*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Tak buleh blah kan nama resepi bihun goreng ah kak? Lagu Yuna kata ko..! Ahaks3...
Bahan2:-
1 bungkus bihun (dicelur & ditoskan)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur ayam
1/2 biji kobis (dihiris)
1 atau 2 sudu besar kicap masin
2 keping daging burger
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1 pokok daun sup (dihiris)
1 pokok daun bawang (dihiris)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 genggam udang kertas (dibuang ekor & kepala serta dicuci bersih)
Gula
Serbuk perasa
Bahan2 Kisar:-
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
Cara2 Penyediaan:-
1) Panaskan minyak. Goreng daging burger hingga sedikit garing. Angkat, toskan & potong menjadi kepingan kecil.
2) Pecahkan telur ayam dalam mangkuk bersama serbuk lada hitam. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar & telur yang dibancuh tadi. Buat telur dadar. Angkat & gunting memanjang.
3) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
4) Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
5) Masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram. Kacau rata.
6) Masukkan kicap masin, gula & serbuk perasa. Kacau rata.
7) Masukkan udang kertas & daging burger. Masak seketika.
8) Masukkan kobis. Kacau lagi.
9) Masukkan bihun. Sebatikan.
10) Angkat & hidangkan. Hiaskan dengan cili merah, telur dadar gunting, daun sup & daun bawang.
~ Bihun Goreng Cinta Sempurna 1... siap!!! ;P |
10 comments:
waaaa nangesssssss tgkkk.....bakk sikittttttttttttttttttttttt
wah name mee ni mantopp kak!!
anda ditag join giveaway.. jom
http://akukeranikedaimotor.blogspot.com/2011/05/giveaway-siapa-nak-ole-ole-dari-sabah.html
si tuan putri kiUt,
nak tisu ke? la3.. larikkss..!!!
myamyza,
semantop tuan blog kan? ahaks3..
owh.. insyaallah.. leez join kang.
anto pekan baru semangkuk cuma.....nyam2...
LeeAneem,
next time la, ek? he3..
masak bihun smbil layan lagu yuna..haha..sbb tu nama camtu..
yeay!!!
mari belajar buat bihun goreng..:)
manggosteen,
aah kot.. ha3..
My Little Diary,
sila3.. ;P
Post a Comment