadimah entry nie dolulah. Kalau rajin, buleh la terjah sini. ;)

Seperti yang dijanjikan, slot KMJ akan mula bersiaran pada hari ini. Katanya, waktu siaran slot KMJ nie adalah pada setiap Selasa pertama setiap bulan kan? Apsal lak nak gediks2 poyos bersiaran di hari Sabtu minggu ke-4?

Owh... sonang jer nak jawab... Well... tuan tanah kedaung dah tak sabor nak mulakan slot KMJ. Plus, idea nak buat slot KMJ nie pun datang dalam 2-3 hari lepas. Means, memang dah terlajak dah Selasa minggu pertama tuh. So, untuk slot pengenalan KMJ, kira aci jer la dia bersiaran pada hari Selasa minggu ke-4...

Tapi, lepas nie akan ikut schedule balik. Insyaallah... ;)

~ 1st gambar kenangan mengusik jiwa. Seorang budak lelaki yang tak pakai baju dengan pakai shortnya... perut bulat2 plak... Owh... kiut kan? Ahaks3... Itu dolu2... Zaman kanak2 hingusan kata ko! Skang, budak berperut bulat nie dah jadik chenta hati ah kak. My 'sayang' lorrr... Handsome plak tuh! & always be..! Ahaks3...
~ Dari segi imej & penampilan, nampak macam serupa. Tapi, tak sama, hokay! Sebab dia nie gigirl. Tengah khusyuk main munge api. La3... Cekci plak tuh! ;P Ini gambar kenangan ah kak, noks! Sila angkat tangan & katakan yang gigirl dalam gambar nie kiut! Cepat! Kalau tak, ah kak babap kang! Ha3... Dolu jer cekci. Skang dah insap sket la kot... Heh3...

Kenangan betul masa tu tau! Yang aku ingat lagik, masa tu aku takut sangat nak main munge api. Mak siap carik pelepah pisang (buang daun), cucuk munge api tu kat hujung pelepah pisang tuh. Tujuan: Supaya aku buleh la pegang di hujung sini & main tanpa rasa takut. Begitu... ;P 

Bila dah hilang fobia, terus macam tak aci dah pakai pelepah pisang. Konon2 tak rock la kan... Plus, tengok orang lain main pegang dengan tangan begitu jer... rasa macam cool plak. Terus rasa macam nak jadik cool jugak! He3...

Hmmm... dua2 pun sama santek & sama padan kan? Hiks...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Monday, August 22, 2011

STICKY MODE ENTRY: SLOT KENANGAN MENGUSIK JIWA (KMJ)

*This is a sticky mode entry. Please scroll down for new updates. Thank you... ;)

Morning, you ols..! How are you, bebeh? ;P

Harap2 sumenya sihat2 jer la, ek? Tau... Musti mood raya dah berkobar2 kan? Tambah2, bila stesen radio semakin giat mengkeudarakan lagu2 raya. Tu belum citer lagik bab kita pasang playlist lagu raya sendirik! Terasa seperti esok jugak nak raya kata ko! He3...

Relax2... Plus-minus, ada lebih kureng seminggu lagik nak raya! Bawak2 berTENDANG, ye! Ha3...

Actually, aku nak announcekan 1 mende. Nak announce yang blogungukechentaan nie akan melancarkan 1 lagik slot iaitu Slot Kenangan Mengusik Jiwa (KMJ). So far, blogungukechentaan dah ada 2 slot iaitu Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA) & Slot Aksi Candid Terlampau (ACT). 

Slot KKBA bersiaran bilamana tuan tanah kedaung rajin memasak resepi2 simple & beliau pun mengupload gambar + buat entry resepi. Slot ACT plak sepatutnya bersiaran sebulan sekali (normally pada 1 haribulan). Tapi, macam dah lama pulak takde Slot ACT kan? Takde mende yang nak diterlampaukan... Ha3...

Slot baru nie iaitu Slot KMJ akan bersiaran setiap bulan jugak. Means, sebulan = 1 slot iaitu pada hari Selasa pertama setiap bulan. Slot KMJ nie berkisarkan tentang kesah2 + gambar2 yang menggamit memori tuan tanah kedaung. Tak kesah la apa kan... Janji rasa macam ada memori yang terkenang2 tu, tuan tanah kedaung buatlah entry. Begitu...

Slot KMJ akan mula bersiaran pada 23 OGOS 2011 (ESOK). So, check it out, bebeh! ;P

Harap2, slot baru nie mendapat sokongan daripada korang2 sume... Senang jer nak show-off sokongan tuh... Semudah a, b, c! Apa yang perlu dilakukan just... LIKE3!!! entry tuh! ;)

Thanks, you ols..! Mmuahhsszzz..!!! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



MENU BERSAHUR 19 RAMADHAN 2011

Malas nak cakap banyak sebab menu pun memang sesimple mungkin & seperti biasa.

