Monday, July 11, 2011

KEBULURAN TAHAP 4!!!

Aktiviti malam, haruslah makan2 sebab lapor..! Kiranya percotian kitorang ke Sabah nie tak abis2 dengan jalan2, gelak2 & makan2. Lepas bakar lemak (jalan2 & gelak2), kita ternak lemak balik (makan2). Bagus betul! ;P

Sebelum makan2, kitorang ke Pasar Philippines dolu. Nak shopping apa2 yang patut. Pasar Philippines nie lebih kureng macam Pasar Malam Kampung Air jugak. Tapi, dia besar sket la...

Lepas tu, ada plak macam central market (CM) yang jual pelbagai souvenir. Kat sebelah CM tu ada pasar yang jual barang2 kering macam ikan masin ngan ikan bilis. Tak jauh dari situ, ada plak pasar basah. Kat situ ko buleh beli fresh seafood macam udang, ketam, sutun even lobster dengan harga yang murah. Tapi, belah malam of cos la tutup kan...

Aku ngan my 'sayang' beli terubuk masin kat pasar kering tuh. 10 hengget seekor. Lepas tu, terus berlari2 anak ke Pasar Philippines. Kitorang beli backpack sebab senang nanti time balik nak sumbat barang2 yang melebihi muatan trolley bag kitorang tuh. Plus, nak reducekan barang2 dalam trolley bag sebab dah serik kena charge 50 hengget coz of excess baggage. Sentap!

Instead of, kitorang jugak beli brooch mutiara Sabah. Nak tambah yang beli kat Pasar Malam Kampung Air tuh sebab rasa cam tak cukup lak.

Tapi kan, harga kat sini memang mahal 2 kali ganda dari kat Kampung Air. Macam contoh, kalau ko beli baju kat Kampung Air harga 10 hengget, kat sini akan jadik 20 hengget, walaupun kualiti sama. Brooch tu pun naik mencanak gak harga dia. Bargain pun dia turun sket jer. Isk3...

Hokay! Lapor dah! Jom kita ke Inanam plak. Nak makan seafood best! ;D

~ Ntah betul, ntah tidak nama tempat makan nie Inanam?! Main hentam jer. Tapi, rasa2nya betul kot. He3...

~ Lapor tapi, masih gigih nak berposing! Haish! ;P

~ Abah & my MIL dah tak larat dah. Letih + mengantuk sangat katanya... especially my MIL la... Sebab my MIL memang jenis yang tido awal. Kalau kat rumah, pukul 9 p.m, dah tido.

~ Memasing menunggu penuh tak sabor sebab lama giler wooo... Air pun tak sampai2 lagik! Perut dah berdangdut goyang gerudi Inul Daratista dah! Hadoi la...

~ Memula, Cik Qistina hokay jer mood dia. Bila dah lapor sangat + makanan tak sampai2, terus mood dia ke laut! Terpaksa la Awa & Roy bawak dia jalan2 carik makan. Jumpa sate ayam, terus beli. Tapi, dia tak sempat makan pun sebab tertido. Mengantuk sangat la tuh! Pukul 4 a.m (kat bilik), dia mengamuk kelaporan. Mata pejam tapi, bila Awa suap makanan, baik punya dia nganga! Ha3...

~ Makanan kami malam tuh. Ada ikan masak pedas 2 ekor, ikan bakar seekor, tom yam campur, salad udang, kangkung belacan, sutun masak pedas, telur dadar, ketam goreng & air sirap. Sume menu buat 3 hidang. Total = 400 hengget untuk 14 orang makan. Portion lauk besar & banyak. So, aku rasa memang murah! Plus, sodap! So, berbaloi2lah penantian kitorang yang kebuluran nih. 

Perut pun dah kenyang... Kaki pun dah tak larat jalan... Sayonara dolulah. Huwarrgghhh..!!! Mengantuk giler! Masuk bilik terus, terbongkang tido! Zzzzzzzzzzzz...........


*Bersambung...

4 comments:

  1. sedapnye nengok lauk pauk ni ha.. licin..
    erk..
    xde brooch free dari sabah ke?

    ReplyDelete
  2. haah...harga situ mmg double...unless ada org sana dtg dgn ko skali...

    aku kalo nak beli laki aku tukang cakap hahaha

    ReplyDelete
  3. NUR,
    bkn rupa jer nampak sodap tp, mmg betul2 sodap la.. paling sker salad udang tuh! udang goreng tepung yg dibuh sos & mayonis. nyum2!

    err.. abis sudah.. sedara-mara rembat dolu!

    ReplyDelete
  4. Ms.Lilies,
    ok la tuh sbb ade tkg ckp. +, ur hubby mmg sabahn kan? hmm.. lupa lak nak 'pinjam' ur hubby hari tu kan? hiks.. just kidding!

    ReplyDelete

KAMSAHAMNIDA...