Thursday, May 12, 2011

SAIDA DIDAKWA ADA TEMAN LELAKI

Mari melayan citer panas lagik sensasi! Woo hooo..!!!

KUALA LUMPUR – Kakak penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Siti Nursaida didakwa mempunyai teman lelaki sehingga tergamak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Malah, teman lelaki Siti Nursaida, Hafiz Che Mat yang juga rakan sekerja Siti Nursaida didakwa turut mengganggu proses perdamaian rumah tangga serta mendesak artis berkenaan bercerai dengan suaminya.

Demikian antara dakwaan yang dibuat oleh suami Siti Nursaida, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40, di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Syariah, Mohd. Suhaily Rosdi di sini semalam semasa prosiding permohonan cerai oleh bekas peserta Akademi Fantasia 6 itu.

“Saya sangat sedih dan kecewa, dulu isteri saya seorang yang lemah lembut dan bertanggungjawab tapi dia sudah berubah. Sekarang anak-anak sampai tidak pergi sekolah, bangun lewat kerana dia (Siti Nursaida) sudah tinggal di rumah lain,” kata bekas jurutera kaji bumi itu.

Mohd. Ghazali dinamakan sebagai defendan oleh Siti Nursaida, 35, selaku plaintif dalam permohonan cerai secara baik yang difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984.
Defendan hadir bersama peguam syarie, Amli Embong manakala Siti Nursaida pula ditemani kakak iparnya, Rozi Abd. Razak.

*Sumber: kosmo

& kat bawah nie plak kenyataan suami Saida, Mohd Ghazali mengenai pergolakan rumah tangga mereka:-

"Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa. Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab. Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini. 

Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya. Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya."

*Sumber: beautifulnara

~ Tak tau lah sapa yang betul/sapa yang salah?! Hanya Tuhan & empunya badan jer yang tau. Apa2 pun, harap2 mende nie dapat disetelkan dengan sebaik mungkin.

Citer panas & sensasi camnie buleh segarkan mata, betul tak? ;P

8 comments:

  1. harap2 blh selesai...kita pon x tau sape slh sape betol..

    ReplyDelete
  2. ALLAH saja yang tahu... tapi nampak sangat dah ada bukti...kecurangan...

    ReplyDelete
  3. dwaty,
    wallahualam.. ada jodoh x ke mana.. klu mmg dah xde jodoh pon xbuleh nak wat ape2 dah. redha jer..

    ReplyDelete
  4. haha..aku sj gelak..xsalah kan..xnk simpan2 nnt makan dalam..pe aku tulis ni..ermm.layan..

    ReplyDelete
  5. both of them make mistake. suami gagal memimpin. si isteri gagal menjaga hubungan. nasihat...sabar je la wahai si suami. kifarah dari Allah...wallahualam. manusia tu mmg selalu lalai...

    ReplyDelete
  6. eja,
    ntah! aku pun xpaham. tp, aku layan jugaklah. ha3..

    ReplyDelete

KAMSAHAMNIDA...