Nasik putih + telur hancus cili padi + kicap

Santek, menarik, tertarik, komemangthebomb tak menu tuh? Kalau jawapannya 'YA', sila la LIKE3!!! Komen2 pun buleh..! ;D


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

'M BESAR'..???

Petang nie, aku ada date dengan my 'sayang'. Atau dalam bahasa saintifiknya, kitorang nak dating petang kang! Merangkap berbuka puasa gitu..! Yahooo..!!!

~ Kitorang nak dating + berbuka puasa kat 'M Besar' (Mcdonalds lah! He3...). Jom! Jumpa di sana3..!!! La3...

Errr... korang nampak tak apa yang bakal menjadik santapan kitorang tuh? Nampak tak? Nampak tak? (sambil wink3!!!) Ahaks3...

*Credit to: mcdonalds


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



PETANDA RAJIN???

~ Nampak tak tanda kehitaman tuh? Ah kak melecur, noks..! Walaupun minor punya tahap melecur tapi, tetap ter'ouch3!!!' jugak tau! Hadoi!
Kena kuali panas, derrr..! Gigih nak memasak kata ko! Tak sedar tangan sendirik yang 'kena masak'! Tsk3...

Itu yang tersurat. Kalau yang tersirat, bukankah itu petanda bahawa tuan tanah kedaung nie rajin sungguh memasak? Ngeh3... Larikksss..!!! 

Ouch3!!! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



MENU BERBUKA PUASA 18 RAMADHAN 2011

Dah sampai update yang ke 18 Ramadhan... Tak jauh lagik nih nak mengejor! Tetiba nak jerit kuat2, 'Kejor! Yeop, kejor!!!' Ngeh3...

Berbuka puasa kat rumah plak. Hari tu, aku balik kerja tumpang Ros sebab my 'sayang' super busy! Hu3...

Sampai rumah, cepat2 bersilat kat dapur! Bukak jurus apa pun tak tau! Aci hentam! Kekuda pun terpeleot! Ha3...

Merepek sudah... ;P

Hokaylah! Jom tengok apa menu berbuka puasa untuk 18 Ramadhan.

~ Rendang daging. PARAM mari. Adalah tak berapa best! Terlebih kulit kayu manis ke apa ntah?! Semacam jer rasa dia...

~ Hah! Nasik goreng belacan. Aku masak sendirik. Alaaa... yang sampai kena bersilat bagai tuh! He3...

~ Ayam masak kicap. Tapau PARAM. Sangat2 fail! Pelik betul rasa dia! Ngeri!!!

~ Kuih-muih...

Errr... korang kenal tak kuih yang kaler ijo-putih tuh? Aku tak kenal langsung! Tapi, sodap jugak tau! Layan la...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::




MENU BERSAHUR 18 RAMADHAN 2011

Sebelum ke rumah Mak Lang (17 Ramadhan), aku dah siap2 masak lauk untuk sahur. Masak awal sonang! Sebab kalau ke rumah sedara-mara, of cos la bergebang tak hengat, lepas tu balik rumah pun dah lewat malam. Nak masak pun dah malas sebab mengantuk.

Jalan penyelesaian = masak awal sket, sok reheat. Masak yang simple2 jer...

~ Aku masak sambal sardin berkentang. Bukankah simple sangat2 tuh? ;P

Makan dengan nasik putih panas2. Perrgghhh...!!! Terbayang2 la pulak... Dah la hari nie, 1st day 'kembali berpuasa'! Menghampiri waktu tengahari plak tuh! Owh... nom3!!!


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Sunday, August 21, 2011

MENU BERBUKA PUASA 17 RAMADHAN 2011

Turn berbuka kat rumah Mak Lang plak. Aci potluck. Bawak sorang sket, lepas tu makan ramai2... Kan ke best tuh! Terus rasa nak raya cepat2! Ha3...

Ah kak sentiasa over, noks! ;P

Ding-dong, ding-dong, pukul 7 p.m baru sampai kat rumah Mak Lang. Mak dah start berzikir dah. Owh... biasa la tu kan... He3...

