Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia ...
Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.
Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.
Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.
Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.
Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.
Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.
"Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau.
*Credit to: wajahayuMoral of the story: Jangan biarkan diri anda, diselubungi kolestrol lagik..! ;P
suka makan jambu batu, tapi x leh makan byk sgt sbb ada asma...huhuhu...
ReplyDeleteMakan oat bagus untuk kurangkan kolesterol.
ReplyDeleteJemput keALL IN ONE
wahida,
ReplyDeleteoo.. org asthma xbuleh makan jambu batu, ek? br tau nih! sbb yg selalu org bgtau just cam tembikai jer..
nur,
ReplyDeleteyupp! yg tu mmg betul!
org2 tua cakap kalau makan biji jambu batu boleh mendatangkan penyakit.
ReplyDeletetak tahu lah betul ke tak.
yang penting, sya suka makang jambu batu bersama asam boi
Mata Hati,
ReplyDeletehmm.. ade gak leez dengor. means, b4 mkn kene buang bijik dia dolu lah. xpon, makan yg jenis xde bijik.