Saturday, January 15, 2011

HARI DATING

Aku isytiharkan hari ni as hari mendating untuk aku & my 'sayang'. Kalau korang nak join mendeclare hari mendating ni pun buleh. Tapi, korang mendating kat sinun jauh2, aku plak mendating kat sini. Takmo kaco daun! Ha3... Larikksss...!!!

Hokay! Kita start dengan aktiviti paling 1st untuk hari ni. Memula, musti la bangun tido kan... Kalau tak bangun, camne lak nak beraktiviti bagai kan... Heh3... Tak la... gurau jer... Takkan sume pun aku nak consider as aktiviti. Bangun tido, mandi, blogging, etc.2... Over la tu kan... ;P Hmmm... kita start dengan brunch. Memandangkan aku & my 'sayang' tak breakfast (bese la kan... hari2 coti... musti MEN to the TI to the DO maaa... He3...) makanya, we ols decided untuk brunch jer. Menu adalah nasik kandar Padang Speedy kat Medan Selera MPTI. Marvellous, noks..! ;D

Lepas makan, barulah energetic! Kalau tak, lemah-longlai jer ah kak mase on the way nak makan nasik kandar tuh. My 'sayang' cakap sorang2 jer sebab bini dia dah tak lalu nak bukak mulut! Ha3... Dasat betul! ;P

Then, we ols menyopping lak. Apa lagik?! Mari mempau my 'sayang' lah! Ho3!!! Rembat slack & lingerie. Sempat gaklah mengusha handbag. Santek2, noks..! Ada less lak tuh! Juling2 jer bijik mata ah kak mengushanya! Haish! Control2... Tunggu next payment, baru lah buleh re-pau my 'sayang'. Errr... ada ke word 're-pau', ek? Ha3...

Lepas tu, my 'sayang' ajak ke Big Cinemas, nak jenguk2 movie apa yang tengah on showing. Ada Season of the Witch ngan Khurafat. Selepas proses 'pilihanraya', akhirnya majoriti pilih untuk tengok Khurafat. So, beli tiket. Tengok jam, dah pukul 1.40 p.m. Hokay! Kita singgah masjid dolu, performing Zohor. Plus, tayangan Khurafat adalah pukul 2.15 p.m.

Pasal Khurafat, malam kang la aku review, ek? Tak kesah la korang dah tengok ke belum?! Aku nak review jugak! ;P

Jap lagik, aku nak keluar lagik kot sebab my 'sayang' nak beli ubat sakit gigi. Suh cabut jer gigi tuh, tak nak! Degil betullah! Haish!

No comments:

Post a Comment

KAMSAHAMNIDA...