~ Menu banyak! Tak kose ah kak nak mengsnap satu persatu, hokay! Hu3... Ini pun amik gambar yang dah tinggal saki-baki. Sebelum berbuka tak sempat nak mengsnap sebab sibuk mentransfer kuih-muih ke dalam pinggan. Rajin kan ah kak? ;P

Meh nak list down menu:-

1) Nasik putih
2) Kaki ayam masak sir-sau
3) Ikan pekasam goreng
4) Daging masak kicap
5) Hati ayam masak kicap
6) Kacang goreng suun
7) Sambal telur rebus
8) Sambal tumis ikan bilis
9) Cucur udang
10) Kuih-muih
11) Air cendol, sarsi & sirap selasih.

Aku rasa ada lagik. Tapi, dah tak berapa ingat dah. Halal jer la, ek?! ;P

~ Lepas makan, aku melayan Cik Odah yang sakan nak berposing. Tu lambang 'Peace' dia la tuh! Ha3...

~ Kak Yong pun nak enterframe jugak. Sweet! Macam Acu dia... Kan3...??? Ahaks3...

~ Diorang = sweet! Acu dia = sweet3!!! Ha3...

~ Pose tak buleh blah daripada Cik Odah. Aku yang suruh dia buat muka paling gediks dalam donia... & inilah hasilnya... Bagus! Ha3...

Berbuka ramai2... perut kenyang... hati gumbira... terus rasa heaven! Kan3..??? ;D


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



MENU BERSAHUR 17 RAMADHAN 2011

Asam pedas ikan termenung yang jadik juadah berbuka (16 Ramadhan) tu still ada balance lagik. So, reheat untuk sahur 17 Ramadhan.

Total menu bersahur 17 Ramadhan: Nasik putih + asam pedas ikan termenung + telur dadar. Terbaik dari ladang jugaklah kiranya tu kan...

Sebab hujung2, terus, 'Bbrrppp... Alhamdulillah...' jugak... Maknanya, terbaik la tu kan? Kan3..??? ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



BLOG PILIHAN SAYA IALAH

~ Alhamdulillah.. Tersenarai jugak blog ah kak dalam segmen anjuran Ben Ashaari tuh. Segmen Hujung Minggu: Blog diperlukan segera ..


Seperti ada kesinambungan plak segmen Encik Ben Ashaari nie kan... Macam terpanggil pulak aku nak menjoin lagik. So, aku joinlah! ;)

Segmen yang dinamakan sebagai Segmen Bermula ! Blog manakah yang mereka pilih ? dengan tajuk Blog Pilihan Saya Ialah nie pun best jugak! Secara peribadinya, aku rasa memang buleh menambah kenalan dalam donia blogger nih.

Hokaylah! Straight to the point. Dalam banyak2 blog tuh, memang of cos... sume pun best! Sebab aku rasa memasing berblog mengikut citarasa memasing. Takde makna nak copy2-cat whic is good. But, antara sume tuh, 10 blog pilihan aku ialah seperti berikut:-

1) gula-gulapelangi (Iffah Afeefah)
~ Sebab blog dia kemas. Maybe sebab dia nie bakal cikgu kot. ;P

2) yanayassin (yana yassin)
~ Sebab entry dia sempoi2. Mudah difahami. Tak perlu nak refer kamus dewan sebab bahasa yang digunakan memang bahasa mudah.

3) coretanharapan (Farah Alias)
~ Sebab header dia kiut! ;)

4) bicaramakdara (Adza Irdawati)
~ Sebab dia nie celebrity blogger. Dia involve dalam bidang seni sebagai script writer. & also a hot mama! He3...

5) storyaizanursyazlien (Elynn Aiza)
~ Sebab bila bukak blog dia terus feeling2 dok kat Korea nun! Blog dia ada hujan renyai2 kat header & snow2 kat layout. Sojuk mata memandang... ;)

6) adramycien (Amanina Nasuha)
~ Sebab header dia cute! He3...

7) sayapunyasukelaaa (Shiema Sufian)
~ Sebab blog dia pun kemas jugak! Tak berpinar2 mata nie nak membacanya.

8) hqfizulhqkim (Hafizulhakim)
~ Sebab nak tambah kenalan blogger lelaki.

9) cytyfyfy (Cik Ct)
~ Sebab entry dia best + sempoi! & dia pun dah jadik follower aku..! Win2 maaa... Heh3...

