Dengor kata, perang dingin antara Rita Rudaini ngan family mertua dah berakhir. Orang kata la... bukan aku kata tau! Ahaks3...
Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak pada malam Khamis lalu apabila Aidil Zafuan, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad dan Abdul Radzak Salleh untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.
Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.
Paling menyentuh hati kami bila ibu Aidil yang juga ibu mertua Rita mengatakan “Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” sambil memeluk Rita dengan linangan air mata. Kalaulah ini dikatakan sejak dulu lagi, pastinya perselisihan faham antara mereka takkan berpanjangan.
Dalam detik-detik yang turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak itu, Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.
*Sumber: beautifulnara
No comments:
Post a Comment
KAMSAHAMNIDA...