SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, August 27, 2010

SALAM NUZUL QURAN...

'Horay2... It's a holi2... day! La3...'

Ecewah! Karaoke la plak kan... Saje jer, nak testing suara... Mane la tau kan... di bulan pose nie lontaran vokal tu jadik lebih merdu dari bese kan... Hiks...

Hokaylah! Lupakanlah pasal suara merdu aku tuh. Nanti kang korang tak buleh tido malam plak kang! Ha3... Actually, just nak wish selamat bercoti sebab kan ke hari nie public holiday... Bersempena dengan Nuzul Quran... & Salam Nuzul Quran kepada sume muslimin & muslimat...

"Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. ‘ Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38) Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)"

*Sumber: islam


~ Walau siapa pun kite... walau di mana kite berada... jadikanlah Al-quran sebagai panduan hidup. Nescaya, kite sentiasa di landasan yang benar... Aminnn...

*Credit to: mokhzam


Truly, Madly, Deeply: AreLeez Adnan

2 comments:

azzey said...

Areleez: pjgnyer info....anyway gud info! tp kesimpulannya.....bclah Quran selalu....

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

azzey,
info merangkap mukadimah tuh! ikhlas dari ustajah areleez.. heh3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google