Monday, February 7, 2011

IKEA

Sambung kesah family hang out ke Kajang...

Hari tu, hari Khamis. Means, hari last la aku stay kat umah kakak aku kat Kajang nun. Tetiba jadik sedih lak sebab dah nak berpisahan kan... Sob3... Tapi, nak buat camne... Musti la kena balik jugak. Life must go on, bebeh! Ecewah! ;P

We ols balik tak lama lepas A_bern gi sekolah. Dalam pukul 11 ++ a.m camtu la... Tapi, we ols tak terus balik. Nak singgah ke IKEA sebab dah lama sangat mengidam nak rasa meatball IKEA. Selalu sangat blogger2 tayang rupa meatball IKEA ni kat blog diorang. Sampai kecur2 air liur aku tau! Tak baik tau korang... Hu3...


~ Sampai2, we ols terus naik 1st level.


~ Terkagum2 gak la we ols menengok sample2 dekorasi bilik tidur, dapur, ruang pejabat bagai... Santek, owh...


~ Pandai plak mak aku posing. Siap tongkat2 dagu lagik tuh! He3...


~ Nenek pun sama jugak..! Ecewah! ;P


~ My 'sayang' paling over! Siap landing2 kat atas katil. Amboi3..!!!


~ Ah kak yang paling cun kan? Betul tak? Betul tak? Ahaks3...


~ Kalau aku biar jer ni, mau tertido2 my 'sayang' kat situ! He3...


~ Dah penat pusing2. So, we ols rest kejap. Lutut macam dah nak tercabut dah, weh..! Hadoi la...


~ Santai abis mak aku!

Punye la khusyuk mentawaf IKEA tu, sampai tak sedar dah dekat pukul 4 p.m. Haish! Patut la perut dah berkeroncong berdangdut riang! Makanya, kami pun terus jalan2 carik makan kat IKEA jugak. Kata mengidam nak makan meatball IKEA kan... ;P


~ Order yang 10 ketul. Memang sodap! I like..! La3...


~ Instead of, we ols order jugak Whole Spring Chicken. Makan share2. Tu pun dah santak perut tau!

Bbrrppp..!!! Alhamdulillah...

Execuse me..! Execuse me..! ;P

6 comments:

  1. nak pegi jugaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

    ReplyDelete
  2. dah lama teringin nak makan meat ball yang glamor tu. ramai kata sedap dan mmmg semangat la saiz dia. tentu kenyang giler.

    ReplyDelete
  3. Shafa,
    mmg sodap & size dia pun.. hualla..! leez pun 1st time makan nih. terus jatuh chenta.. hiks..

    ReplyDelete
  4. azzey,
    alaa.. amik jer.. adik-b'adik cilok gambar mmg dibenarkan.. xyah mintak izin pun xpe.. org ok jer.. ;)

    ReplyDelete

KAMSAHAMNIDA...