Wednesday, April 27, 2011

JUVANA

Best jugak layan drama bersiri baru kat TV3. Alaaa... citer Juvana tu... Katanya kesah benor.

Memula, aku layan cam ala2 ya ado jer kan... Lama2 cam best lak. Sebab citer dia lain sket kan... Ye la... skang nie kan berlumba2 produser2 & pengarah2 nak buat citer hantu. Naik bosan la plak kan... So, bila Khabir Bhatia sebagai produser bergandingan dengan Faizal Ishak sebagai pengarah makanya, terhasillah Juvana yang aku rasa macam best nih.


~ Sila la tengok, ek? Setiap Isnin jam 9 p.m di TV3.

1st episod, aku tak dapat tengok sampai abis sebab pukul 9.30 p.m aku & my 'sayang' gerak balik ke umah mak. Singgah tapau makanan la... beli barang2 la... dah pukul 10 p.m. Sampai umah mak pun dah pukul 10.30 p.m. Dah abis dah citer tuh. Sib baik mak aku pun layan. So, mak story mory morning glory la kat aku. Ngeh3...

Sinopis Juvana:

Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

*Sumber: budiey

Sinopsis dia macam best tak?


FAREWELL-KAJANG-PUTRAJAYA

Petang nie, ada farewell dinner lepas opis hour. Meraikan mak cik lagik. Kali nie dinner sesama rakan seopis jerk. Lebih santai & tertutup gitu..!

Ah kak ngan Ros AJK Makanan. Awal2 lagik aku dah booking tempat. Semalam plak aku ngan Ros confirmkan menu. Harap2 sumenya berjalan lancar. Amin...

Abis jer dinner, aku kena berdesup balik ke umah. Mandi2, bersiap2 & terus amik Mak Lang ngan mak. Kami nak ke Kajang, umah kakak aku. Sebab sok Kak Aneem nak lapor diri kat Putrajaya. Abang aku tak expert jalan ke sana. So, mintak tolong my 'sayang' jadik tourist guide. Sok baru balik. Makanya, sok ah kak adalah mencoti! Yariibaaa2..!!! Ahaks3...

Aku ngan my 'sayang' nie bese la kan... kalau gi mana2, memang macam2 tempat yang kitorang nak gi & macam2 aktiviti yang nak dibuat. Sampaikan kitorang fenin sebab giler banyak tempat nak gi tapi, masa macam tak cukup! Hadoi la... Sadis betul!

On the way petang nie, we ols ingat nak terjah Uptown dolu. Saje la nak menyinggah. Kalau ada ape2 yang terberkenan, buleh la rembat. He3... Soknya, nak ke Putrajaya. Pastu, nak ke Segambut tengok Mak Andak yang baru buat operation buang fibroid. Then, konon2 nak ke Nilai la plak, nak beli baju raya. Hah! Tak ke pack tuh! Ha3... Tak tau la buleh ikut plan ke tak?! Wait & see jer lah. Hu3...

Eh! Korang dah beli baju raya ke? Kaler apa tahun nie? Cer citer... Cer citer... Ha3... Poyos! Pose pun belum, even ganti pose pun tak abis lagik dah over mengesahkan baju raya! ;P

CONGRATS TO SHUIB (SEPAH) & SITI SARAH!


~ Congrats to Shuib (Sepah) & Siti Sarah sebab tak lama lagik akan jadik parents to be. Siti Sarah dah preggie! Alhamdulillah... cepat rejeki diorang...

*Sumber: beautifulnara

Aku..??? Hmmm... masih menanti & terus menanti... Semoga penantian aku & my 'sayang' berakhir dengan 1000 kemanisan... Amin...

Tuesday, April 26, 2011

TEKA-TEKI, TEKA -TEKUK SESADO..!

Semalam, gaji dah masyuk..! & semalam, aku shopping! Ecewah..! Asal gaji jer shopping... Asal shopping jer gaji... Ha3... Macam dah kayo sangat bajet Mariah Carey dapat duit royalti album berjuta2 plak. Heh3... Kang ujung2 bulan, aku jugak yang meroyan meratapi baki akaun. Tsk3...