10) cxoppurtunities (Cx's)
~ Sebab... 'UiTM di hatiku...' jugak..! La3... ;P

Done! ;)

Eh! Kalau korang nak tambah2 mereka2 di atas tuh as kenalan blogger korang pun buleh jugak... Terjah jer link diorang2 tuh. ;)


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



SAMBAL SARDIN BERKENTANG BILA HARI RAYA MENJELMA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Masak sardin lagik... Tapi, kali nie bubuh kentang plak. Jom try, jom! ;)

Bahan2:-

1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
5 biji cili padi
1 biji ubi kentang (dihiris nipis)
3 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
Minyak masak
Air
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng ubi kentang hingga separuh masak. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau.
3) Masukkan cili kisar & sedikit air. Biarkan hingga pecah minyak.
4) Masukkan sardin.
5) Perasakan dengan asam keping & garam.
6) Masukkan ubi kentang yang telah digoreng tadi & cili padi. Biarkan seketika. Angkat & hidangkan.

~ Sambal Sardin Berkentang Bila Hari Raya Menjelma.

Tak agak2 punya nama resepi! Sakan betul tuan tanah kedaung nak beraya! Ha3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



TIDO SAMPAI LEBAM!!!

Mentido tak hengat aku hari nie, noks! Dari lepas sahur membawak ke pukul 11 a.m ko! Haish! Buruknya perangai!!! 

Sila jangan tiru macam saya, ye! Sebab not good sangat2! I admit! Even aku dah insap dah skang nih... Kembali ke pangkal jalan... Sob3...

Poyos!

Bangun-mandi-touch up cun2 sket di depan cermin bajet Rozita Che Wan (Ahaks3...)-capai lappy-terus berblogging. Itulah rutin ah kak setakat nie...

Kepala macam ting-tong sket sebab tadi tido sampai lebam kata ko! Adeh3... 

Korang plak, buat apa hari nie? Ada agenda speselkah? Ke mentido sampai lebam macam ah kak jugak? ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Saturday, August 20, 2011

MENU BERBUKA PUASA 16 RAMADHAN 2011

Dah sampai 16 Ramadhan punya update. Ada lagik 4 hari nak kejor! Fuh! Chaiyok2!!! ;P

16 Ramadhan... kami berbuka kat rumah sendirik jer... Menu plak, seperti biasa, ada yang ditapau & ada yang dimasak sendirik jugak.

Petang tu, my 'sayang' tak dapat amik kat opis sebab ada hal. So, aku tumpang Ros. Sampai rumah, terus bersilat kat dapur! Masak nasik & asam pedas ikan termenung. Bahan2 sume dah siap, actually. Even ikan pun dah siap siang.

Masa pergi pasar ngan mak hari tu, aku beli stock ikan untuk rumah aku sekali. Mak dah siap2 siangkan jugak. Dicuci bersih lagik ko! Owh... heaven betul! He3...

~ So, menu berbuka puasa untuk 16 Ramadhan adalah asam pedas ikan termenung, kuih-muih, satar, daging masak kicap, sambal kerang & air oren. 

Satar tu aku yang request & aku jugak yang makan sorang2. My 'sayang' cuit sket, aci merasa jer. Seketul = 50 sen. Disebabkan aku jer yang bakal makan, so beli 4 ketul = 2 hengget. 

Sodap! Plus, bulan Ramadhan jer ada jual satar kat sini. Bulan tak Ramadhan, nan adonya..! Lain la kat area Pantai Timur nun! Of cos la semedang ado kan... Hmmm... tetiba rasa nak dok kat Pantai Timur plak. Buleh makan satar hari2 secara hebat! Owh... apakah..??! Adeh3...

Lepas nie nak beli lagik. Nak beli banyak2, makan sorang2. Wah! Ada unsur2 tamak haloba di situ..! Tak gitu Cik Senah? Ha3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



MENU BERSAHUR 16 RAMADHAN 2011

Menu mim-alip-lam-alip-sin lagik...

Nasik putih + telur dadar + cili kicap.

Errr... mim-alip-lam-alip-sin sangat tak? Ngeh3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

RUMAH TERBAKAR PANGGIL BOMBA..!

Pernah dengor tak lagu nih?

Rumah terbakar panggil bomba...
Bomba datang ... bla3...

Sure pernah kan... Kalau tak pernah tu, tak dapek la den nak nolong derrr... Mungkin ko sekolah kat obersi la kot kan... So, takde makna la nak diperdengorkan dengan lagu2 begini. Yang ado, musti lagu cam, 'London bridge is falling down... Falling down... La3...'

Eh2! Merepek meraban dah! He3... 

Begini sebenornya... semalam, kitorang berbuka kat rumah mak. Abang & family pun join sekali. Even dia la yang ajak memeriahkan iftar di rumah mak. Plus, kalau kitorang takde seperti tak meriah gitu kan... Ecewah! Over! 

Oooppsss! Merepek meraban lagik... Ha3...