Seperti bese, aku menyopping dengan teman seperjuangan aku, Ros. Tapi, beliau tak beli apa2. Aku jer yang over! ;P

Eh! Cer teka aku shopping apa? Cer teka... Cer teka...

Haish! Tak abis2 ngan teka-teki, teka-tekuk! Macam blog teka-teki la pulok..! Ha3...

EMCEE YANG PARKINSON. HU3...

Actually, emcee yang aku maksudkan tu adalah aku. Semalam, opis aku buat 1 majlis farewell sempena persaraan salah sorang staf kat sini. Tetiba, Encik Bos suh aku jadik emcee. Secara wajib lak tuh! Memang tiada kompromi langsung apatah lagik afundi ke apa ke kan... Aci main cakap directly jer. Hu3...

Encik Bos bagitau suh jadik emcee adalah pada hari Jumaat lepas. Malam tu, aku dah start makan tak kenyang, mandi tak basah, tido tak lena... Parkinson tahap 4 terus! Tsk3...

& hari yang tak berapa dinantikan pun menjelang tiba... Hadoi la...


~ Encik Amir tengah praktis nak masuk Maharaja Lawak Season 2! Muahaha... Larikksss..!!!


~ Berposingan dolu sebelum majlis bermula... ;)


~ Sape paling over? Cer cakap... Cer cakap... Ha3...


~ En Fadzil yang malu2... ;P


~ Yang pakai baju kaler hitam tu bukan staf. Tapi, orang koperasi. Dijemput untuk bacaan doa.


~ Encik Amir dah bajet2 pening2 kepala nak pitam dah sebab rakan seperjuangan bakal bersara. Ngeri sebab bakal kena tanggung keje kot. Hiks...


~ Ah kak sebenornya nak sawan camera. Tapi... behave2... Depan bos2 besor tuuu...!!! He3...


~ Serius betul muka ah kak kan?


~ Ahhh..! Dah tak terbehave dah! Amik ko! Ha3...


~ Ucapan terakhir di hari persaraan...


~ Khusyuk Pengarah dengor mak cik (makcik = staf yang bersara. Aku panggil nama glamer dia as mak cik. He3...) berucap. Heh3...


~ Sijil & hadiah comel dari SKM Perak. Ipoh mali... ;P


~ Hadiah dari kitorang sume. Giler besor kan? Aku pun tak tau apa isi dalamnya?! Tau2 jer dah siap berbalut santek. Nak tanya2 pun tak sempat. Busy bee ah kak nie, noks..! Tak dan nak bersosial! ;P


~ Yang nie kecik sket. Wrapper tetap sama. Save bajet... Heh3...


~ Emcee yang dah pulih dari 'parkinson'. Tu... nampak tak peluh2 jantan yang menitis2 kat dahi tuh? Eh2! Peluh2 pompuan la... Ha3...

Korang rasa kan, ada tak emcee yang sawan camera macam nie? ;P

KESAH SEORANG AVOKADO... EH, SILAP! SEBIJIK AVOKADO LAH. ;P

BUAH avokado jarang sekali dimakan sebagai menu pencuci mulut oleh masyarakat setempat. Sedangkan hakikatnya, avokado merupakan antara buah terbaik yang tersenarai antara beberapa jenis buah-buahan yang lemaknya terdiri daripada jenis lemak tidak tepu seperti buah zaitun dan kacang tanah.

Tetapi kini, banyak pendedahan mengenai nutrisi dan khasiat yang terkandung di dalamnya menyebabkan buah avokado menerima populariti yang semakin tinggi.

Menurut Pakar Hortikultur dari Queensland, Jodie Campbell selain daripada produk kecantikan, buah avokado juga sangat sesuai dimasukkan dalam pelbagai jenis hidangan masakan Barat mahupun Asia.

“Hanya dengan sedikit tambahan, ia mampu memberi kita manfaat kesihatan harian yang sangat diperlukan oleh badan. Buah avokado juga mengandungi lemak tidak tepu yang membantu mengekalkan berat badan seimbang selain mempunyai kandungan gula dan garam yang rendah.

“Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B termasuk B6, niasin dan riboflavin, C dan E. Malah, ia juga mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium dan kalium selain diperkaya dengan fiber dan folat. Namun, ia bebas sodium dan kolesterol,” katanya yang hadir untuk mempromosikan buah tersebut di Berjaya University College of Hospitality (BUCH) untuk sebuah program latihan A Taste of Australian Avocados baru-baru ini.

Program interaktif itu dianjurkan oleh Euro-Atlantic Sdn. Bhd. yang merupakan pengimport buah-buahan, sayuran dan beberapa jenis makanan laut yang segar dan beku. Program itu dihadiri lebih 100 peserta daripada pelbagai sektor perniagaan termasuk dari hipermarket, supermarket dan peruncit.

Selain menceritakan khasiat buah tersebut, Campbell yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang nutrisi buah avokado, turut berkongsi pelbagai topik berkaitan buah avokado termasuk cara yang betul untuk memegang buah tersebut, proses penghantaran dan bekalan. Tidak ketinggalan beliau memberi tip mengenai cara pemasaran buah berkenaan.

“Selalunya apabila kita membeli buah kita akan picit di bahagian tengah-tengah, tetapi disebabkan buah avokado mempunyai tekstur yang lembut, cara yang betul ialah dengan hanya menggenggam sedikit sahaja,” kata Campbell yang turut memberitahu tekstur avokado masak yang lembik sesuai dijadikan makanan pertama bayi.

Katanya, kandungan lemak mono tidak tepu dalam avokado penting untuk tumbesaran bayi. Hanya dengan melecek isinya, tersedia satu jenis hidangan bayi yang berkhasiat.

Dalam pada itu, seorang chef, Malcolm Goh turut mendemontrasi cara mudah menyediakan menu sihat iaitu Avocado Zimbabwe.

Tambah Campbell, pihaknya kini banyak mempromosikan kebaikan buah avokado kepada orang ramai kerana ramai yang kurang faham mengenai buah tersebut.

“Buah avokado juga boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dan baik untuk hati manakala kandungan vitamin E nya bagus untuk kulit,” katanya.

Sementara itu Penolong Pembekal Luar Negara Euro-Atlantic, Su’aidah Ahmad berkata, pihaknya memilih untuk mempromosikan buah avokado dari Australia atas permintaan tinggi pelanggan.

“Kami dapati pelanggan lebih gemar memilih avokado Australia berbanding Mexico dan Sepanyol kerana kualiti dan rasa.

*Sumber: kosmo


~ Wah! Kiranya, banyak jugaklah khasiat avokado nie kan? Tapi, aku tak penah makan pun buah nih! Sebab pelik & sangat rare gitu kan... Plus, maybe dalam family aku pun memang tak mengamalkan makan buah avokado nie kot... & mungkin jugak sebab buah avokado nie lebih cenderung digunakan dalam produk2 penjagaan kulit, macam dalam iklan kat tv kan selalu jer ada kata, 'Diperkaya dengan extract buah avokado... Bla3...' Atau paling tepat lagik, mungkin aku & family tak perlu sangat makan suplemen2 buah2-an begini sebab kami sememangnya natural beauty gitu..! Ha3... Larikkssss..!!!

Tapi, kalau nak try, apa salahnya... betul tak? Mana la tau kot tetiba buleh jadik slim + cun cam Tiz Zaqyah kan... Ahaks3...

Monday, April 25, 2011

KRUK-KRAK, KRUK-KRAK & KEBULURAN... ADEH3...

Kruk-krak, kruk-krak tu bukan bunyik perut berdayang senandung ye, you ols..! Tapi, bunyik keropok ikan yang dimakan bersama sos pekat melekat terbaik dari ladang! Ecewah! Melampau betul pujian! Ha3...

Eh2! Tapi, kalau nak kata bunyik perut berdayang senandung pun, buleh jugak la kiranya kan... Sebab masa tu memang perut lapor tahap gabanz! Protes punye pasal la... Konon2 nak merajuk ngan my 'sayang' siap muncung sentap + mogok lapor la kan... Bila my 'sayang' nak pujuk jer, sentap bajet takmo kawan sampai esok! Ha3... Mengong jerk! ;P

My 'sayang' pun bajet mogok takmo makan jugak. Natijahnya, memasing dok menahan lapor! Haish! Sib baik la memasing cepat cool. Duduk bertenang, bawak berbincang. Siap ada sesi meluah perasaan lagik, ko..! Hiks...

& akhirnya, we ols dah hokay balik... Ampon mahap pun dipinta atas kekhilafan yang ada... Ececeh..! Macam raya la plak! ;P


~ & malam tu, lepas Maghrib, cepat2 siap, nak ke Mutiara Seafood. Giler lapor! So, order jugak keropok ikan nih. Sementara menunggu main course sampai, buleh la mentekedarah mende alah nie dolu.


~ Motip..??? Hmmm... ah kak pun tak paham! Ha3... Maybe, my 'sayang' nak kata yang keropok nie sodap kot... Tak pun, keropok nie buleh hilangkan rasa lapor kot... Ha..! Tak pun, my 'sayang' nak cuba, try, test jadik duta keropok Moni kot..! Ha3... Apa2 jer lah! ;P

Malam tu, aku makan nasik goreng ikan masin ngan telur dadar, air limau ais. My 'sayang' makan nasik putih ngan kerabu sutun, air tembikai.

Bbrrppp..! Execuse me..! ;P

EMCEE

What???

Emcee???

Owh... Alhamdulillah... Debaran dah tamat...

Fuh! Lega...

;P


p/s: Cer teka... Cer teka... ;P

Friday, April 22, 2011

GIANT REEF KNOT

Belah petang, we ols main simpul2 tali plak. Eh, tak! Bukan main tapi, belajar... Belajar buat simpulan reef/dalam bahasa saintifiknya adalah Reef Knot.

Masa skool dolu aku rasa macam dah belajar. Aku kan Kadet Bomba. Harus la ada subjek2 simpulan2 tali nih. Tapi, dah berkurun, noks..! Mana la ah kak hengat lagik. Nak tak nak, kena la belajar balik. Plus, tak rugi pun kan... ;)


~ Dr Khir & kakak2 serta abang fasci ajar kat dalam hall dolu. Siap buat slide show ngan video bagai... Tapi, haub jugak nak cope up mana 1 nak simpul dolu... mana 1 nak dok diam2. Ha3...

Bila dah agak2 confident buleh buat Reef Knot tuh, Dr Khir suh kitorang gerak ke padang. Ingatkan ada apa la kan... Rupa2nya, Dr Khir suh we ols buat Giant Reef Knot. Practice pakai tali rafia jer pun. Tapi, kat padang kena pakai tali yang giler besor macam nak tambat lapanploh ekor lembu! Hadoi la...


~ Dr Khir divide 10 group yang sedia ada kepada 2 group jer. Means, group 1-5 = 1 group (Group A). Group 6-10 = 1 group (Group B). Gambar kat atas nie turn Group A la. Berpusing2 diorang buat simpulan. He3...


~ Memasing dah confuse... Merunsing jer muka kan...


~ Last2, stop kejap untuk amik napas & bertenang dengan harapan buleh berpikir dengan waras.

& akhirnya, Group A tak dapat buat Reef Knot dalam masa yang ditetapkan... Kecundanglah mereka... Tapi, status kecundang diorang tu still hang lagik sebabnya Group B belum tunjukkan keterror-an. Kot2 Group B pun haub, makanya seri la kan...


~ G 7 Hadj tergolong dalam Group B. Penuh bersemangat nak gi 'berjuang' nih! Ecewah! ;P


~ Sawan camera memang tetap la kan... Muahaha...


~ Wait & see, bebeh! ;P


~ Nampak tak ah kak atak senyum? Hah! Sebab ah kak memang aim camera jer. Asal nampak camera jer, automatic senyum! Macam magic! Ha3...


~ Hidung kene kental time nih! Pernapasan plak perlu konsisten. Sebab sume dah bau kambing! Ha3...


~ Hah! Tersenget2... terbelit2... macam2 ado, noks..! Hiks...