Sambung balik, ek?! ;P

Masa on the way nak ke rumah mak tu, kitorang nampak ramai betul orang menebeng kat tepi jalan & 1 kawasan perumahan nih. Ingatkan accident! Tapi, tak nampak plak motor/kereta/apa2 kenderaan yang accident! Rupa2nya, ada rumah terbakar la... kat Taman Sri Bahagia. 

Patutlah ramai yang menebeng kat area kawasan perumahan tuh! Rumah teres 2 tingkat. Yang terbakar tu yang bahagian atas. Bilik probably... Asap hitam berkepul2! Tapi, tak nampak kereta bomba pun! Tetiba, dengor siren! Owh... bomba ada kat belakang kitorang. Baru sampai. 

Tak taulah apa kesah sebenor di sebalik kejadian. Tapi, just nak kasik pesanan sket la kan... kepada adik2 yang gigih sangat nak main mercun tuh, sila la rentikan... Biasa la bebudak kan... tak sabor nak main malam2 kat luar rumah, main la dalam rumah, dalam bilik. Kalau main siang2 kat luar rumah kang mak pak/jiran2 marah sebab bising kata ko..! Sudahnya, rumah terbakar!

Ubat nyamuk pun kena jaga2 jugak. Ingat bila siang, cepat2 matikan apinya. Lilin ke... kot2 malam blackout so, pakai la lilin. Lepas tu, tak ingat nak padamkan. Shor circuit pun buleh jadik gak. Anak2 main lighter aci bakar2 kertas ke kan... 

Hmmm... banyak la kiranya faktor2 penyumbang kebakaran nih! So, berwaspadalah! Pesanan nie bukan untuk korang2 jer. Tapi, untuk aku jugak. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Dah terlambat...

Adios!


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA ..


Dah lama aku tak join apa2 segmen yang Ben Ashaari anjurkan. Tadi berbloghopping ke blog beliau, terus nampak ada segmen baru. Terus rasa nak join! ;)

Well... siapa tak kenal Ben Ashaari kan... Blogger fames amos gitu kan... Wah! Puji secara over adalah harus! He3...

Encik Ben kita nie nak kumpulkan seberapa banyak blog untuk merealisasikan segmen nih. Plus, tak rugi korang join sebab mungkin segmen nie buleh jadik salah 1 cara untuk mempromosikan blog korang di mata donia! Ecewah! Over tau..! Ha3...

Eh! Tapi, betul what..?! Siapa tau nanti korang pun setanding dengan Encik Ben kita/lain2 blogger yang fames amos! So, memang tak rugi mentry & menjoin.

Segmen nie memang mudah! Korang follow jer step2 di bawah nih:-

1) Buat 1 entry & tepekkan header blog Ben Ashaari macam yang aku tepek kat atas tuh. Macho kan Encik Ben? Ooppsss!!! ;P

2) Ko bubuh tajuk entry as BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA .. Jangan lupa linkkan ke entry Encik Ben nih.

3) Lepas tu, tinggalkan url korang kat entry Encik Ben nie jugak.

Kan mudah tuh! Kena cepat sebab tarikh tutup adalah hari nie (20 Ogos 2011), jam 2 p.m. Cepat2!!! Click entry Segmen Hujung Minggu: Blog diperlukan segera .. nih!


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



SAMBAL SARDIN KACANG PEAS DARI JAUH KU POHON MAAF

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Dah tengahari nie, macam best plak kalau buat entry makanan cam KKBA nie kan... Kasik air liur meleleh tak hengat sampai tak cukup tisu nak lap! Ha3... Keji, noks! Mahap3..!!! ;P

Bahan2:-

1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 cawan kacang peas (dicuci & ditoskan)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih (dihiris)
5 biji cili padi
1 keping asam keping
Garam
Air
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang putih & bawang merah hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar & sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
3) Masukkan kacang peas & sardin.
4) Perasakan dengan garam & asam keping. Biarkan seketika, angkat & hidangkan.

~ Sambal Sardin Kacang Peas Dari Jauh Ku Pohon Maaf. ;)

Sambil masak, sambil cakap, 'Mahap3...!!!' macam Bang Bil. He3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



KALAU BETUL TEKAAN, KORANG MEMANG HEBATLAH!

~ 1st 'suspect': A boy dengan rambut kerinting, berseluar pendek konon2 dah hot sangat la tuh & tanpa baju!

~ 2nd 'suspect': A girl dengan rambut lurus, berseluar pendek bajet hot sangat la jugak & tanpa baju! Cekci, noks! ;P

Cer teka, siapakah gerangan 'suspect2' di atas. Kalau betul tekaan, korang memang hebatlah! Tabik spring... toing3!!! Ngeh3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::