~ Hokay2! Macam nak menjadik dah tuh! ;P

Setelah berhempas-pulas ditambah plak dengan berlengas bau kambing bagai... akhirnya, Group B berjaya membuat Giant Reef Knot. Sumenya berkat semangat kerjasama la kan... Pastu, kitorang amalkan strategi, hanya ada 1 ketua yang memberi arahan. So, takde la sume nak bercakap nak jadik ketua. Bawah ketua besor ada plak ketua2 kecil yang berdiskusi terlebih dolu untuk susun strategi.

Itulah rahsia kejayaan kami..! Ececeh..! Happy, noks! Sebab menang & dapat markah ribu3!!! Owh... yeah..! Ahaks3...

Rasa nak kembang-kempiskan hidung kat Group A la plak! Buleh??? ;P


*To be continued...

SIAPA MAU JADIK CALON ISTERI ROSLIN HASHIM? CER ANGKAT TANGAN... CER ANGKAT TANGAN...

KUALA LUMPUR – Pemain badminton negara, Muhd. Roslin Hashim memberitahu yang dia tidak serik untuk berkahwin lagi tetapi dalam masa sama bimbang jika tiada wanita yang sudi berkongsi hidup dengannya selepas pelbagai kontroversi mengenai dirinya tersebar.

Roslin, 39, mengakui walaupun dia sedih selepas gagal mempertahankan dua perkahwinan dengan bekas isterinya iaitu Faezah Mohamad, 34, dan Norhayati Othman, 39, naluri kelelakiannya tetap mahukan hidupnya diserikan dengan kehadiran seorang isteri.

Dakwanya, kontroversi itu sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupannya tetapi dia tidak dapat tidak terpaksa reda dengan ketentuan itu.

“Memang saya ingin berumah tangga lagi tetapi persoalannya masih adakah wanita yang sanggup menerima saya selepas pelbagai kontroversi mengenai saya tersebar?

“Kalau boleh saya ingin mencari gadis beriman. Bagaimanapun saya belum merancang untuk berkahwin dalam tempoh terdekat kerana saya masih belum mempunyai teman wanita,” akuinya ketika ditemui semalam.


~ Roslin, Raja Azmi & Jailani Sidek masa bagi keterangan di pejabat JAWI.

*Sumber: kosmo

Tajuk entry giler panjang! Ha3... Tak agak2 betullah! ;P

So, kepada sesapa yang nak jadik calon tu, buleh la isi form, ek! Hiks... Semoga Roslin berjumpa jugak dengan permaisuri hatinya 1 hari nanti. Amin... ;)

NASIK A.K.A BUBUR DI KENDURI KAWEN

Kalau tadi, Zed Zaidi yang nak kawen, kali nie nak citer pasal majlis kawen sedara aku kat kampung. Aku pun tak reti nak explain sedara yang macam mana?! Means, sangkut2 pertalian darah kat mana tu la... Berpusing2 rasanya. Memang confuse ah kak tau! Bila mak kata sedara, 'Ooo... sedara...' begitu la kekdahnya... ;P


~ Yang sedara kitorang adalah belah pengantin pompuan. & inilah pengantin lelakinya... Tak amik pun gambar diorang bersanding sebab we ols nak balik baru rombongan sampai. Amik gambar pengantin lelaki jerk. Buat syarat! Heh3...


~ Ko hengat pengantin jer buleh berposing! Hey! We ols pun nak enterframe jugak, hokay..! Pengantin jugak what..?!! Ahaks3...


~ Muka Lip2 tak semenggah sebab sentap! Dia ingat Acu 2 (my 'sayang') dah tinggalkan dia. Padahal Acu 2 tengah gigih jadik cameraman. He3...


~ Tepi jalan pun aci belasah jer berposing! Janji sawan camera! Ha3...

Well... giler ramai orang/jemputan yang datang at the same time. Rumah dia lak kat tepi jalan raya. Memang sendat & padat la kan... Mak aku kata, parents pengantin pompuan tu berniaga. So, bila jumpa customer jer dia jemput datang kenduri. Campur ngan orang kampung... campur ngan sedara-mara... kawan2... Tok Sidang bagai... maka jadik berduyunlah manusia!

Lauk dia marvellous jugak la kan... Ada nasik putih, sup tulang lembu, daging masak kicap ngan ayam panggang. Sold out! Nasik pun diorang kelam-kabut masak sampai nak cepat punye pasal, nasik tu jadik lembik. Bila buh kuah sup, terus jadik bubur nasik. Tapi, I like..! Aku sker nasik lembik2 nih! Makan ngan sup panas2. Perrgghhh..! Hualla, weh..! ;P

Errr... weekend nie, korang ada jemputan kenduri ke?

CINTA FACEBOOK ZED ZAIDI-NATALIA

Kepak2 kebong2...........

Kepak2 kebong2...........

Tu bukan bunyik sound effect meriam buluh berpeluru karbaid ye, you ols..! Tapi, sound effect kompang gitu..! Sebut pasal kompang, of cos la terus terbayang2 majlis perkahwinan yang meriah2 dengan paluan kompang kan... Owh... I like kompang! Especially kompang Jawa. Sebab arwah embah (atuk belah abah) aku dolu main kompang versi Jawa. Masa kakak aku kawen la best! Bermalam2 diorang berkompang! Sambut kat 3 buah umah. Umah mak/nenek, umah belah lelaki ngan umah embah aku. Dasat2... Siap julang2 lagik ko!

Tapi, aku tak dapat rasa tradisi kompang Jawa embah aku sebab masa aku kawen dia dah meninggal donia. Tsk3... But, still ada kompang la kan... Kompang orang2 kampung jer. Pompuan lak tuh yang berkompang. Kureng la dia punye kick! Lagu pun tak malatops2! Suam2 kuku jer... No choice! Group tu jer yang ado di saat akhir. Hu3...

Eh! Larik tajuklah! ;P Hokay2! Kembali ke pangkal jalan, ek! He3...

Seorang aktor Malaya iaitu Zed Zaidi akan menamatkan zaman bujangnya dengan wanita yang bernama Natalia Mustafa Kamal. Uniknya, perkenalan mereka bermula di f/b. Bertambah2 unik lagik sweet bila invitation card diorang pun ala2 f/b. Tak caya, cer tengok... cer tengok... ;P


~ Hah! Kan sejibik cam f/b tuh! Macam nak log in f/b. Cintakita tu yang tak buleh blah tuh! Sweet............. sangat!


~ "SAVE THE DATE" lagik ko! Cayalah Zed Zaidi!

Aku minat gak kat Zed Zaidi nih. Minat kat acting dia la kan... Apekejadah ko nak minat kat orangnya plak kan... Kang naya kena karate ngan my 'sayang'. Tak pun ngan Cik Natalia. He3... Disebabkan aku minat, aku nak wishlah kat Zed Zaidi & Natalia,

'Selamat Pengantin Baru. Semoga jodoh berpanjangan & bahagia selalu hingga hujung nyawa. Amin...'

Sweet kan kad jemputan kawen diorang nih?


*Sumber: beautifulnara

Thursday, April 21, 2011

7 WONDERS

Game team building yang seterusnya adalah game mencarik mende2 yang pelik tapi, benar. Sebab apa aku kata pelik tapi, benar? Sebabnya, Dr Khir suh we ols sume carik mende2 berikut:-

1) 3 ekor semut yang still hidup.
2) Air warna merah.
3) Daun yang berlipat secara semulajadi.
4) Bijian yang sebesor guli.
5) 5 kuntum munge yang berguguran.
6) Segulung tisu.
7) Frasa/makna T.E.A.M.


~ Apalagik?! G 7 Hadj pun start la berlari2 anak, mencarik 7 wonders tuh.


~ Berdiskusi kejap sambil rest sebab penat wooo... berlari2..! Semput! Fuh!


~ Group len sume gigih terjah kitchen sebab nak mintak pencelup ros, nak buat air merah. G 7 Hadj plak konon2 nak menggunakan daya kreativiti la untuk jadikkan air tu merah naturally.

Teori Encik Mail: Amik beberapa kuntum munge raya merah, masukkan dalam secawan air & ramas2kan munge raya tuh sampai air tadi bertukar jadik kaler merah. Hmmm... kreatif! Tapi, ada natijahnya mende yang we ols buat nih. Hu3...


~ Wokeh! Sume dah ada. Buleh masuk hall & pose! Ahaks3...

Dr Khir pun startlah 'menghakimi' kami sume... Dalam banyak2 group tu, G 7 Hadj jer yang air merahnya tak berapa nak semenggah warna merahnya. & itu jadik 1 isu yang Dr Khir bangkitkan iaitu bulehkah air tu dianggap air berwarna merah?!

Makanya, terkeluar la macam2 pendapat. Ada yang menyokong kami & ada jugak yang menyangkal fakta bahawa air tu kaler merah. Memasing dengan hujah bernas memasing. Adeh3...


~ 1 Malaysia 1 World, wakilnya Cik Sarala Devi a.k.a Sara yang menyokong G 7 Hadj. Diorang siap sanggup kasik sket pencelup ros diorang kat kami semata2 nak jadikkan air tu betul2 merah. Owh... thank you, dear! Ah kak touching! Tsk3...


~ Ena, wakil Anak Jati Super 5 yang tak berapa setuju dengan tahap kemerahan air G 7 Hadj. Siap compare2 kaler baju ah lagik, noks..! Owh... Ena... sampainya hatimu... Hu3...


~ Sadis jer muka G 7 Hadj... Uwaawaawaaa...


~ Setelah dihujani dengan hujah2 yang bermacam2 tuh, dengan tetiba Kak Sha (1 of G 7 Hadj's group members) bangun, mintak mic kat Dr Khir untuk menyuarakan pendapat dia plak. Woo hooo..!!! Bravo2 betul! ;P

Actually, masa we ols memerahkan air tu dengan munge raya merah, intention kitorang just nak show-off kitorang punye kreativiti. Nak jadik inovatif la kiranya kan... Memula, memang nak jer join group len mintak pencelup ros kat kitchen. Tapi, dah katanya nak menonjolkan kreativiti kan... Tak sangka plak kena bang2 boom! Hadoi la..!

Kesimpulannya, takde pemenang & takde pengalah. Sebab ada pro & cont nya di situ. Apa2 pun, game tu best! Sebab buleh lari2 sambil bersker-ria. Aku bosan kalau sepanjang hari dok dalam hall jerk. Pitam ah kak wooo... ;P


*Bersambung...

LAUK ORANG DALAM PANTANG

Bbrrppp..! Alhamdulillah...

Baru lepas dinner. Menu simple tapi, marvellous tak hengat! Mak import asam pedas ikan termenung (masak kat umah mak, angkut ke umah aku). Pastu, mak masak lauk orang dalam pantang. Ikan masin masak lada hitam.

Perrgghhh..! Hualla, bebeh! Hualla!!! ;P

Skang tengah layan Mantera Anjasmoro sambil blogging sambil makan buah jambu air cicah kicap. & sekali lagik nak cakap, hualla2, bebeh! Ha3...

Mak aku dah tak senang duduk dah nih bila tengok scene Suria yang dah mati tapi, balik umah. Ngeeeeeeee.....!!!


Tuesday, April 19, 2011

CHENTA TAK KENAL SIAPA...


~ Zizan (Raja Lawak) ngan Juliana Evans yang digossip berchenta katanya kan...


~ Amacam? Sesuwai tak? Sker2 jer kenen2kan orang kan?! Heh3...

Sorang pengacara, pelakon & pelawak. Yang sorang lagik pengacara, pelakon & model. Tapi, tu sume tak penting... Janji ada chemistry. Plus, chenta tak kenal siapa kan? ;P

*Credit: kosmo

SKM'S NEXT TOP MODEL


~ Model2 yang terpilih...


~ Bertuahnya mereka... Owh... ;P


~ Dah tak sabor dah nak catwalk. Relax2...


~ Eh! Tapi, bukan catwalk macam nie tau! Dia lain macam sket style catwalk tuh. He3...

Well... nak tengok SKM's Next Top Model? Tungguuuuuuuuu...........!!! ;P Nak kena upload video dolu. Bese la... giler lembab... Sabar ya, bapak2 ibuk2 semuanya... Hiks...


*Bersambung...